"Take nothing but memories. Leave nothing but footprints. Kill nothing but time."





29 November, 2010

Siapa tu????


Last Friday, I went to Pavillion for jalan2 melepaskan boring…. Juz window shopping although I hate it…. No other choices if your bank account showing only two figure…. (paham2 je la dah ujung2 bulan kan..) Adduuhhh…. Sadis rasanya…..

I dunno to describe either it is fortunate or unfortunate when I saw this.. (hehehe maybe someone feel so fortunate)… seeing our artist with VVIP… ahaks…well.. I’m not so updated if you’re asking me about current artist... local or not… but she’s lucky coz I knew she is an actress… beautiful actress….hehehe… If they’re not escort with uniform guys… seriously I didn’t notice it.. hahaha so sad..:(.. so curious when I saw many guys standing in front of the kids shop. Guys wearing like a police uniform suit… it must be “somebody”…. And …..YES…he is “somebody”…

They’re one level below me… opposite… so I can clearly see who are they…. hehehe… surprisingly…. Hehehe….Miss X… with VVIP (kerabat)… may be it is just a normal scene….yes…but when I saw they’re “berlanggar pipi”..oppss… not a correct word…”berlaga pipi”…I was so surprised that time… that’s the point dear…..nowadays is it a normal things??? or am I too outdated???… hmm… I juz can’t see the “function” of berlaga pipi tu…. As a public figure they should know that every single thing they’re doing, fans wanna know.… (aku ni fan dia ke??… no..no…juz a little bit kepochi… ahaks)

Tapi bila masuk bab2 berlaga pipi tu den pelik sungguh…. Kalo ye pon diorg tu open-minded ke western ke… tak yah la wat kat public kan… what ever…. maybe it is behind what a “glamour” life about…. So, u tak glamer mana tau.. (hehehe… kata utk diri sendiri…)…

Apa-apapun.. hiasi diri hiasi peribadi. Selamat beramal…..
p/s: dulu penah amik pic dgn kump. nasyid inteam jer...

16 November, 2010

Salam Aidiladha


Labbaik Allah hummalabbaik.... Labbaikkala Syarikalakalabbaik.....
bergema takbir raya... sayu rasanya hati ini.... bila raya seorg diri.... huhuhu... tapi apakan daya... cuti takde...
biasalah.. kalo raya ni mesti teringat menu utama rayakan.....1st time raya tak merasa makan rendang+ketupat+lemang.. lontong...pinachi... mesti korang tak tau apa tu pinachikan.. tu menu utama kalo raya... masakan org jawa.... selalunya mak aku guna daging dr ayam.. daging pinachi... aduuhhh sedapnya... masakan ni ala macam daging masak sambal tapi lagi sedap pinachi ni lagi....
raya tahun ni.. kat rumah sewa je... kat Kg Baru... nasib baik still dok kg hehehe.. walaupon kg dgn rumah batu konkrit.... lalalala.....
apa2pun di kesempatan ni... saya dgn rasa rendah diri mengucapkan selamat hari raya aidil adha... semoga raya ini membawa kemenangan dan penghijrahan kearah yg lebih baik... Insya Allah.....
p/s: Moga aku di jemput menjadi tetamuNYA tahun hadapan.. Amin...

10 November, 2010

Carl's Jr Punya Cerita




kisah ni terjadi pada hari isnin baru2 ni hhhehe...pasal dah tak tau nak makan kat mana so pilihan jatuh kepada Carl's Jr.
lepas belek papan menu kat atas kaunter tu.. kitorg pon order la... aku seperti biasa main belasah order berdasarkan gambar je.... menu hari tü "Famous Star with Cheese"

sampai je order.. biasalah.. baca doa makan dulukan... pastu baru makan hehehe... tapi sebelum tu.. letak sos dulu... habis letak sos.. makan la...

"ek eh... apsal lain burger ni..."cakap dalam hati je la... dok sembang lagi...

yg best tu... hero tu siap buka burger nak letak sos pon tak perasan... isk isk isk....

dekat nak separuh jugak la.. aku makan... korang tau aku tercari2 apa??? aku dok cari daging burger... tak rasa2 pon dr tadi.. burger dah makan nak dekat separuh... yeela.. dr tadi asyik rasa salad je... apa ke hal...
aku pon tanya la adik keje kat situ dgn panggilan sopan hehehe (mana tak nye.... malu nak tanya..kang salah tanya aku gak yg malu hehehe...)

"dik... burger ni mmg tak de daging ke??"dgn muka innocent giler...
"hah?? tak de daging ke kak??"sambil dia belek2 burger yg aku dah makan hampir separuh..

"mana ada burger tak der daging kak..."sambung adik tu.. hehe lawak plak ayat dia...

"ye la kak ... sory la ek... nanti saya wat lain... tunggu jap ek kak..."sambil blah bwk dengan tray sekali...

aku masa tu rasa nak pecah perut dok gelak... ye la... ingatkan mmg tak de daging...main order je kan... bukan biasa makan benda2 camni melainkan Mc D je... :D
yg best nye... kami dapat burger baru berserta fries sekali... sampai tak habis nak makan... hehehe begitu lah kisah lunch di Carl's Jr... gara2 tak tau apa yg di order.. ni lah jadinya...
apa2 pun jgn malu nak bertanya yerr... daaa...

s

23 October, 2010

Taman cabaran @ Putrajaya

Date : 28.9.2010
Venue : Presint 5, Putrajaya

Jenuh jugak la cari tempat ni.. hehe sampai sesat2.. yer la masing2 tak tau jalan.. main hentam je... akhirnya sampai jugak ketempat yg di tuju.... thanks to Abg hero...:D

amacam ada sama macam dekat HOLLYWOOD tu tak???.. hikhik...
PICC Putrajaya.. tak penah masuk lagi... huhu...

ni antara tempat yg best utk family yg nak bersantai bersama family or lepak2 dgn kwn2...

