"Take nothing but memories. Leave nothing but footprints. Kill nothing but time."





08 January, 2010

Gunung Yong Belar (G7)


Malaysia mempunyai pelbagai gunung dengan ketinggian dan cabaran yang berbeza antara satu sama lain. Bagi pendaki-pendaki gunung, istilah G7 dan G12 sangat popular di kalangan mereka bagi mengkategorikan gunung-gunung yang ada di Malaysia. Jadi apakah maksudnya gunung G7 dan G12 itu?

Gunung G7 adalah kategori gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 7,000 kaki terletak di Semenanjung Malaysia. Gunung kategori G7 ini hanya terdapat 7 gunung sahaja di semenanjung Malaysia, oleh kerana itu, kategori gunung ini dipanggil G7 sempena angka 7 yang diambil dari ketinggian dan bilangannya.

Di bawah kategori gunung G7 ini adalah:-

1. Gunung Tahan (7,186 kaki)
2. Gunung Korbu (7,162 kaki)
3. Gunung Yong Belar (7,156 kaki)
4. Gunung Gayong (7,129 kaki)
5. Gunung Chamah (7,210 kaki)
6. Gunung Yong Yap (7,110 kaki)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089 kaki)

Ok... Aku bukanlah pendaki tegar tapi sekadar suka-suka... tapi aku dah tersilap pilih daaa.... sapa la suruh aku naik G7 ni... padan muka aku... Serius aku tabik la sapa yang conquer semua G7 ni... anda memang HEBAT!!!!

Well, inilah gunung G7 aku yg pertama.... masa ni aku tak tau pon apa tu G7... haha.. ye le... aku bukan pon budak kaki gunung. aku ikut trip ni pon pasal kawan aku sal ajak.. aku tak tau yg G7 ni trek dia mcm harr** opppsss macam giler trek... hehe.... dan yang paling tak bole nak lupa dan jadi buah mulut orang bila xpdc ni jugak aku hilang kat hutan... huhuhu... dekat sejam lebih tuh aku hilang... nasib baik aku hilang ngan fidaus@am... memori buat aku..... serius pas tu aku terus flat tak hengat punya... haha dan jadi mangsanya Ayie....Kesian dia kena bwk beg aku... lalalala.... Thanks a lot ayie
Blue Valley - Kem Tudung Periuk - Kem Kasut - Yong Belar

Kisah lama yg berhabuk dalam hard disc aku. Kisah pendakian gunung G7 aku yg pertama.... sekali daki yg pasti tiada dua kalinya aku nak daki lagi.... (kes aku pewai...) keskeskes.....

Date : 27.06.2008 - 28.06.2008 (Fri - Sat)
Guide : Bro Sahlan (SOS) & firdaus @ am
Team: Western Digital Group (Sal, Aie, Mimie, Faiz, Nax, Amir, Sham, Mira) + Outsider (that's me, Kak Ita)
Location: Cameron Highland, Pahang

Bermula cerita aku diracuni Cik Sal utk teman dia naik gunung ni... mmg la hobi aku daki gunung... tapi serius aku tak tau pon apa tu G7.... Tapi rupanya G7 itu bukan saja utk gelaran gunung tertinggi di Malaysia tapi jugak tahap keSUSAHannya....Padan muka aku.... waaa......Tobat tak mau dah...

Ok bermula dr hari nak bertolak aku dah wat sengal-sengal ubi.... apa taknya... mati-mati aku ingat nak bertolak Jumaat malam... tapi rupanya malam Jumaat.... Dgn brg tak packing langsung dan aku received call dr sal tanya tgh wat apa??? so, dengan selambanye la jawapan aku tgh tgk tv (siap lepak baikk punya...) Sal kata dia otw..... serius aku blur bila sal kata otw... "Sal nak pegi mana??" "dtg amik Isma la..."... masih blur... "Isma kita g malam ni la...!!!" "Apa??? mlm ni??? Bukan ker jumaat malam??" Selepas itu aku dah jadi lipas kudung + panik tak tau nak wat apa dan apa nak packing.... Giloossss... sampai tahap rasa tak nak pegi.... Yg pasti aku packing TANGKAP MUAT je.... main sumbat je.... dah la tak de experience naik gunung yg tahap gaban susah ni.... hambik kau Isma....

27.6.2008
Kami semua berkumpul di WD. Aku kan outsider...manala kenai sesapa pon... layan je la....kekok la jugak... Aku agak2 la dalam kul 12.30 malam kitorg gerak ke CH. Sampai dalam pukul 4 pagi. Tidur dalam kete je.... tunggu subuh... Kami berkumpul dan jumpa guide kitorg kat Kampung Raja. Parking kete kat area surau & last packing sebelum naik 4WD. Maka bermulalah XPDC kitorg.... meredah jalan berbatu-batu sampai sakit bontot-bontot.... kawasan kobisss yang menghijau...




