"Take nothing but memories. Leave nothing but footprints. Kill nothing but time."





30 November, 2009

Gunung Berembun, G. Jasar & G. Perdah

Date : 17.10.2009-18.10.2009
Location : Cameroon Highland
Duration : Day Trip
Height : G. Berembun = 6041 ft
G. Jasar = 5565 ft
G. Perdah = 5173 ft

Salam semua.... kali ni kita tawan gunung dekat Cameron highland pulak... hehehe... jgn main2 weeiii....kita tawan 3 gunung sekali gus..... dasat tak dasat... hehehe..... utk trip kali ni aku join dengan group KHK (1st time tu hehehe...) tak kenal sorg pon... member2 aku yg kenal. aku seperti biasa kes menyelit..... (suka bebenor aku bab menyelit ni hikhikhik...)


sebelum gerak ke cameron highland ni kami semua kumpul di Terminal Putra LRT. aku ingatkan semua yg ada kat situ nak g naik gunung.. rupanya ada yg g picnik kat bekelah.... hmmm..... walaupon aku baru kenal sume yg pegi ni tapi diorg mmg leh masuk la... :D
Kami bertolak dt Terminal Putra LRT dekat pukul 11 mlm. so sampai kat rumah tumpangan yg agak scary tu dah pagi... sempat tdo2 ayam je... pasal esok pepagi dah nak gerak naik. Seperti yg telah di jadualkan.... Gunung pertama yg kitorg akan daki adalah Gunung Berembun.... ada yg panggil Gunung Beremban... entahlah... aku ikut nama signboard....

Mentari Pagi
ok... dah siang.... cuaca pon baik...

antara signboard yg ada area tempat kitorg tdo.....

Gunung Berembun, N9

ok.... apa kata kita mulakan dgn info serba sedikit ttg gunung yg nak daki ni... credit to OGKL...

Hutan Lipur Sg. Pauh G. Berembun ini terletak di Hutan Lipur Sg. Pauh, Brinchang, Cameron Hingland. Hutan rekreasi ini menjadi tempat orang perkelahan tanah tinggi dengan air jeram yang begitu dingin. Hutan Lipur ini turut menyediakan kemudahan untuk tapak khemah, surau, bilik mandi serta wakaf. Pejabat Hutan berada disini menjaga Hutan Lipur ini dan hutan sekitarnya. Tarikan utama gunung ini menjanjikan satu aktiviti jungle trail buat pelancong ke CH serta satu gunung yang memudahkan pendaki menambah koleksi pendakian gunung. (info fr. OGKL)

Cer tgk signboard kat bawah tu.... Berembun = 3 hours.... so kiranya leh tahan gak la kan....so mmg patutla naik Gunung Berembun ni dulu.... huhuhu

Seperti biasa sebelum start trekking kene la dgr sepatah dua kata dulu dr ketua operasi ok... hehe... guide dr KHK jugak la... alamak.. lupa la nama abg guide tu... dia yg pakai baju kaler oren tu... (aiseh aku pon pakai kaler oren gak.. hehehe macam assistant guide la pulak hahaa)

ni antara laluan / trail ke gunung berembun.... ni baru sikit je bro hahahha..... tunggu la jap lgi...

Pokok-pokok di tapak perkhemahan tinggi-tinggi dan agak unik. Pendaki boleh mendaki samada dari tapak perkhemahan atau pergi ke kebun sayur bersebelahan Mardi dan Muzium Teh CH. Papan tunjuk arah dan jarak dipasang sepanjang trail.

haha... gaya semua macam dah sampai puncak je.... ni tempat lepak je... lom sampai lagi ni... Sampai di sini dalam pukul 10.30 pg....(after 1 1/2 hours trekking)

Wokey ni info tambah lagi...Puncak gunung bertanah rata dan lapang. Pokok-pokok agak tinggi tetapi terdapat view point untuk pendaki melihat panorama Pekan Brinchang. Keadaan beirut agak uzur serta telah pun condong akibat patah beberapa tiang kaki manakala papan tanda penuh dengan kesan vandalisme. (fuuhhh ayat skema..... )

Sampai di puncak dalam pukul 11.40 pg.... 2jam 40 minit.. +/- lepak, amik pic, etc...