signboard ni betoi2 menarik perhatian aku.. hehehe yer la mana nak jumpa kat tempat lain kan.. kat putrajaya je korang leh tgk... dah macam dok obersi plak...ahaks..

kiut kan rumah ni... ni antara rumah2 yg ada kat putrajaya.... kiut sgt tu yg aku amik wat kenangan... :D

putrajaya antara yg byk design lampu yg cun2... tapi yg sempat aku amik ni je la.. hahaha... byk lagi yg unik sampai aku kene perli pasal dok asyik amik gambar lampu.... kata aku macam org vietnam yg masuk malaysia..."Perak" bukan negeri perak tau.... hampeh tullll....

akhirnya jumpa signboard to Taman Cabaran... huhu actually time ni baru lepas sesat konon nak cari Taman Rimba Alam.... Ingatkan Taman Rimba Alam tu tempat rekreasi ke hapa... rupanya.. mmg alam belantara sungguh... hapa pon tarak.. dah la kene naik bukit tinggi.... Kene tipu kitorang... hahaaha padan muka... so korang jgn la tertipu ek... Taman Rimba Alam tu mungkin Taman Perumahan yg belum sempat di wujudkan lagi.... :D

yeehaaa.... welcome to all climbers...
jom jom kita tgk apa ada dalam.... ;P
PLEASE READ THIS BEFORE U ENTER... hehehe

aku sedikit kureng paham pasal grading ni... huhu... entah la.... saje bg korg baca...
haa... tgk adik comel tu panjat... kene ada skill tu... ni aku rasa stage yg beginner... so sesapa yg baru nak try (macam aku la....) bole la bermula dr sini.. jgn berlagak nak try yg hard core punya plak... :D

ni yg kita advance punya la... ada brani???

tgk tu.. siap ada lalu bwh tu...

ni pic aku sempat snap... siap kene pakai tali tu... safety first ok...!! macam best kan... korang leh tgk lagi pic kat bawah ni....
ok... dah habis bab panjat2 ni.. sekarang turn skate park n mountain bike...


nilah dia tempatnya... besar jugak la...
kebetulan masa ni masih ada adik2 yg tgh main skate board.... pandai tul diorg ni... sampai bukak baju berpeluh2... main punya pasal....
masa ni jugak sempat interview sorg bro ni.. dia bawak anak dia main basikal kat sini... nampak macam dah biasa dtg... kat sini jugak korang bole sewa basikal pada sesiapa yg tak de basikal... harga antara RM10-Rm30.... so apalagi pada sesiapa yg mmg minat outdoor activity ni.. bolelah datang ke putrajaya.. Taman Cabaran ni... so enjoyyy....!!

21 September, 2010

Lupus ikut Syariah


Oleh Hasliza Hassan
Hassanhasliza@bharian.com.my
2010/09/19
MESIN insinerator yang dibina khas untuk membakar ayat suci al-Quran.
PROSES memasukkan ayat al-Quran yang sudah diracik ke dalam mesin insinerator melalui pintu utama.
AIR abu ayat al-Quran ditanam dalam telaga khas menggunakan corong. AL-QURAN, buku teks, surah Yasin serta keratan ayat suci yang dikumpul untuk dilupuskan.Pusat Pelupusan Percetakan Saufi kendali usaha musnah al-Quran, buku teks, surah Yassin dan risalah mengandungi petikan ayat suci.

DIRIWAYATKAN, seorang sahabat menjumpai al-Quran, menyapukan wangian padanya dan menyimpan di tempat tinggi. Bagi sahabat itu, Allah janjikan syurga. Begitu juga Saidina Umar yang terjumpa keratan al-Quran lalu diambil dan diciumnya, Allah memberikan pahala. Inilah kebesaran untuk mereka yang menjaga serta mengagungkan kalimah Allah yang diwahyukan kepada rasul-Nya, Muhammad SAW, menjadi petunjuk kepada umat sekalian alam, tidak kira bagaimana cara dilakukan.

Malangnya, tidak ramai yang tahu cara tepat untuk melupuskan kita suci ini. Kejahilan ramai inilah yang turut mendorong sebuah syarikat tempatan iaitu penerbitan Al-Quran Mushaf Uthmani, Percetakan Saufi menawarkan khidmat pelupusan al-Quran menerusi Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor.Malah, pengalaman Pengerusi Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, menyaksikan sendiri naskhah al-Quran dilonggokkan bersama buku lain di pusat pengumpulan barangan kitar semula miliki bukan Islam, menjadi antara titik tolak kewujudan syarikat itu pada 2008.

“Terkejut dan sedih apabila melihat al-Quran dibiarkan bersepah di pusat kitar semula dan ini menyedarkan saya mungkin ramai tidak tahu bagaimana hendak melupuskan al-Quran. Orang dulu akan bakar tetapi timbul juga persoalan selepas dibakar nak buat macam mana pula?“Jika ditanam, perlu dipastikan tempat itu tidak di langkah atau abu hendaklah ditaburkan ke laut.

Itu yang terlintas di hati saya untuk membantu mereka yang ingin melupuskan al-Quran terutama yang sudah lama dan koyak. “Selain itu, saya ingin pastikan keagungan ayat Allah dipelihara dan cara saya ialah menyediakan kemudahan mengumpul dan membakar al-Quran supaya umat Islam tidak lagi membiarkan ayat al-Quran begitu saja,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.Menurut Rahmat, pihaknya sentiasa mengalu-alukan bantuan orang ramai untuk memastikan al-Quran yang sudah buruk, tidak berkulit dan terkoyak tidak diaibkan dengan dibiarkan begitu saja.
Sebagai usaha menyelamatkan serta memelihara kesucian kalimah Allah, beliau dan keluarga memulakan usaha mengumpul al-Quran, buku teks, Yasin, risalah, akhbar mengandungi surah dan cebisan al-Quran. Hatta, kad jemputan kahwin yang ada kalimah Allah turut dikumpulkan.Katanya, bahan terkumpul itu kini dibakar secara berkala menggunakan mesin insinerator dan abunya sama ada ditanam dalam telaga khas yang digali di kawasan pengumpulan dan pelupusan atau dihanyutkan di laut di Negeri Sembilan.

