"Take nothing but memories. Leave nothing but footprints. Kill nothing but time."





19 November, 2009

Exploring A Cave_ Batu Maloi Cave

Venue : Gua Batu Maloi, Tampin N.9
Date : 02.07.2009
Team: Sal, Zt, Mira, Faizul & me
Guide : Garfu (nama betoi aku tak ingat..hehee) & Luei



Hutan Lipur Batu Maloi terletak di Hutan Simpan Gunung Tampin yang terdiri jenis Hutan Dipterokarp Pamah yang kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Keunikan disini terdapatnya Gua yang terbentuk di bawah bongkahan-bongkahan batu-batan yang besar di sepanjang 1km diberi nama Gua Batu Maloi.
Terdapat sebatang yang dikenali sebagai Sungai Johol yang mengalir di kawasan ini sesuai sebagai tempat aktiviti berkelah, mandi-manda dan beristirahat. Beberapa kemudahan seperti pondok rehat dan tapak perkhemahan.

Lokasi: Johol, N.Sembilan

Pegawai Hutan DaerahPejabat Hutan Daerah N.Sembilan Timur,
72009 Kuala Pilah, N.Sembilan.
Tel. : 06-4811036
Terletak 8 km dari Pekan Johol melalui Jalanraya Tampin ke Kuala Pilah,68 km dari Bandar Seremban (kira-kira 30 minit dari Tampin dan 10 minit dari pekan Johol)
Bagi anda yang gemar kepada aktiviti lasak, batu-batan yang membentuk tebing tinggi dan curam bersedia menanti cabaran anda.Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Tampin.

Sebelum masuk gua kami di bawa berjalan2 oleh garfu di sekitar hutan kat gua batu maloi tu... alaa... jalan santai je... tapi yg bestnye... si guide yg sebok tanya jam kul brapa.. padahal baru 5 minit jalan.. hehehe mmg santai habissla.....

ni pokok buah kabong... byk buah tu kat area ni... yg selalu org letak dalam ABC...ni pulak pokok coktas.... hahaha pucuk di atas..... ni garfu yg bg nama bila kami tanya pokok apa... ces.. rupanya kene tipu je.. dia pon tak tau apa dia....yg ni pulak.. akar banir... garfu bgtau kalo malam tak der tempat nak lepak leh tido kat banir ni pasal... kat sini selamat sket... heheehe... ada brani...ni daun apa ek??? lupa la.. tapi bila malam daun ni kiranya glow in the dark la... amik satu testing kat umah k....pic bawah ni la yg di beri nama Batu Maloi.... besar beb.....ni buah yg tak diketahui namanya.... garfu kasi kitorg makan... mula2 makan tak rasa apa.. tapi lepas minum air.. korg akan rasa manis....ni salah satu lubang yg kene lepas.. huhu kat sini la aku tersangkut... baru terasa badan ni berat sgt.... tak larat nak angkat badan... ni kene wat aksi kuak lentang...
ni antara sejarah yg tersimpan dalam GUA BATU MALOI.....

kesan gigi Maloi... menurut cerita kononnya dia terjatuh dan terkene pada batu ni.. hehe

ni separuh kapal layar yg sudah bertukar jadi batu..


cuba tgk gambar tu.. ada macam sami buddha kan... tapi sebenarnya hasil dari titisan air pada batu je...


tempayan kepunyaan maloi... kononnya..






yg penting sempat lagi tu mandi dalam gua ni.. air sejuk sudah pasti... kalo hujan mmg kene kuar balik pasal byk tempat akan di naiki air.. tak leh lalu.. dan korg mungkin akan terperangkap dalam gua ni.. bahaya...
so, apa tunggu lagi... mai la sini....


No comments:

Post a Comment