"Take nothing but memories. Leave nothing but footprints. Kill nothing but time."





08 November, 2011

Kuala Selangor - Part 1

Salam semua... I'm backk.... hehe jom update trip apa plak kali ni.... Happy reading....

Date : 16-17 July 2011
Location : Kuala Selangor


Kali ni kitorg buat trip santai & murah. Ahli2 yg join adalah Zt, ain, Faezah, Mas, Sha, Asiah & aku. Antara agenda kitorg .....

1) Melawat Bukit Malawati
2) Main bowling + makan

3) Kelip-Kelip Kg Bukit Belimbing bukan Kg kuantan yg glamer tu…. Hehee ada sebabnya kitorg pilih situ…
4) makan durian tepi jalan hehehehe


Seperti yg dirancang nak gerak awal pagi... tapi biasalah... pagi tu dah dekat kul 9 huhuhu...so, zt dtg amik aku dulu.. lepas tu g amik Mas kat PJ… yg lain-lainnya jumpa kat Klang. Disebabkan kelewatan kami, Cik Ain dah bising-bising…. ampun tuanku...!!! Dalam pukul 10.30 pg kitorg breakfast dulu.... makan kat warung tepi jalan je... kalo warung tgh jalan kang kene langgar plak..... hahaha jgn marah....perut sume dah berkeroncong…. So, menu aku makan nasi lemak ayam rendang...(menu tak bole blah... lupa plak nak amik snap gmbr) oklah… buat alas perut… lepas tu kami semua terus gerak ke Kuala Selangor. Tunggu kami yaaaa.....
*tunggu menu sampai....*

Memandangkan lambat lagi nak check in.. so, kitorg terus ke Bukit Malawati dulu… pusing2 sana dulu… sambil2 jd pengkaji sejarah kejap hehee….Moh kita tgk apa ada di Bukit Malawati… Ada harta karunkah?????

Jom kita singkap sejarah Bukit Malawati....(sila baca dgn serius.... ini fakta bukan auta...)

Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing. Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.
Info from http://www.mdks.gov.my/tempatmenarik
Inilah dia pintu masuk ke Bukit Malawati... Actually sini pon tempat menunggu train.... hehehe
*kat sini jugak korg bole beli souvenier buat kenangan korg dah sampai sini daaa....*


Tuuuu dia... keretapi dah sampaiii..... warna bendera selangor lagi....merah kuning....
Perkhidmatan kereta api juga disediakan di Bukit Malawati. Perkhidmatan ini hanya disediakan pada hujung minggu sahaja iaitu setiap hari Ahad dan Sabtu. Setiap penumpang dikenakan tambang sebanyak RM3.00 sahaja. Untuk korang yg malas nak jalan bolelah naik train yeee... tapi bg yg nak explore baik jln kaki je.... lagi ada feellll.....



Kota Malawati

Dibina oleh orang-orang Melayu ketika pemerintahan Sultan Selangor ke-2 sebagai salah satu usaha mempertahankan Kuala Selangor dari serangan Belanda. Kota ini dilengkapi dengan meriam-meriam.


*kenangan bersama di Bukit Malawati*



*AWAS!!!! Sini byk monyeetttt.... suka curi makan....*



Baitul Hillal

Bangunan ringkas berkisi-kisi ini dibina khas bagi melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh permulaan berpuasa di bulan Ramadhan, Hari Raya Syawal dan Raya Haji.


Batu HamparTerletak di pintu masuk Kota Melawati, di atasnya satu busut besar bersaiz 5 x 5 x 2 kaki. Lagenda mengatakan bahawa batu ini adalah tempat memancung kepala penderhaka.


Busut Malawati
Terletak kira-kira 200 kaki di hadapan pintu kota. Terdapat Pohon Sena yang kini berusia kira-kira 200 tahun. Kemuncaknya rata kira-kira 20 kaki persegi membolehkan Sultan Selangor pada zaman dahulu bersemayam untuk berehat dan menyaksikan ayam bersabung.

Makam DiRaja

Makam Diraja Selangor ini terdiri dari 3 makam Sultan Selangor iaitu:
1. Sultan Selangor Pertama - Sultan Salahuddin (1742-1778)
2. Sultan Selangor Kedua - Sultan Ibrahim (1778-1826)
3. Sultan Selangor Ketiga - Sultan Mahmud (1826-1857)
Meriam Penggawa ini sentiasa dibalut dengan kain kuning dan terletak di dalam kawasan makam 3 orang Sultan Selangor. Ditemui di pinggir Sungai Buluh, 12km ke Selatan Kuala Selangor pada 23 September 1966. Nama asalnya ialah Petoi Boga bererti Puteri Putih.
Perigi Beracun
Airnya berisi racun, hasil ramuan beberapa jenis getah dan miang rebung. Airnya diisi sehingga paras dagu sebagai penyiksaan kepada penderhaka. Terletak di hadapan Muzium Kuala Selangor.


Byk lagi tempat yg ada kat Bukit Malawati ni tapi kami terlepas.... ni gara2 naik train la ni.... huhuhu
Bukit Belanda
Di zaman taklukan Belanda, dikenali sebagai Kota Utrecht sempena nama kapal Belanda yang berjaya mengalahkan Raja Hadi di Teluk Ketapang. Terletak di Utara Bukit Selangor, di sebelah Sekolah Men. Sri Tanjung. Merupakan Kubu Pertahanan Belanda yang pertama. Terdapat sebatang pokok besar yang dikatakan menjadi menara bagi para peninjau melihat musuh.

Makam Anak Dara
Lagenda mengatakan seorang gadis warak yang dipaksa pada hari perkahwinannya telah menghilangkan diri ketika mengambil air sembahyang di Sungai Selangor. Orang tuanya bermimpi, anak gadisnya melarang mereka mencarinya kerana beliau telah mendapat suatu tempat yang tenteram di sebuah pulau. Ibu bapanya hanya menjumpai baju anaknya yang tersangkut di sebatang pokok lalu sebuah makan didirikan di situ.

Tangga Seratus
Tangga ini dibuat bagi mendaki Bukit Selangor menuju terus ke pintu Malawati dari Pekan Kuala Selangor.

Telaga Tujuh
Asalnya sebuah telaga yang mempunyai 7 mata air tang tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau, tetapi kini hanya terdapat beberapa buah sahaja kerana yang lainnya telah terkambus.

* pic suka-suki... *

Oppss sebelum tu.. bajet utk trip kali ni seperti berikut…

Chalet weekend : Any (Occasion) : RM180.00/room (RM45 or RM60 /pax)

Tiket (bot) layan kelip-kelip : RM15/pax

Transport (carpool) : RM25/pax (aku letak je dulu - nanti check blk ngn dreba kete)*

Makan : byk manyak mana mau and malam tu leh g mkn seafood kt Pasir Penambang

Sorang kena bayar : RM100

No comments:

Post a Comment