Mesin pembakar khas untuk tujuan melupuskan barangan bercetak ayat Al-Quran mengikut prosedur dan syariat Islam iaitu secara pembakaran selaras keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992. Rahmat berkata, Percetakan Saufi adalah syarikat percetakan yang telah diberi lesen oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekal, mengganti dan mengambil Al-Quran lama bukan Mushaf Uthmani bagi tujuan pelupusan.

Syarikatnya juga mendapat kebenaran Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran untuk membekal dan memulihara ayat suci di sekolah kebangsaan dan sekolah agama di seluruh negara. Syarikat itu turut mengumpul dan melupuskan Al-Quran lama yang disalah cetak dan tidak mendapat kelulusan Lajnah Tashih Al-Quran KDN terutama yang dicetak sebelum 1990, mengandungi perkataan salah dan jika dibaca membawa maksud salah serta mendatangkan dosa.Rahmat berkata, selepas usaha Percetakan Saufi itu disiarkan Berita Harian pada Mac lalu, sambutan orang ramai untuk menghantar pelbagai barangan bercetak ayat al-Quran semakin hebat dan menggalakkan.

Melalui kesungguhan itu katanya, tempat pengumpulan al-Quran di Batu 10 Jalan Cheras, Kajang, semakin hari dipenuhi al-Quran dalam pelbagai rupa, buku teks, kertas kerja, malah plet mencetak juga turut dihantar untuk dilupuskan menggunakan bahan kimia.“Kami bersedia menerima jumlah yang lebih banyak dan saya berbangga jika ada yang ingin mengikut jejak langkah Percetakan Saufi memberi khidmat sukarela ini. Ini usaha memelihara ayat suci al-Quran dan saya hanya memulakan dulu. “Jika ada pihak lain ingin membantu, itu lebih baik kerana permintaan untuk perkhidmatan ini semakin meluas. Sudah ada permintaan supaya diadakan di wilayah selatan serta utara,” katanya yang sedang membangunkan mesin insinerator kedua bagi tujuan itu dan dijangka siap Disember ini.

Selain pengumpulan dan pelupusan al-Quran, Percetakan Saufi menganjurkan program Skim Al-Quran Wakaf Malaysia bagi menggalakkan umat Islam bersedekah melalui amalan wakaf untuk diedarkan kepada pihak memerlukan. Melalui skim wakaf itu, individu atau syarikat boleh menyumbangkan RM30 untuk naskah Al-Quran Mushaf Uthmani yang kemudian diedarkan ke masjid, surau, rumah anak yatim, rumah kebajikan, sekolah dan maahad tahfiz.
Mereka yang ingin menyertai Skim Al-Quran Wakaf Malaysia boleh menghubungi syarikat itu di nombor 03-26933049/03-26915184.
Usaha syarikat itu turut menarik minat tenaga pengajar di Masjidil Haram di Makkah, Dr Syeikh Md Idrees Al Mashrafe, yang menyifatkan ia harus disokong semua pihak terutama umat Islam negara ini.Katanya, menjadi tanggungjawab umat Islam memastikan kesucian serta kesejahteraan al-Quran yang mengandungi kalam Allah itu sentiasa terpelihara dan jika sudah rosak, hendaklah dilupuskan mengikut tertib.“Inisiatif Percetakan Saufi menghasilkan mesin insinerator khas untuk membakar al-Quran yang sudah tidak boleh digunakan atau tersalah cetak sewajarnya mendapat sokongan kerana usaha ini bukan mudah, apatah lagi ia dilakukan secara sukarela.

“Saya berharap kerajaan dan orang kaya membantu usaha ini kerana tanggungjawab umat Islam memelihara kesucian mukjizat Nabi Muhammad,” katanya yang mengunjungi pusat pelupusan berkenaan.'Elak cebisan, abu al-Quran dipijak, langkah'PELUPUSAN ayat suci al-Quran perlu dilakukan dengan tertib dan setiap aspek diberi perhatian teliti termasuk memastikan abu daripada bahan bakar mengandungi kalimah Allah itu tidak berterbangan, bersepah, dipijak atau dilangkah.Pengerusi Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, berkata proses pembakaran ayat suci al-Quran menggunakan mesin insinerator khas turut melalui peringkat percubaan dan penambahbaikan.

Menurutnya, proses pembakaran al-Quran pada awalnya tidak berjaya kerana keadaan naskah al-Quran yang agak tebal.Selepas itu katanya, timbul idea untuk mencarik al-Quran termasuk kulitnya yang tebal menggunakan mesin pencarik menjadi helaian kecil yang lebih ringan serta terurai supaya lebih mudah dibakar dan menjadi abu halus.“Pada mula kami bakar naskah al-Quran terus tetapi memakan masa yang lama dan ada kalanya apabila selesai, ada yang masih tidak terbakar.

Kemudian datang ilham untuk mengoyakkan helaian al-Quran terlebih dulu. Bagi memudahkan kerja, saya menghasilkan mesin pencarik yang boleh mengoyakkan kulit al-Quran serta kertas tebal menjadi helaian kecil. Kertas yang kecil lebih ringan, senang dibakar dan lebih mudah menjadi abu,” katanya.

Mesin pencarik kertas itu dihasilkan daripada ideanya sendiri kerana yang ada di pasaran tidak sesuai untuk mencarik kulit al-Quran yang tebal. Awalnya beliau membina mesin itu di Indonesia tetapi hasilnya tidak memuaskan dan yang digunakan kini dibina anak tempatan.Proses pembakaran dimulakan dengan meracik al-Quran menjadi helaian kecil sebelum dimasukkan ke dalam raga dan dibawa ke mesin insinerator untuk dibakar. Mesin perlu dipanaskan menggunakan gas industri selama empat jam untuk mendapat suhu 600 darjah celsius.