Dan akhirnya kami pon sampai ke lokasi pendakian.
So, punggah barang semua dari 4WD...Sila amik beg masing-masing yee... Masa ni dalam pukul 8.50 pagi.

Inilah guide kami Bro Sahlan (baju biru) dok tgh bagi penerangan. Sila beri sepenuh perhatian yeee... "Pendakian ni teruk gileerr tau.. so jgn main-main pandai-pandai korang je ye. Ikut bontot guide. Kalu sesat aku jugak yang susah!!!!" hahahaha memain je....

Ok sekarang ambik group photo. semua sila posing. hahaa.. tgk semua muka ayu dan ensem lagi masa ni kan... (aku la terutamanya...pasal pasni muka aku semua kelat...!!!)

Yeaahhh... tough journey tahap gileerr dah bermula... Masa 9.00 pagi. So, for the 1st challenge kene menghadap anak tangga 252... hambik ko... Aku tak de masa la nak kira berapa anak tangga tu.. aku cilok dr blog org je pon. hahaha... Mula-mula memang la ok pasal tangga tu kecik-kecik je... tapi bila dah sampai atas tu... kene langkah besar-besar... aku dah la pendek nak langkah besar camana.. memang mencungap la naik tangga tu... Nak maki pon ada hahaha.... baik la dok umah layan TV lagi baik... Time tu aku dah super duper penat... nyesal ikut...

Habis tangga.. bala lain plak menunggu... kene redah batang paip yang licin tahap belut (ada ke perumpamaan tu??? ) silap langkah memang cium lumpur la korang... ada satu lokasi kejadian tu kene berpaut pada akar kayu sambil jalan atas batang paip yang sebelahnya gaung... huh... memang tak bole blah la trek dia....

Dalam pukul 9.30 pagi kami sampai di batu aras / state marker of Pahang & Kelantan.


Pendakian diteruskan. Dan yang aku ingat kene redah kawasan lumpur pulak... lumpur dia punya dalam sampai ke lutut huhuhu... macam mana aku tau??? pasal aku adalah mangsa di tempat kejadian.... waa... benci benci.... siap kene gelak dengan guide... bengong... Apalah nasibku...

Selepas tu kami berehat di Kem Tudung Periuk agak-agak dalam pukul 1.30 ptg.Siap ada tudung periuk tergantung lagi kat pokok. Trademark Kem Tudung Periuk. Kelasss gitu... Sorry tak de pic nak tunjuk. Sebok layan penat... hehehe
- Cuba cari mana aku??? haha time ni muka kelat..nyesal ikut hahaha


Lepas dah melepaskan penat & isi perut kami teruskan pendakian sehingga ke Kem Kasut. Last kem site sebelum sampai puncak. Aku rasa sampai situ pon dah dekat maghrib. Menu makan malam siap dalam pukul 8. Yang tak bestnye.. nasi mentah... potong selera di tambah dengan sakit tekak ku ini. Makan untuk lapik perut jangan lapar sangat je...
- Kari ayam... jangan marah haaa...

Tapi aku tak bole lupa la.. guide aku masak sedap giler bau... kalu ikut muka tak malu mau je aku mintak sikit hahaha... tapi... akukan pemalu... dapat bau je la....

Malam tu aku ada episod yang aku tak bole nak lupa. Actually masa hiking Yong Belar ni aku tgh bendera merah... paham-paham je la... sikit punya susah la... siap bawak cologne tu hahaha...Sal siap tegur apsal khemah kitorang wangi semacam... Tapi yang aku nak story tu pasal apa yang jadi malam tu.

Agak-agak dalam pukul 3-4 pagi... bunyi angin tersangatla kuat... Aku mati-mati ingat nak hujan pasal bunyi tu macam nak ribut pon ye.. serius takut beb. Memandangkan khemah aku besar dan hanya aku & sal je dalam khemah tu memang la sgt selesa dan luas. siap ada ruang tengah-tengah antara kami... Kami pulak tidur membelakangkan badan. Kiranya berlaga bontot la... Tapi tetiba aku rasa semacam je. Apa tak ye.. bunyi tu macam tengah pusing khemah aku n sal. Bunyi angin dah bertukar macam bunyi kain yang diseret atas khemah kitorang. Seram sejuk aku time tu. Rupanya Sal pon rasa benda yang sama. Itupon bila ada sesi reunion lepas balik dari Yong belar. Sal kata dia tak berani nak gerak pusing badan pasal takut kalo tetiba dia pusing ada benda lain plak in between kitorang... Aku memang asyik dok pandang kat beg yang letak kat bawah kaki aku... Berdoa jangan la dia bukak pintu khemah kami waaa.... Lama jugak la bunyi pelik tu. Masa ni rasa napala lambat sangat siang ni.... Sedar-sedar dah senyap... dan tak lama lepas tu subuh... Selamat.... Kisah tu memang jadi misteri pasal esoknya kitorang tanya yang lain ada tak dengar bunyi angin tu... semua kata tak dengar... hmmm... entahla...

