"Take nothing but memories. Leave nothing but footprints. Kill nothing but time."





18 April, 2012

Ho Chi Minh - Part 1

(Day 1)
8 April 2012


Yes… Hari yg dinanti tiba jua. Penerbangan kami ke Ho Chi Mint sepatutnya 7.40 mlm terpaksa di tunda kerana hujan lebat… Sesungguhnya mmg lebat hujan hari tu. Sampai tak nampak apa-apa pun. Cuak pon ada kalo naik flight masa tu… biarla lambat sikit asal selamat kan hehehe…. Akhirnya dalam pukul 8.35 mlm barulah kami terbang di angkasa raya… ceewaaahhh….Alhamdulillah, waktu tu cuaca pun dah ok sikit. Trip kali ini di anggotai oleh Cik Ain, Cik Faezah, Cik Zetty & Cik Isma (nama sebenar)…hehehe dan Cik Dilla yang akan sampai esoknya pasal kes beli tiket asing-asing…promo tiket punya hal…

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh mengambil masa 1 jam 50 minit dan perbezaan masa 1 jam lewat dari Malaysia. Kami mendarat di bumi Vietnam tepat pukul 10.35 mlm (waktu Malaysia). Selepas kwn aku Ain & Faezah mengambil luggage diorg kami terus ke pintu keluar mencari tempat menunggu teksi. Target kami teksi “Vinasun” atas nasihat dr kwn2 dan pembacaan diblog. Rupanya pesen diorg ni bukannya ikut barisan… sapa cepat dan agresif cepat la dapat naik teksi. Mmg byk teksi yg lalu kat situ tapi kalo kita cuma berdiri dan tunggu diorg panggil alamatnya sampai esok korg dok melepak kat situ hehehe…. Kitorg pon apa lagi lepas tgk org lain potong line…mana bole jalan beb…. Terus pegi depan tunjuk kertas nama hotel kitorg. Diorg bukan paham kita cakap apa pon, makanya lebih baik tulis je.. sekurangnya diorg paham destinasi kita ke mana. Thanks to Faezah yg siap taip alamat hotel kitorang… hehehe

Perjalanan malam di HCMC ni mmg agak mengejutkan… Majoriti kenderaan yg digunakan adalah motor… dan yang paling menggerunkan adalah cara pemanduan diorang kat sana. Dah macam kat Indonesia & Thailand. Sesuka hati jalan menentang arus. Cuma yang penting kene bunyikan hon je… tapi yg aku perasan kat HCMC ni motor mmg berkuasa… kereta / bas mmg kene alert dgn motor yg kadang-kadang entah dr mana dtgnya… tapi yg aku salute susah nak tengok accident… Sepanjang aku kat sana tak penah lansung tengok org accident… Dasat-dasat… Makanya yg penting kat sini adalah sikap pemandu dan tolak ansur walaupon cara pemanduan diorg ni mmg menakutkan kalo di aplikasi kat Malaysia… serius tak sampai seminit asyik ada accident je…hahaha….sian kat abang2 polis…. dan lagi satu kat sana aku rasa org kat HCMC agak terbuka bab2 18SX ni…. Tiba-tiba aku teringat cerita kwn aku yg selalu dtg Vietnam ni…. “Isma ko jgn terkejut plak sampai sana nanti. Diorg kat sana selamba je”. Baru aku paham bila dah sampai sini…. Serius open gileerrr….Bahaya utk budak bawah umur heheehe….atas umur pon bahaya jugak.. hahaha…

Lebih kurang dalam ½ jam kami sampai ke hotel penginapan. Tapi nak jadi kes la kan… bole teksi tu buat-buat tak tau hotel kitorg… nak “pau” kitorg la kot… huhuhu kami kene charge 145,000 VND. Dan korang nak tau tak balance kitorg dapat berapa selepas kitorg bayar 200,000 VND???? Cuma 10,000 VND…. Masa tu kitorg nak bg duit USD tapi driver teksi tu tak nak… Amik kau kene pau dgn driver teksi tu… dia kata tak de duit. Sabar je la… dah macam driver tu plak yg bagi tip kat kami… adakah patut???? So, kengkawan, pastikan korang ada duit yg cukup.. Jangan nak bagi lebih-lebih macam kitorang buat ni… Tapi masalahnya kalo kita baru sampai di Vietnam mmg tak de la duit kecik-kecik ni… kalo tukar pon kita akan dapat 100,000 VND. Memang nak tak nak kene bagi 200,000 VND jugak la kan…