Kertas seberat 300 kilogram dimasukkan pada satu-satu masa ke dalam insinerator melalui dua pintu iaitu pintu utama (berbentuk bulat) jika mesin masih belum panas dan pintu kedua (berbentuk empat segi tepat di bahagian sisi mesin) apabila haba semakin panas.Kepanasan ruang bakar membolehkan 100 kilogram kertas dibakar dalam masa sepuluh minit dan kemudian abu dibiarkan selama empat jam untuk sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas menyimpan abu.Abu yang berterbangan semasa proses pembakaran akan ditangkap oleh mesin aliran air. Abu akan dimasukkan ke dalam plastik atau guni sebelum dihanyutkan ke laut.

Pada waktu kecemasan seperti hujan lebat, abu akan dicampurkan dengan air supaya mudah larut sebelum dikebumikan menggunakan corong dalam telaga yang digali di kawasan pelupusan.Mesin insinerator boleh membakar satu setengah tan kertas pada satu masa dan proses itu memakan masa antara empat hingga lima jam. Keseluruhan proses pembakaran memakan masa lapan hingga sembilan jam termasuk untuk menyejukkan abu.

Rahmat berkata, walaupun nampak mudah, proses pelupusan al-Quran melalui pembakaran itu perlu dilakukan dengan berhati hati kerana tidak ada sehelai kertas tercetak ayat al-Quran atau abu boleh dibiarkan bersepah.Katanya, pihaknya turut mengupah pekerja untuk mengasingkan kulit tebal dan kertas yang memakan masa serta tenaga kerja, begitu juga untuk mengendalikan mesin meracik bagi memudahkan pembakaran.Proses pembakaran dilakukan dua kali seminggu atau mengikut keperluan terutama apabila kertas yang sudah diracik semakin banyak

09 September, 2010

Selemat Tinggal Ramadhan... Selamat Datang Syawal...


esok semua umat islam di Malaysia akan menyambut hari kemenangan.... Alhamdulillah.... semoga ramadhan yg sudah berlalu membawa seribu keberkatan dalam hidup kita semua.... Ammmiiinnnnn.....

Rasa lain raya tahun nie... tak tau la kenapa... mungkin semua tahun ni kakak dan abg aku balik rumah mertua.... tak der bunyi bising budak2... tak terasa raya.... nasib baik ada adik aku.. kalo tak sure bosan raya aku kali ni.... bila agaknya nak beraya berdua kan... hahahaaha tak bole blah statement kan... oklah... kepada yg mengenali diri ini... kupohon ampun atas salah dan silap....

ok... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.....
Semoga kita bertemu lagi Ramadhan di tahun depan... Insya Allah....

19 August, 2010

Dinar, dirham jadi rebutan rakyat Kelantan

Sekadar ingin berkongsi dengan kwn2 semua ttg info ini... mana tau ada yg berminat utk buat koleksi so, bolehlah dapatkan cepat yerr...


Ogos 19, 10 10:02am


Hari pertama dinar emas dan dirham dibuka untuk jualan, semalam menyaksikan rakyat Kelantan memenuhi Pusat Pajak Gadai Islam Ar-Rahn di Kota Bharu bagi mendapatkan mata wang yang diperkenalkan kerajaan negeri itu.Rata-rata pembeli yang ditemui berkata mereka berhasrat menjadikan dinar dan dirham itu sebagai hiasan diri seperti loket dan juga untuk disimpan sebagai koleksi peribadi.


Seorang pembeli, Zainun Che Aziz, 60, berkata pengeluaran dinar itu adalah trend terbaru emas di pasaran yang perlu dibeli dan harus dimiliki."Emas ni ikut musim, macam-macam bentuk dan saiz emas keluar di pasaran dan bila keluar emas dinar ni saya rasa mesti beli kerana ia unik dan saya mahu membuat loket untuk diberi kepada cucu saya. Kalau tidak beli rugilah mana tahu tiba-tiba ia tidak dijual lagi," katanya.

Sementara itu, Pengurus Operasi Ar-Rahn Kota Baharu 2, Siti Azian Ibrahim berkata sebanyak 344 keping dirham serta 50 keping dinar dibuka untuk jualan semalam."Melihat situasi sebelum ini pada mulanya kita tidak menjangkakan jualan dinar akan mendapat sambutan kerana ramai yang tidak bersetuju dengan penggunaannya dalam urusan seharian.

"Tetapi pembukaan jualan mata wang berkenaan di Ar-Rahn ini melihat sesuatu yang berbeza apabila rakyat tetap berminat membelinya dan kebanyakan pelanggan berkata mereka mahu menjadikan dinar itu sebagai perhiasan diri seperti loket dan gelang," katanya.

Siti Azian berkata bagi dinar, terdapat lima saiz yang dijual dengan harga berbeza setiap hari mengikut nilai emas semasa dan hari ini harga bagi setengah dinar ialah RM296, satu dinar (RM592), dua dinar (RM1,184), lima dinar (RM2,960) dan lapan dinar (RM4,736)."Manakala bagi nilai dirham pula ialah satu dirham bernilai RM13, dua dirham (RM26), lima dirham (RM65), 10 dirham (RM130) dan 20 dirham (RM260)," katanya.

Beliau berkata bagi dinar, ia dibuat menggunakan emas bernilai tinggi iaitu emas 916 yang diguna untuk membuat barang kemas."Memang diakui di Kelantan trend membeli emas sentiasa wujud sejak dulu sehingga kini kerana tarikan nilainya yang sentiasa bernilai dan tidak akan turun secara mendadak sehingga merugikan," katanya.Siti Azian berkata mereka yang berminat untuk membeli dinar itu dan ingin mengetahui harga dari semasa ke semasa boleh layari laman web http://islamicmint.com.my/ atau mengunjungi pusat Ar-Rahn berhampiran, yang dipertanggungjawab menjadi wakil sah jualan dinar dan dirham.