28.6.2008
Kami mula pendakian dalam puku 7.00 pagi. Nak sampai awal di puncak. barang kami tinggalkan di kem site je... aku punyalah suka hahaha... bawak air dan makanan je.
Alhamdulillah, aku selamat sampai di puncak Yong Belar pukul 8.00 pagi... Ohhh lihatlah dunia... aku sampai jugak ke puncak setelah segala macam dugaan terpaksa kutempuhi.... tetiba teringat bait-bait lagu ni.... " ku jejak jalan yang berliku..." Yang pasti bila dah sampai di puncak ni perasaan puas tu memang tak boleh di ungkap... Penat semua hilang beb... Tak caya korang cuba sekali.. hehe...
 - ini lah satu-satunya pic aku kat papan tanda puncak Yong Belar. Dah la gambar blur tak hengat... kecewa sesangat. memang tak de la nak repeat lagi kan... huhuhu

Sekarang moh layan pic atas puncak dulu. Kang baru sambung apa jadi kat aku masa otw turun ke kem site.... tragis tu...
- Subhanallah... cantik kan view ni... 
 - Ni kalo tak salah puncak korbu... trek korbu lagi macam hampeh
- Aksi kamikaze ni....berani gilerr doohh...
Cukup la tu kan gambar-gambar atas puncak... Kita sambung balik cerita. Tak sabar aku nak story kat korang ni pengalaman aku hilang kat Yong Belar ni... hehehe

Agak-agak dalam pukul 9 kami mula gerak turun ke kem site iaitu Kem Kasut. Aku dalam group tengah-tengah... Biasalah kalo dah trekking ni akan terpisah dengan group yang paling hadapan yang laju bedesup dan group belakang. Alih-alih aku tinggal berdua dgn assistant guide budak Am ni... Akukan dah pewai. So, jalan ikut mana dia jalan je la... Entah camana trek yang kami ikut tu tetiba dah tak de jejak kaki langsung...Pelik??? Si Am ni pon tetiba stop. Dia dah mula rasa yang kami ni dah salah trek. Tapi dia jalan terus jugak. Sampai la jumpa satu batu besar. Aku pon pelik. Aik.. tadi masa nak naik tak de plak aku jumpa batu besar ni. dah la aku tak tau camana nak turun dengan baru besar tu. Tapi aku gagahkan diri jugak. Dalam hati kata, aku kot yang tak perasan batu ni tadi. Lepas batu besar tu memang langsung tak de jejak kaki. Am terus benti. Dia kata kami dah salah jalan. Time tu aku rasa macam nak marah pon ada... Camana la ko bole salah jalan ni... Sabor je la... Dah  la aku penat ni.. Ko bole plak bawak salah jalan. Mamat ni pon mula patah balik... Aku di tinggalkan kat batu besar tu... Saat tu aku tak tau nak cakap apa perasaan aku... nak nangis pon ada... Sekejap-sekejap aku jerit nama mamat tu. Nasib baik dia sahut bila aku panggil. Takut seh tinggal sensorang dalam hutan tu.... 

Agaknya dia dah dapat agak kat mana simpang yang buat kami jauh sangat tersasar dari jalan sebenar. Nasib baik ko tau.. kalo tak memang aku hempok kepala ko hahaha.... Bila dah jumpa jalan balik tu dia pon jerit panggil aku suruh panjat naik... Ni lagi sekali aku nak hangin... nak kene panjat plak batu besar ni... Korang nak tau... aku hilang dalam lebih kurang sejam la jugak... Lamakan... Memang dah jauh kami jalan...
Alhamdulillah.. jumpa jugak simpang tu... Rupanya dah ada tanda pangkah dengan kayu kat situ... Tapi mamat sengal ni tak nampak la pulak... Sabar Isma sabar... Then, tak lama lepas tu kami jumpa dengan guide Sahlan.... Rasa bersyukur sangat...