Kami menginap di Saigon Pink 2 Hotel. Memang puas hati sesangat sebabnya
1) Bilik yg sgt luas, selesa, dan sgt cantik…(tak caya tgk pic)
2) B E R S I H ( tu penting…lebih2 lagi tang toilet..)
3) Dekat dgn tempat shopping (ni pon penting hehee..)
4) Penyambut tetamu yg cute hahaha….(pandai pilih staff…)
Sampai di bilik letak barang-barang kami yg tak seberapa ni (tak shopping lagi kan…).Bilik yg besar tu untuk aku dan zt berhoney moon pasal Cik Dilla sampai esok dan kwn aku tak jadi nak follow trip ni kerana ayah dia masuk hospital. Dengan tak mandinye, kami mula sesi cuci mata… yeahhh…. Penat semua tolak tepi… tapi jangan risau walaupon jalan malam tak de la risau sgt… agak selamat jugak la… sempat la snap gambar di sekitar hotel dan pasar malam.
 Bila dah penat pusing-pusing sambil survey harga… kami pon balik ke hotel penginapan untuk mandi dan tiduurrrr…. (Adik comel bukakan pintu hotel… ahahaha). Sebelum masuk bilik kami ambil pakej ke Cu Chi Tunnel melalui hotel saja. Bayaran USD 10 seorang. Untuk pengetahuan yang backpackers… ambil je pakej kat hotel dari ambil pakej dari Malaysia… Mahal seehhh….

(Day 2)
9 April 2012 – Cu Chi Tunnel

Pukul 7.45 pagi (waktu tempatan) kami dah terpacak kat lobby hotel. Menunggu bas untuk ambil kami ke Cu Chi Tunnel. Kononnya aku dan Zetty nak sarapan dulu tapi sedihnya kami tak jumpa pon kat mana hotel tempat sediakan breakfast tu…. Nasib baik dah makan roti + tuna. Sebut pasal tuna terus teringat kat imigresen Kastam Malaysia, tuna + kaya yang aku bawa kene ambil huhuhu sangat sedih… nasib baik tuna yg zt bawak lepas pasal dia letak tuna tu dalam2 beg… kalau tak alamatnya kitorang makan roti kosong je la…
Dalam pukul 8 pagi bas pon sampai. Kat sini bas akan berhenti di hotel-hotel utk amik penumpang yang dah booking pegi satu-satu tempat tu. Pemandu pelancong pun mulalah cerita pasal trip kami harini. Kadang-kadang ada jugak perkataan yg aku tak paham.. Mungkin cara sebutan yg agak berbeza ataupon aku sendiri yg tak paham omputih hahaha… Katanya nak sampai Cu Chi Tunnel ni ambil masa 1 ½ jam je. Dalam perjalanan tu dia adalah cerita yg rakyat Vietnam ni susah. Kalau nak beli motor pon kene kerja bertahun-tahun simpan duit baru bole dapat beli motor. Itupon motor local. Kalau nak beli motor jenama dari Jepun lagilah mahal. So, pakwe-pakwe yang naik motor local ni awek dia pon yang jenis biasa-biasa je berbanding dengan pakwe yang ada motor brand Jepun awek diorg memang yang tip-top hahahaha….kata pemandu pelancong tu la…. bukan aku cakap tau… Dalam pertengahan jalan tu kami singgah di tempat pembuatan lacquer oleh orang-orang kurang upaya (OKU). Memang halus sgt hasil kerja tangan diorg.
Kalo zoom korang leh nampak kulit telur yang dipecahkan halus-halus dan kemudian di tampal mengikut ukiran yang ingin di hasilkan.
Cuma aku kesian tgk keadaan fizikal mereka yang disebabkan kesan-kesan “Agent Orange” ( http://en.wikipedia.org/wiki/Agent_Orange )

Kalau difikirkanlah, apa dosa mereka kan. Menjadi mangsa kekejaman manusia. Korang nak tau tak apa tu yg di panggil “Agent Orange @ Agen Oren”??