- Bernama

ok.. dah baca kan.... so leh la click kat link yang diberi... oh ya... utk kwnku intan yg nak tau lebih mendalam ttg pelaburan emas pulak boleh la bukak link kat bwh ni.... Saya nak cerita lebih2 ilmu pon cetek lagi... so, kwn2 kat luar yg lebih arif ttg hal ni bole la kongsi dekat blog ni.....
mengalu-alukan info/maklumat, komen etc ttg pelaburan emas.... :D

http://jutawanemas.com/v1/




13 August, 2010

MY FEVERET CAR







Aduhhh... gugur jantung gue memandang kereta ini.... bisakah aku memilikimu sayangku... ahaks.... entah napa tetiba terasa macam nak pakai kete.. hehehe... tapi apakan daya... ada yg perlu didahulukan... tak pe tak pe.. Insya Allah... akan kupastikan aku dapat memilikimu hehehe.... pandang je la dulu.... ke ada yg nak bg hadiah kete kat aku????

waaahhhh..... suka suka....tapi berangan je la... sapa la nak bg hadiah kereta kat aku.. lainlah... kalo artis ke... anak org kaya ke... lalala tapi tak best gak... baik beli ngan duit sendiri... barulah rasa KEPUASAN... tak gitu??? ~ayat penyedap hati :D

kenapa aku suka kereta ini???

1. aku suka DESIGN kereta ini.... sporty...
2. tak besar tak kecik.... sedang-sedang jerr....
3. ada 4 pintu.... kalo 2 pintu mak aku kata macam tak bagi org naik @ tumpang jer :D
4. i like..... ekekek.....

tapi sebelum nak beli kete byk faktor kene amik kesah... bg aku yg penting mampu nak bayar bulan2... jgn semata nak bergaya... tak sedar tak mampu nak bayar.. tak ke malu nanti.... kete kene tarik..... huhuhu pastu maintenance kete pon tak leh lupa... tiap2 bulan kene ada bajet utk ur lover tu.... dia pon ada bergaya jugak... bukan korang je... nak beli make-up la... perfume la... handbag la... kasut la..... itu peringatan utk aku la.. hehehe.....

apapun... pilih yg terbaik utk korang... yg jimat minyak paling bagus... hehe pasal harga minyak dah mahal.... lainlah kalo kete korg jenis yg tak guna minyak petrol.... lalala.....

10 August, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Salam sahabat semua... Alhamdulillah... kita semua bakal berjumpa lagi dengan Ramadhan yang mulia.... Alhamdulillah Ya Allah.. atas ke izinan Mu aku bertemu lagi dengan bulan yg penuh barokah ini.... Moga Ramadhan kali ni membawa penghijrahan dalam diriku ini.... Amiinn....



Oklah sempena nak berpuasa esok ni... aku upload kat semua yg baca blog ni doa berpuasa... jgn lupa baca n niat puasa malam ni tau.... jgn lupa berterawih juga.... aku biasalah mana penah cukup solat terawih ni... (masalah perempuan.. hehe) mana yg tak uzur tu... sama2 lah kita berterawih ye..... dtg setahun sekali je... tahun depan tak tau bertemu lagi atau tak....



“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah
Taala.”


05 August, 2010

TIMEX WATCH FOR SALE!!!


Salam kengkawan.... amacam jam ni??? cun tak??? kalo korang tgh cari jam baru utk hari raya ni... hehehehe.... ni aku ada jam nak jual... baru lagi.. di jamin...

Di sini aku list down apa bestnye jam ni...



~ one of LATEST DESIGN of Timex watch!!!

~ ORIGINAL BEB...!!!

~ CHRONOGRAPH WITH INDIGLO night-light ~ malam pon korg leh nampak lagi waktu terkini... hikhikhik....

~ utk lelaki... tapi kalo girl2 kat luar sana berminat u all bole wat hadiah kat hasben ke, bf ke, adik ke... sapa2 la... :D



so, apa lagi.... kalau korang ushar kat luar... price RM319.. tak caya leh la gi survey harga kat mana2 kedai jam.... tapi aku jual RM260 je.... aku tolong kwn aku jual jam dia pasal dia dah salah beli.... korg BERMINAT???? drop me a msg k.... type kat comment kalo ada pape yg tak clear...


ok....

02 August, 2010

CERITA SERAM -2-

Kita sambung balik cerita seram yg tergendala tadi... hehe... ok.. ni part pengalaman sendiri plak... yg mana aku sampai sekrang tak leh lupa... aku mulakan dengan pengalaman aku masa kat matrix dulu... masa aku dok kat KC 423... bilik aku ni berdepan dengan toilet.... sapa yg penah dok kat KC tau la camana hostel tu... ala2 cam penjara... kerana ianya bekas hospital lama tak salah...

seperti biasa aku ni suka terjaga tgh pepagi buta nak buang air.... so, aku tak la sampai hati nak kejut member2 yg sedang layan tdo.... sian plak... aku bgn g sendiri.... lagipon toilet depan bilik je.... bukan jauh pon... ingat nak tunggu siang... tak bole tak bole... redah je la....

masuk toilet ada org rupanya pepagi ni pon.....ohhh.... budak medic yg rambutnya... makk aaihhhh punyalah panjang.... sampai lutut tu rambut dia.... aku tak la terkejut pasal rambut dia oleh kerana sebelum ni aku penah nampak dia dgn rambut yg pjg mengurai tu.... isskkk... seriusss panjang.... bayangkan sampai lutut.... sikit lagi sampai kaki.... hmm... tak susah ke nak jaga???? camana nak shampoo ek????hmmmm.... ek eh sibuk plak aku kat rambut dia... tuan punya badan pon tak kesah.. aku plak sebok... hehhehe...

cuba korg bayangkan la kalo aku tak tau rambut dia pjg macam tu... apa agaknya aku buat??? jadi tugu negara kat depan pintu toilet?? atau pengsan?? atau terbuang je kat depan tu... huhuhu.... gilerr punya keje....

