"Take nothing but memories. Leave nothing but footprints. Kill nothing but time."





09 March, 2011

Hat Yai syurga beli-belah - Harian Metro (09.03.2011)

HAT YAI atau 'Hadnyai' cukup terkenal di kalangan masyarakat Malaysia. Terletak di wilayah Songkhla, Hat Yai dikatakan berasal daripada nama sebatang pokok di bandar Hat Yai lama, tetapi disingkatkan dengan panggilan Hat Yai. Ada pula mengatakan ia berasal daripada pantai berpasir, tetapi agak panjang untuk menyebutnya lalu dipendekkan menjadi Hat Yai.

Namun, apa pun asal usul namanya, Hat Yai yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bandar baru dan bandar lama menawarkan pelbagai tarikan menarik kepada pelancong. Antara aktiviti 'wajib' terutama buat pelancong Malaysia ialah membeli-belah yang boleh dilakukan dari pagi hingga malam.

Antara kawasan tumpuan membeli-belah ialah di sekitar Jalan Niphat Uthit 2 & Niphat Uthit 3, Jalan Sanehanuson dan Pasar Plaza, selain gedung beli-belah seperti Lee Graden Plaza, Central Department Store, Expo Department Store, Odean Shopping Mall, Robinson Department Store, Diana Department Store dan Voke Department Store.

Keseronokan membeli-belah menyebabkan ada memberi gelaran Hat Yai sebuah bandar yang ceria atau 'Little Paris of the Southern of Thailand.' Jika ke Hat Yai, jangan lupa ke pasar terapung di Sungai Klonghae, Hat Yai yang dibuka dari 2 petang hingga 10 malam dari Jumaat hingga Ahad. Pasar terapung ini sama dengan di Damnoensaduak, Ratchaburi, Bangkok, cuma 95 peratus peniaganya beragama Islam dan makanan yang dijual halal.

Hat Yai juga terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan tinggalan sejarah, antaranya patung Buddha atau dipanggil 'Phra Buddha hattha Mongkhol' di Wat Hat Yai Nai berdekatan jambatan Khlong U Taphao. Patung Budha itu dipercayai antara ketiga terbesar di dunia sepanjang 35 meter, 15 meter tinggi dan 10 meter lebar.

Jika mengunjungi bandar Songkhla, jangan lupa ke Pantai Samila yang memutih dan kaya dengan alam semula jadi. Pantai Samila, anda berpeluang bergambar kenangan bersama tugu ikan duyung emas yang menjadi mercu tanda pantai berkenaan.

Selepas seharian berjalan di Hat Yai, di sebelah malam, anda boleh merehatkan dan memanjakan badan dengan melakukan urutan tradisional Thailand. Untuk menjamu selera, pengunjung Muslim boleh menikmati pelbagai juadah halal di sekitar Hat Yai dengan mudah kerana 80 peratus penduduknya beragama Islam.

Juadah menarik pastinya, tomyam' yang rasanya berbeza berbanding di Malaysia. Produk tempatan lain ialah biji gajus, udang bakar, keropok ikan dan udang selain pelbagai cenderahati dengan harga murah di kebanyakan kedai di Hat Yai.

> JADUAL PENERBANGAN
AK 770 KUL-HDY 11:45-12:00 setiap hari
AK 771 HDY-KUL 12:35-14:45 setiap hari
> AirAsia terbang terus dari Kuala Lumpur ke Hat Yai setiap hari

No comments:

Post a Comment