Melalui pembacaan aku, nama agen oren ni diambil sempena jalur oren yg akan terhasil bila diletakkan dalam bekas. Agen oren ini berasal dr salah satu racun rumput-rumpai dan bahan kimia perosak untuk daun-daun yang digunakan oleh tentera US untuk memusnahkan tanaman sama sekali. Tapi masalahnya bukan sahaja tanaman yg rosak dan musnah, dengan manusia sekali terkena kesannya…kesiankan…. Bayanglah kesan bahan kimia tentu sekali akan mencemari makanan dan air, bahan keperluan seharian. Semestinya diorang terkena bahan kimia berbahaya tu yang akhirnya mengakibatkan manusia jadi cacat seumur hidup, bayi dalam kandungan lahir tak sempurna atau bole kata dah macam alien. Itu semua kerana agent orange tu la.. Memang patut la Vietnam claimed kat US kan (politik la pulak…)

Oh ya buat ladies semua ya, kalo ada toilet yang ok, buang la apa yang patut. Tak nak pon buang jugak hahaha pasal toilet diorg ni selalu tak de air punya pesen. Ala-ala macam toilet kat klcc (at least kat KLCC ada jugak air keluar.. ni haram tak de langsung…)

Lebih kurang ½ jam kat situ kami pon bergerak balik menuju ke Cu Chi Tunnel. Kami semua selamat tiba pada pukul 11 pagi. Yuran masuk sebanyak USD 4. So, total untuk ke Cu Chi Tunnel ni habis USD 14.
Kami di bawa oleh tourist guide ke kawasan terowong bawah tanah. Tempat pertama yang kami tuju adalah lubang masuk ke terowong… perghh… memang kecik. Muat-muat je… kawan aku zt try masuk tapi nak keluar pulak payah…hmmm… aku?? Tgk je la… tapi kata tourist guide lubang tu dah dibesarkan sedikit dari saiz asal. Maknanya lagi kecik la lubang nak masuk tu…. Kurus-kurus askar Vietnam ni ek… itulah antara sebab kenapa askar US tak dapat nak explore dalam tunnel tu oleh kerana lubang nak masuk tu pon sikit punya kecik. Memang tak muat la untuk askar US yang badan-badan besar. Tambah lagi kalau perut buncit hahaha….(amik ayat tourist guide).
- Kecikkan lubang masuk tunnel tu...
Selepas tu kami bibawa ke tempat perangkap (trap) askar Vietnam buat khas untuk askar US. Tengok je la besi tajam kat bawah tu. Sekali terpijak memang tiada maaf la. Terus kojol.

Perangkap askar Vietnam ni macam-macam jenis ada. Siap ada nama lagi perangkap diorang ni. Sekali dah terkena memang mati atau cacat seumur hidup.
Sapa yang kene benda ni lebih-lebih lagi lelaki... memang sohih tak bole dapat anak... besi tajam tu target tempat baik punya... ngeriiiii...(pic bawah)
Filem dokumentari mengenai peperangan Vietnam yang berlaku di tayangkan untuk tontonan pengunjung ke Cu Chi Tunnel. Di sini juga ditunjukkan susur alur terowong bawah tanah setinggi 3 tingkat yang menjadi rahsia askar-askar Vietnam. Memang tabik la tengok design terowong tu lengkap dengan ventilation lagi tu... Pembinaan terowong yang memang hebat..!!!


- Salah satu jalan masuk ke terowong bawah tanah.

Kereta kebal pun ada.. kalo rasa letih nak jalan, boleh sewa kereta ni pusing-pusing hutan hehehe....

Antara bom-bom yang di hantar oleh askar US dan digunakan semula oleh askar Vietnam sebagai jerangkap samar untuk tentera US. What U give U get back...!!

Ni aku nak story pasal selipar (pic bawah) yang digunakan oleh askar-askar Vietnam waktu perang dulu. Tourist guide (baju putih tu..) aku ni bagitau pada waktu hujan selipar ni akan di pakai terbalik untuk mengelirukan musuh. Bila pakai terbalik jejak yang ditinggalkan akan membuatkan musuh mengikut arah yang bertentangan dengan arah yang sepatutnya... Hebatkan daya pemikiran askar Vietnam tu...
Lepas tu aku dan zt amik peluang merasai bagaimana laluan terowong bawah tanah yang hanya menggunakan cangkul je tau. Hanya 20 meter je tapi rasa macam dah jauh sgt dah. Memang bole sesak nafas kat dalam tu. Laluan muat-muat untk satu orang sahaja. One way only. Aku dok terpikir la, kalau bertembung camana ek???

Kami ditunjukkan jugak tempat kesan bom. Kalau hari hujan tempat tu akan ditakungi air. Dah macam tasik.

