"Take nothing but memories. Leave nothing but footprints. Kill nothing but time."





24 November, 2009

White Water Rafting

Date : 26 April 2009
Location : Sungai Selangor, Kuala Kubu Baru, Selangor
Person to contact : Bro Izni from MyAdventourHost.com and thepaddlerz.com ~

White Water Rafting. Best kan kan kan??? Ini adalah percubaan kali pertama aku bersama kawan-kawan seangkatan. Nervous??? Biasalah... extreme kot...

Perjanjian telah di buat dengan Bro. Izni. Berkumpul di stesen minyak dalam pukul 8 pagi dan akan bergerak beramai-ramai ke Kuala Kubu Bharu. Kami tiba di tempat kejadian pada pukul 10.00 pagi. Seperti biasa kami melawat kawasan dulu hehehe.... Jom ikut aku... Kita skodeng Sungai Selangor dulu...
- Inilah laluan rafting kami akan tempuh... Ada bran??

Pada yang takut-takut nak rafting ni korang janganla risau... Korang akan di lengkapi dengan helmet, PFD, paddles dan details of  safety briefing dalam 15-20 minit dan jugak exercise untuk regangkan otot-otot korang yang dah bersimpul tu hehehe... Masa safety briefing ni pon akan ada demo kalau tetibalah kan partner korang terjatuh dalam sungai. Macam mana nak tarik naik dalam raft. Masa ni rasa senang la tengok tapi bila dah masuk dalam air tuh... seriuss bagi aku part ni memang susah beb.

Tapi sebelum tu kereta yang kami bawa kene letak kat tempat kami akan tamat nanti. Agak jauh jugak kata zetty. Lepas letak kereta kat situ semua driver akan naik 4WD untuk datang balik ke starting point.
- Yang bagi safety briefting tu namanya Bai. Actually dia ni orang asli yang fasih berbahasa Inggeris huhu aku pon kalah beb...



Ada beberapa command yang korang kene ikut bila dalam sesuatu keadaan. Tunggu arahan dari ketua korang yee... Antaranya... Paddle Forward, Paddle Up, Paddle Down, Sit In dan apa ntah lagi.... Tapi yang kitorang expert Sit In je la. pasal dalam banyak-banyak command, ni je la yang selalu kitorang buat hahaha.... HANCUSSS.... mesti tensen guide kitorang....

Dekat pukul 12 tengah hari barulah kitorang start rafting. Rafting ni lebih kurang dalam 3-4 jam jugak la... Depending on the water level and group size. 

Sayangnya tak de pic pon buat tanda kenang-kenangan kami semasa rafting ni... huhu masing-masing kamera bukan waterproof.... Makanya halal je la... Tak dapat nak tunjuk betapa bestnye rafting ni.... Ada satu jeram tu, kalo tgk macam tak percaya kami kene tempuh semua tu... Tapi yang pasti keselamatan di utamakan. Guide akan pastikan laluan selamat untuk di harungi. Raft kami jugak satu-satunya raft yang tak terbalik masa kat jeram tu.... Alhamdulillah... 

Bermacam-macam gaya ada tapi tak dapat di zahirkan di sini.... Korang bayangkan lah sendiri. Yang pasti korang kene cuba tau rafting ni... Best sangat...!!!... Dah habis rafting, kami menyusuri sungai yang agak tenang... Kat sini korang bole floating... tapi kalau dah panas-panas ni korang floating memang  sah-sah la nak bagi kulit yang halus mulus putih melepak tu jadi sawo matang... Pada aku yang dah memang tak berapa nak cerah ni alamatnya kene kuarantin la setahun nak putih hahahaha.....

Dalam pukul 4 petang barulah kami sampai ke last point... serius masa ni dah lapar tak hengat... Makan memang pelahap la... Sedap tak sedap belakang kira... tapi masa tu makan sedap sangat... Thanks Bro Izni.

- Di sinilah ruang makan

- Tandas untuk mandi dan tukar pakaian
- Ruang solat juga disediakan di dalam ni...

Ok .. tamat sudah explorasi kami harini... Ternyata memang best.  Kat bawah ni ada info pada yang nak try sukan rafting ni. 

MINIMUM AGE
16 years
MAXIMUM AGE
60 years
GRADE
1 – 4
DEPARTS
Ex Kuala Kubu Bharu
INCLUDES
Rafting equipments , Experienced Guides , Group First Aid Kit , On River Snacks and Lunch
EXCLUDES
Transportation and Insurance
WHAT TO BRING
A POSITIVE, FRIENDLY ATTITUDE & GOOD SENSE OF HUMOUR !
River sandals or lace up shoes for wearing on raft , swimming costume , basic toiletries , sunscreen lotion, personal medication,  Straps for  spectacles or goggles for contact lenses , towel / sarong , 2 sets of clothing (1 wet and 1 for return)
COST
Upon request - Contact us for pricing
GROUP SIZE
Minimum 5 pax / Maximum 60 pax

No comments:

Post a Comment