masa aku masuk minah tu dok sebok basuh muka.. aku pon malas nak amik port... terus masuk toilet.... lepas "selesai" aku pon nak la basuh tgn... minah tu masih lagi dok basuh muka.... lamanya dia basuh muka.... gasakla... tgh aku dok basuh tgn dia toleh kat aku.... sinki aku selang satu sinki je ngan minah tu.... aku perasan la dia toleh... aku senyum la... tak tau la dia senyum ke tak... aku rasa macam dia tak de reaksi je... (ini kerana aku tak pakai spek) hehehe nasib baik laaa aku tak pakai spek..... kalo aku pakai entah camana la rupanya... nauzubillah.....lepas je basuh tgn aku pon nak blah la... dia sambung balik basuh muka.... nak kuar dari toilet tu aku kene melalui minah ni yg sedang asyik basuh muka ni... huhuhu....

entah kenapa lepas aku melewati minah ni.. terus rasa seram sejuk.....masa tu terus berdiri bulu roma aku ni.... pelik aku.... tetiba je meremang bulu roma....aku tak de terpikir benda2 lain... tapi lepas meremang bulu roma ni terus aku terpikir bukan2.... huhuhu..... aku tertoleh kat minah yg sebok dok basuh muka tu..... aku masa tu rasa dah lemah lutut tu beb.... korg tau aku nampak apa????hmm....betoi ke apa yg aku nampak ni??? mana kaki dia??? apsal aku tak nampak??? mmg la aku tak pakai spek... abaikan la... tapi mmg masa tu aku rasa macam nak lari pecut je... tapi kaki ni serius lemah semacam....paksa gak jalan laju... giler hapa nak lama2 kat situ.... tak dapat kubayangkan.... baik jgn bayangkan.... org kata time2 macam ni baca ayat2 apa yg teringat... tapi mmg time ni aku tak ingat pape pon.... huhuhu..... patutla ada yg kata ayat pon leh jadi tunggang langgang... serius masa tu meremang bulu roma aku beb.... masuk je bilik aku harapla dia tak ikut.... waaa.... terus lompat atas katill... tutup muka.... cuba nak tido tapi haram bole.... sampai subuh aku berjaga.... tunggu roommate aku bgn... nak ikut g toilet amik wuduk.... takut....

kebiasaannya aku org 1st yg bgn.... tapi kali ni aku tunggu sampai diorg bgn.. semua pelik.... lepas 2-3 hari barulah aku cerita kat diorg.... semua takut nak g toilet lepas aku citer apa yg jadi kat aku malam tu.... entahla... aku pon tak tau... mungkin jugak mata aku salah tgk.... Hanya Allah yg tahu....
kebetulan... sebelum kes ni bilik kitorg mmg selalu kene ketuk tepat pukul 12 tgh malam... yang peliknya... bila bukak tak der sapa... byk kali tu kene ketuk.... dan satu malam tu kwn kitorg decide nak usha ikut bwh lubang pintu yg jarang tu... nak tgk mmg ada org ke tak??? so malam tu kwn kitorg baring depan pintu.. (hahaha... sanggup tu) mmg tepat kul 12 pintu bilik kitorg kene ketuk.... dan yg menjadi misteri ialah... tak nampak pon kaki sesapa kat depan pintu bilik kitorg.... waa..... time tu kitorg semua gabra.... mula2 ingatkan ada org nak main2 kan kitorg.... dan lepas tu kitorg buat keputusan pakat baca Yaasin tiap2 malam... Alhamdulillah... gangguan tu tak de lagi.... misteri nusantara tul....

p/s: jgn la simpan rambut pjg sgt.... huhuhu

ok.. ni cerita berlaku masa kau kat main campus, gombak.... aku dok Maryam.. hostel baru yg jauh nun kat belakang.. hujung banat.... alam flora mmg mengasyikkan.... wakakakak..... mmg jadi kebiasaan aku bukak tingkap bilik sampai pepagi buta.... angin malam dan kene plak ala2 dok bukit gitu... so angin mmg sejuk..nyaman sekali....

satu malam, aku study sampai la 1pagi... lupa nak tutup tingkap... iskkk.... tak elok plak lambat tutup tingkap ni.... aku pon bgn la dr meja study nak tutup tingkap.... tapi aku terpandang kat langit macam ada benda putih... aku dok ingat lampu tapi tinggi nya lampu tu.. oleh kerana aku tak pakai spek aku pon terusla cari spek pakai.... kasi clear penglihatan ni....bila dah pakai spek aku tau tu bukan lampu macam aku sangka... tapi benda ni melayang2.. makin lama makin besar plak.... tetiba aku terus jadi cuak... benda apakah tu??? terus kelam kabut aku tutup tingkap.... tarik blinder...huhu.... takut nak citer kat roommate aku.. tapi entah camana... terkeluar gak cerita masa tgh makan2... rupanya dia pon nampak.... so, kami masing2 tak berani lagi bukak tingkap... paling lambat tutp pon kul 10 malam je.... serius.. mmg cuakkk.....

CERITA SERAM -1-

Tetiba harini teringat cerita seram waktu aku study dulu.. ini gara2 kat opis tadi kwn aku hantar email citer pasal pengalaman seram…. Huhuhu….
Aku ada 2 cerita.. satu pengalaman aku sendiri dan satu lagi dr cerita kakak senior aku… semua ni masa aku matrix dulu….

Ok aku mulakan dengan cerita yg kakak senior aku ceritakan balik kat kitorg…. Tak salah peristiwa ini terjadi pada kwn kakak senior aku…. Masih ingat lagi masa dok cerita ni kami dok ramai asyik dok cerita pasal ceerita… SEERRAAAMM…..