Memang penat pusing tunnel ni. Dah la tak makan pagi, setakat belasah roti sandwich apa la sangat untuk aku yg kuat makan ni… huhu… Perut dah mula berkeroncong. Nak dengar apa tourist guide tu cakap pun dah tak larat. Pikir nak balik je. Kami berhenti rehat dalam setengah jam. Mat & minah saleh tu bole la belasah mkn apa yg dijual kat situ. Macam kami ni tengok je la sambil kunyah biskut.
Selain tu, sebelah tempat kami lepak tu ada tempat menembak. Korang bole ambil peluang ni merasa menembak dengan bermacam jenis senapang yang ada... Serius asyik terkejut je aku bila sesekali bunyi tembakan....kus semangat makk...!!!
Akhirnya sebelum balik kami dijamu dengan ubi kayu rebus… hahaha aku apa lagi bantai makan la… diorg bagi rasa tapi aku bukan rasa… aku makan macam makan nasi… habis aku makan satu pinggan ubi kayu tu lalala… lega sikit perut aku ni.

Akhirnya kami tinggalkan Cu Chi Tunnel ni dalam pukul 3 ptg.
Tak sabar nak sampai hotel nak cari makan. L A P A R ! ! !
Sepatutnya lepas ke Cu Chi Tunnel kami nak terus ke War Museum tapi memandangkan perut kami lebih diutamakan maka kami cancel jer nak pegi War Museum tu. Esok je la… Last station adalah office Tuan Travel. Hotel kami pon tak berapa jauh dr situ tapi terpaksalah berjalan sikit. Kami usha-usha pakej yang diorang offer utk trip yang lain macam Mekong River. Kalau direct pada diorg memang murah. Cuma USD 8. So, aku cadangkan pada yang plan nak pegi tu baik ambil direct kat Tuan Travel ni. MURAH…

Selesai bayar utk trip Mekong River esoknya, kami terus cari kedai makan Islam. Dok pikir restoren mana kami nak terjah. Sambil dok jalan-jalan tu kami ternampak satu restoran India Muslim. Apalagi malas nak jalan jauh lagi dengan perut yang dok minta makan ni.. kami terus masuk je restoran tu. Tuan punya restoran ni dari India. Dan makanannya pon sedap. Untuk satu pinggan nasi ayam harga dalam 90 000 VND @ RM13.50. Dan air buah 30 000 VND @ RM4.50. Bolela. Tak de la mahal sangatkan. Tapi kami makan kat situ sekali je pun hehehe…
Lama jugak la kami lepak dalam restoran tu. Minta macam2.. tambah tu la tambah ni la… nasib baik diorg layan baik je…. Lepas perut dah kenyang dan dah sejukkan badan sikit kami teruskan ekspedisi shopping kami. Mana kedai yang kami rasa menarik nak masuk kami masuk je… Dah penat berjalan kami pon balik hotel. Mau mandi dan pegi pasar malam pulak…
Pemandangan di bandar Ho Chi Minh City. Perasan tak bangunan tu?? ala-ala macam Menara Rebung TM tak???

Malam tu baru Cik Dilla sampai. Aku dah tertido pasal penat sangat jalan satu hari…
B E R S AM B U N G....

9 comments:

  1. dah lama x publish...sronoknye pegi sane..nnti nak masuk dlm list gak...

    ReplyDelete
  2. hehe... mood nak berblogging baru sampai... best g sana.. leh bwk wife sekali..hehehe

    ReplyDelete
  3. salam a'laik.
    saya nak tanye. macamane awak booking hotel saigon tu ye? saya nak pegi januari depan ni, insyaAllah. and sedang 'usha' hotel yang bajet. saigon pink 2 boleh tahan :) camane ye proses yang berkesan dan efektif?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... Maaf lambat reply. Bilik ni kawan saya yang book melalui agoda.com.

      Delete
  4. assalamualaikum...mcm mn sy nak contact awk ye?nak tnye skit psl pg ke vietnam...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. leh email saya isma_liana81@yahoo.com

      Delete
  5. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  6. salam dik, boleh share x kat mana nk amik/ beli pakej chu chi tunnel tu? akk plan nk beli masa kat saigon je nnt. sbb yg dik amik ni murah compare to pakej yg akk survey sblm2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak.. sory lambat reply. pakej chu chi tunnel tu saya amik dekat hotel je... mintak hotel saya stay tu yg uruskan... so dapat la murah sket...kat sana saya stay kat HOtel Pink2 saigon...

      Delete