Bila dia dah jumpa kami tu.. dia tanya ada tak dengar bunyi mercun... haa??? mercun?? hapa pon aku tak dengar... Then, dia kata kalo tak dengar tu maknanya kami dah jauh sgt... di sebelah bukit, tu yang tak dengar bunyi mercun. Apa-apa jela... Yang pasti aku memang dah tak larat ya amat-amat... Sepanjang jalan nak sampai kem site tu.. Banyak plak si Sahlan ni dok tanya itu ini... Nak amik hati aku kot yang tengah bad mood ni... Lantak la... Mamat Am tu sohih kene basuh dengan si Sahlan tu hehehe.... Kesian plak... dah nak jadi ceritakan... Tak nampak tanda larangan tu... Sahlan cakap.. kalo kami terus tu.. leh sampai Kelantan... hahaha.... hebat kan... Bengong... Aku nak balik rumah la.. bukan nak pegi Kelantan...
- Ni time aku hilang la ni... 

Sampai kat kem site.. semua kengkawan aku dah siap packing.. khemah pon dah siap bungkus...Nampak sangat diorang lama gile tunggu kami. Aku sempat rehat sekejap je sebelum gerak turun. Sangat sedey...
- Sempat jugak ambik group photo selepas aku di temui... :-p

Skarang aku hiking dengan group depan pulak... Kami kene sampai bawah sebelum pukul 6. Hmmm.. sempat ke??? Apapon aku gagahkan diri jugak walaupon aku rasa banyak kali aku stop pasal dah tak larat... hehehe... Siap Sahlan offer bawak barang aku lagi.. hehehe... Sampai satu tahap aku memang dah tak larat. Dan my hero Ayie tolong bawak beg aku... Thanks ayie... Nasib baik beg aku kecik je...tapi berat huhu...
- My rescuer... Tak sangka ada gak pic ni.. TQ Ayie

Seperti biasa aku nak kene redah balik segala yang aku tempuh masa nak sampai puncak tu bila nak turun ni... Adooi... kan bagus kalo ada pintu suka hati macam doraemon tu hahaha.. tetiba je kan...
Kami sampai kat bawah tu ngam-ngam pukul 6 ptg... Pakcik 4WD tu dah ready tunggu kami. Turun tangga tu punya lah azab beb.. lutut aku memang sakit sesangat... Melecet tak yah cakapla kan...tahan je huhu...
Sekian sudah story aku untuk xpdc kali ni. Kalau ada yang tersilap harap maaf ye. Yang penting pengalaman ni tak akan dapat aku beli kat supermarket... :-)

Sebelum tu aku bg itinerary ni sebagai penutup my journey to Yong Belar yang tak bole blah... hahaha
DAY 01

Bluevalley Dam - Pipe Trail - River Crossing - Cabin Camp - Tudung Periuk Camp - Kasut Camp

DAY 02

Kasut Camp - Yong Belar Peak - Kasut Camp - Tudung Periuk Camp - Cabin Camp - River Crossing - Pipe Trail - Bluevalley Dam

p/s: Thanks kepada semua photographer yg terlibat. Aku cilok korang punya photo. Gambar original ni tau... edit tak main la.. ahahaha


13 comments:

  1. aikkk tak de citer ke isma psl YB?

    ReplyDelete
  2. yong belar ni ingat2 lupa hehehe nanti dah ingat kasi upload k...
    ~sapa yg bertanya tu???

    ReplyDelete
  3. TEBING TINGGI BACKPAKERS
    GUIDE SERVICE ALL OVER CAMERON MOUNT N TRANS
    ANDY 017-9997790

    ReplyDelete
  4. Wow thanks rasa membantu sgt blog ni wekend ni nk naik yong belar so harap2 hujan tak turun hahahaha kalau tak parah ler

    ReplyDelete
  5. Wow thanks rasa membantu sgt blog ni wekend ni nk naik yong belar so harap2 hujan tak turun hahahaha kalau tak parah ler

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks bro. good luck. Selamat mendaki Gunung Yong Belar. tapi bagi Yong Belar ok lagi dari Korbu.. huhuhu nanges...

      Delete
  6. TEBING TINGGI BACKPACKER(fb)
    Khidmat Nature Guider Berlesen
    Kami menguruskan:
    -permit pendakian
    -laporan polis
    -nature guider
    -kit perubatan (asas)
    -walkie talkie
    -khidmat 4x4 ke starting point

    ANDY
    017-9997790
    Call/whataps/sms

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum nk tnye skit..track ni senang skit erh dri korbu dgn tahan?

    ReplyDelete
  8. Wahhh takut TAPI semangat ingin mencuba. insyaallah 1& 2 oktober 2016 sy dan group akan ke Yong Belar .. blog ni sangat membantu sy dari segi penilitian dan stamina.. ayukkk cari stamina lebihh banyak lg..

    ReplyDelete
  9. Wish me luck this 14 till 16 Oct ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck... selamat menikmati keindahan alam...

      Delete