SCARY STORY 1….
Back to the story….. Peristiwa ni berlaku masa musim nak exam… biasalah… nak dekat xm ni mmg kami sebagai student akan pulun study maut punya.. Hahaha… budak pandai time ni just revise apa yg patut je…. Apa2 je la kan.. JanjI study.. Xm tak gelabah nak jawab…. Biasala study sampai 2-3 pagi ni mmg dah jadi rutin.. Bukan perkara luar biasa lagi…. Seperti malam2 sebelum ni… mmg study room akan penuh ngan student dok pulun study..(tak tau la betoi study ke tak.. Hahaha) aku gelarkan kakak ni sebagai Kak A (bukan nama sebenar.. Hehehe)… dia mmg kaki study sampai pagi… kakak bilik aku yg hobi study sampai pagi pon kalah ngan dia…. So malam tu sampai kul 12 tgh malam je… tak ramai student yg tinggal dalam study room…. Tapi Kak A masih pulun study…. Study room kitorg mmg besar…. So kalo ramai mmg meriah la… hahaha mcm2 ragam ada…

Sedar tak sedar jam dah nak pukul 2 pg…. Pulun study katakan…. Member Kak A yg dok study sama ni pon dah ngantuk dah… so, dia pon meminta diri utk balik turu… (tdo laaa….)…. Member dia tanya la.. Tak kesah ke tinggal sorg ni… Kak A kata tak pe.. Dia dah biasa…. So member dia pon blah balik bilik…. tinggal Kak A je dalam study room yg besaq tu… huhuhu serius berani.. Dah la pintu kat study room tu terbuka luas…. Kak A study cam biasa….

Tak lama lepas tu dtg roommate dia nak study sama… Kak A pon kata ok je… jom la… so, sama2 la study… ntah camana tetiba pen Kak A ni terjatuh kat lantai…… dia pon tunduk la bwh nak amik pen dia…. Masa nak bgn… dia terpandang kaki roommate dia yg dok bertentang dgn dia….. Nak tau nampak apa???? Agak2 nye korang rasa apa dia???? Waaa.. Time ni serius takut giler kitorg… semua nak tau apa yg Kak A ni nampak…. Rupanya Kak A ni nampak roommate dia ni tak de kaki…..huhuhu.. Tapi aku serius tabik spring beb…. Kak A ni bole lagi berlagak cool…..
Bila dia tau member depan dia ni tak de kaki dia still bole lepak lagi kat situ…. Mmg serius berani beb… lepas dia dah amik pen tu.. Dia tetap teruskan study.. Tapi mmg la kan.. Study ke hapa nya… dok cover takut sebenaqnya….. Tak lama pastu Kak A ni kata la dia dah ngantuk...Nak balik bilik tdo….(still bole cover takut tu beb)…. Takkan nak lepak lama2 kat situ.. Giler hapa!!!.... Tapi part paling best… roomate dia siap reply tu…. Nak tau apa roommate dia jawab??? "KENAPA??? DAH TAU KER???"

Kalau korang la… kene jwb camtu.. Apa respon korg…. Aku?? Serius…. Kalo bole pengsan tak pe… kalo tak leh nak pengsan…. Tak ke haru…. Waaa…..
Tamau2….. Ohya tentu korg nak tau apa jadi kat Kak A kan….. Lepas je dia menerima jawapan yg tak disangka2 tu.. Dia terus pengsan…. Tau dia pengsan bile esok paginya org jumpa dia terbaring kat study room….. Dan pas tu dia demam….pasal terkejut… cerita ni pon dicerita kan pada kwn2 dia lepas dia pulih semangat…… dan sebenarnya roommate dia malam tu elok je layan tdo….. so, moral of the story…. Kenal siapa teman study anda….
cerita kedua selepas ni k.. korang layan dulu cerita ni.....

27 July, 2010

Lebih mahal disimpan lama

Harini baca newspaper.... tertarik dgn headline ni.... pasal pelaburan emas.... sekarang benda ni dah makin popular.... so, nak share dgn kengkawan.... aku pon dah beli tapi beli 1 dinar je... heheehe... nak beli bebyk tak mampu... so start sikit2 dulu....
tapi part yg paling aku suka... dinar emas sebagai mas kahwin... hmmm.... gud idea... Insya Allah... dah sampai jodoh nanti nak wat dinar emas jadi mas kawen la.... kahwin??? bilakah agaknya kan.... ;p

Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my

DI SEBALIK bangunan tiga tingkat yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya sebenarnya tersimpan ragam kesibukan aktiviti jual beli emas.
Menariknya, situasi itu bukannya menyaksikan jual beli barang kemas seperti gelang tangan, rantai atau anting-anting.

Sebaliknya, mereka menjalankan proses mendapatkan kepingan kilauan emas tulen berharga.
Bagaimanapun, premis yang terletak di tingkat tiga itu tidak sewenang-wenangnya dikunjungi. Anda perlu membuat temu janji khas dengan kaki tangan Public Gold supaya pagar besi utama akan dibuka.

"Sebagai langkah keselamatan, tempat kami mempunyai pengawasan yang ketat. Mereka yang ingin mendapatkan kepingan emas perlu berhadapan dengan tiga rintangan pagar besi yang dibuka secara automatik.

"Di Public Gold, mereka boleh melihat skrin paparan harga emas dunia sebagai petunjuk untuk membeli atau menjual," terang Eksekutif Pemasaran Public Fine Gold International Sdn. Bhd., Wilson Tan.

Bercerita mengenai kehebatan emas, masyarakat masa kini mula membuka minda untuk membuat pelaburan baru. Tidak lagi memfokuskan kepada penyimpanan wang semata-mata, trend pembelian kepingan emas kian popular dan mendapat sambutan.

Bahkan segelintir bakal pengantin turut memilih dinar emas sebagai hantaran mas kahwin kerana barangan berharga itu merupakan komoditi yang mempunyai nilai yang tinggi.
Meskipun tertanam beribu-ribu tahun, emas tetap berkilau dan merupakan aset paling bernilai. Emas boleh dibeli sama ada dalam bentuk syiling atau keping dari bank-bank perdagangan.
Selain itu, perbezaan yang dinilai di antara pelaburan ketulan emas dan barang kemas ialah dari segi tawaran peratusan.

"Emas keping dan emas syiling lebih tinggi nilainya iaitu 999.9 peratus berbanding emas yang telah dilebur untuk dijadikan barang kemas pula 91.6 peratus," beritahunya.