PUNCAK GUNUNG BEREMBUN

ni la vandalisme ygtelah dilalukan keatas beirut Gunung Berembun... anak sapa la yg gatai tgn ni....



Lupa plak nak citer...Kami gerak dr rumah tumpangan (hahhaa geli plak aku nak sebut rumah tumpangan...) dalam pukul 9 pagi... so, sampai puncak dalam pukul 12 tghari... amik ko.... tgh hari buta kat atas puncak... serius balik BLACKOUT..... waaaa.... nak sunblock....

gaya tak pandang kamera la kononnya... padahal muka dah BURN..... hahaha


YES... Berembun dah lepas.. sekrang masa nak tawan Gunung Perdah & Jasar plak.... kami turun dr berembun utk lunch hour hehe.... giler punya keje.... makan tak ingat tu... padahal pasni nak hiking lagi.... perut isi bagai nak rak... ni gara2 penat turun dr berembun... oh ya.. kitorg turun dr berembun lalu ikt Mardi... lalu ladang teh.... then, taman bunga daaa.... hhahaha..... macam citer hindustan la plak.... (jam menunjukkan pukul 1.30 ptg)


Our next mission... to conquer 2 mountains in a row....korang nak tau pasal gunung ni??? sila la baca dgn hati yg terbuka.... hehehe....

G.Perdah dan G. Jasar adalah dua gunung yang sering dikaitkan bersama kerana kedua-dua puncak gunung ini dihubungkan dengan satu permatang. Puncak dan permatang diantara kedua-dua gunung ini menjadi sempadan negeri Perak dan Pahang di Cameron Highland. Pendaki boleh mendaki samaada G. Jasar ke G. Perdah atau sebaliknya.



Gunung Jasar
Gunung ini cukup dekat dengan Pekan Berinchang. Perjalanan kira-kira 20minit ke 1jam dari Pekan Berinchang ke puncak. Pendaki akan melalui kawasan hutan, kebun sayur dan pencawang letrik voltan tinggi. Puncak gunung ini ditanda dengan batu aras. Dikatakan kawasan puncak ini dahulunya merupakan kawasan perkuburan Orang Asli.

PUNCAK GUNUNG JASAR
apa yg pasti nak naik gunung ni guide kami bwk ikut rumah org... kiranya kwsan perumahan la... tak tau la plak leh naik ikut situ... tapi nak sampai puncak tak la lama or teruk sgt trail...cuma pasal dah terlebih makan so, rasa macam nak terkeluar je isi perut ni....
Gerak pukul 3.30 ptg dan sampai puncak 4.30 ptg.....
ni view dr puncak... mmg cantik...

Gunung Perdah

Gunung ini terletak berdekatan Kg. Sg. Ruil, Cameron Highland. Pendakian dari sini hanya mengambil masa 15 minit ke puncak gunung. Puncak gunung ini pernah ditandakan dengan beirut. Kini hanya terdapat 4 batu tapak tiang beirut. Puncak gunung yang terdedah ini membolehkan pendaki melihat panorama Cameron Highland.


PUNCAK GUNUNG PERDAH

After 10 minutes, (4.40 pm) we're at Gunung Perdah's summit..... Mission accomplished!!!!

Apaapapon... nak sampai sini hanya dalam 10 minit je... macam tak percaya je.... rupanya dr puncak sebelah tu nak ke sebelah puncak dekat je....

ni kiranya perumahan org asli... siap ada ASTRO lagi tu... :p
Mlmnya kitorg BBQ.... layan.....


ni la rumah tumpangan kitorg... hahaha SCARY tak???? (haha tgk camni aku sure tak masuk...)
lepas penat semlm naik gunung.. hari ni layan eskrim.... flavour strawberry lagi.....

dah TAMAT.... bye bye bye......

3 comments:

  1. gunung berembun sy dah pernah daki bln 12 tahun lepas..tapi bukan daytrip..tido kat puncak...n kami x tido kat rumah tumpgn yg scary tu..hehe

    ReplyDelete
  2. assalam,caner nk dptkn contact utk hiking kat gunung perdah?

    ReplyDelete