Sementara itu, Pengedar Utama Public Gold, Syukor Hashim menjelaskan, Public Gold yang mendapat kelulusan dari Bank Negara menawarkan perkhidmatan jual beli emas 999.9 atau 24 karat untuk pelaburan yang selamat dan murah.

Dari segi kiraan nilai pula, Public Gold menawarkan empat produk kepingan emas 20 gram (g), 50 g, 100 g dan satu kilogram (kg).

"Harga yang dinyatakan setiap gram adalah dalam ringgit. Harganya juga sentiasa berubah-ubah, jadi mereka yang berminat lazimnya akan sentiasa memantau harga dunia.
"Orang ramai diberi kebebasan untuk membeli seberapa banyak ketulan emas bergantung kepada kemampuan masing-masing," terangnya.

Menceritakan pengalamannya menjalankan jual beli emas sepenuh masa, Syukor mendapat pendedahan awal menerusi program The Truth Revealed: Dinar and Dirham The Real True Money sejak dua tahun lalu.

Konsep kekayaan
Bermula dari situ, dia mula mengerti mengenai konsep wang dan kekayaan sebenar. Syukur banyak membuat kajian melalui pembacaan dan rujukan.

"Saya menyedari bahawa kekayaan yang sebenar bukanlah terletak pada wang kertas. Tetapi emas, perak, hartanah, ternakan dan tanam-tanaman.

"Wang kertas boleh dimanipulasikan dan boleh dicetak sebanyak mungkin sekali gus nilainya akan hilang," terangnya bersungguh-sungguh.

Bagi salah seorang kakitangan swasta, Ahmad Fithrie Ahmad Tajalie, 31, pelaburan pertama yang dikeluarkannya tahun lalu sejumlah RM38,000 untuk memiliki beberapa ketulan emas peribadi.

Disebabkan emas mempunyai nilai tinggi, dia lebih berminat untuk menambah koleksi ketulan emas untuk simpanan masa hadapan.

"Kepuasan memiliki dan menyentuh sendiri ketulan emas memang tidak dapat digambarkan. Itu yang membuatkan saya lebih berminat untuk mengumpulnya.

"Petuanya ialah bila sudah beli emas, simpan sahaja emas itu tetapi bila memerlukan dana kewangan barulah ia dijual. Lebih bagus jika ia dijual ketika harganya tinggi. Semakin lama emas itu disimpan, harganya juga semakin mahal," jelasnya.

Seperti yang diperuntukkan oleh hukum syarak, mas kahwin merupakan pemberian wajib daripada seorang lelaki kepada bakal isterinya. Ia boleh dibayar dalam pelbagai kaedah dan apa jua bentuk mengikut kesesuaian dan kemampuan pasangan terbabit.
Lazimannya mas kahwin disempurnakan dengan wang ringgit, senaskah Al-Quran, cincin atau gelang tangan. Namun, kini syiling dinar emas telah mendapat sambutan menggalakkan sebagai mas kahwin untuk majlis perkahwinan.

Barangkali sudah tiba masanya masyarakat menerima persetujuan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin memandangkan ia mempunyai nilai sentimental dan intrinsik yang kukuh.
Mas kahwin
Dinar emas sebagai mas kahwin sememangnya sesuai kerana ukiran kalimah syahadah dan cetakan ayat suci al-Quran secara simboliknya melambangkan ketinggian nilai kehidupan manusia berasaskan agama.

Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada bulan September tahun lalu, Wan Azmir Wan Mohamad dan Nadiah Abd. Rahman turut menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin mereka.

Masing-masing yang berusia 27 tahun menyifatkan, keputusan untuk menggunakan dinar emas kerana ingin mengembalikan tradisi masyarakat Islam yang sekian lama ditinggalkan.
"Pengetahuan penggunaan dinar emas ini dibuat setelah saya membuat sedikit rujukan pembacaan mengenainya. Dari situ saya dapati dinar emas mempunyai nilai yang semakin meningkat.

"Malah bentuknya yang cukup unik dan dinar emas juga cantik untuk disimpan. Berbeza dengan wang simpanan wang, ia mungkin tidak akan kekal lama," jelas Wan Azmir Wan Mohamad yang menyempurnakan mas kahwinnya dengan sekeping syiling dinar emas seberat 4.25 gram (22 karat) bernilai RM502 (kini bernilai RM570 tertakluk pada harga semasa).

Sementara itu, pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid berkata, dinar emas digunakan sebagai alat pertukaran mata wang paling selamat sekiranya berlaku ketidakstabilan politik dan pasaran. Dinar emas mempunyai nilai yang tetap dan boleh dijadikan simpanan tanpa memikirkan kehilangan nilai dan kuasa beli seperti wang kertas.

Pelaksanaan secara konkrit dengan susulan cadangan yang lebih serius perlu dijalankan supaya negara dapat menggunakan dinar emas dengan lebih menyeluruh.

"Skop penggunaan dinar emas sebenarnya amat luas kerana ada yang gemar menjadikan dinar emas sebagai koleksi aset yang kalis inflasi. Dinar emas berbentuk syiling juga sebagai medium pertukaran yang sah. Tetapi sejauh manakah masyarakat kita berminat menggunakannya seperti yang disarankan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

22 July, 2010

Fun In D Sun

lagi gambar masa kat tioman... :D... enjoy...!!WELCOME.. WELCOME TO TIOMAN ISLAND.... wakawaka yeehhh..1st menu @ tioman... nasi goreng kampung....layan ice cream... sian kat diorang beli ice cream rasa masam yg amat... hikhik...dalam pic semua control hehe...ready to get back. thanks to photographer... haha kene paksa amik gambar akak2 comel ni....byk sungguh biawak kat tioman ni.. :Dpokok petai... bergayut petai... huhu tak sempat nak mintak kat cik azizan.... rugi rugi...kapal ni "FOR SALE"!!!... ada sesiapa nak beli??? my pic !!! :D