"Take nothing but memories. Leave nothing but footprints. Kill nothing but time."





20 June, 2012

Ho Chi Minh City - Part 2

Assalamualaikum...

Hohoho... apa punya lama daaa... nak update trip pegi HCMC ni hehehe... mood ilang entah kemana... kene plak pic lom dapat di kumpul gara2 semua kengkawan bz... huhuhu so utk kali ni aku just amik dalam camera aku jer la... paham2 je la kamera murah ni... Apapon harap korang enjoy baca entri aku yg bersambung sikit punya lama daaa....

(Day 3)

10 April 2012 – Mekong River

Seperti biasa kami menunggu di lobby hotel 7.45 pagi. Tapi kali ni aku, zt dan dilla sempat breakfast dulu kat hotel yg semlm aku & zt tak jumpa tu. Itupon nasib baik ada sorang akak ni bagitau kat area mana. Orang Malaysia mmg ramai kat Ho Chi Minh ni… ada yang datang semata-mata nak shopping raya je. Kaya-raya rakyat Malaysia ni kan… ok, berbalik cerita breakfast kat hotel tu… kitorang beria-ia sgt nak breakfast padahal bukannya bole makan pun. Cuma amik buah je. Agaknya kesian tgk kitorg makan buah je, mamat kat restoran tu tegur tanya nak tak kalo dia bg telur rebus. Apalagi kitorg kata OK.

Dalam pukul 8 pagi bas untk ke Mekong River trip pun sampai. Pastu ambil penumpang kat hotel lain pulak. Akhirnya gerak pukul 8.30 pagi jugak. Perjalanan ke Mekong River ni mengambil masa 2 jam dengan jarak 71km. Dalam pukul 10 pagi kami singgah di satu lagi tempat membuat kraf iaitu Vietnam Handicapped Handicraft. Kami berada disitu adala dalam setengah jam jugak la.

Antara hasil kraftangan  -cantikkan..!!!
salah satu bahan yang digunakan.. kulit siput tak salah aku ni...

Lepas tu kami sampai di jeti dan terus naik bot. Tourist guide yg perasan Tom Cruise tu mula la cerita pasal Mekong River ni. Aku antara dengar tak dengar je.. hahaha...
-tula mamat yg perasan Tom Cruise versi Vietnam hahahaha

Pulau pertama yang kami tuju adalah “Big Island”. Tempat pembuatan produk dr kelapa macam candy. Kami ditunjukkan mcm mana candy2 tu di buat. Bagi rasa lagi. Sedap gak. So aku belila buat ole-ole dr Vietnam. Beli 5 percuma 1. Harga 150,000 VND. Aku cuma ambil perisa asli, coklat & pandan je. Yang lain aku takut tak sedap hehe.. rugi tak cuba perisa durian huhuhu… Kat situ jugak aku beli satu baju untuk anak buah aku. Suka aku tgk design baju tu dengan sulam. Orang Vietnam ni memang terkenal dengan sulaman. Cantik dan kemas.


Lepas tu kami gerak ke “Phoenix Island” untuk lunch. Waktu tu dah pukul 12 tghari. Awal-awal lagi tourist guide tu dah bagitau kitorg yg Muslim ni tak boleh makan kat restoran tu pasal ada disediakan babi. Jadi kami hanya lepak kat bangku depan sungai tu je… best jugak… Angin sepoi-sepoi bahasa. Menu kami hanya sandwich, biskut, Maggie & keropok. Adat orang merantau hehehe…. Kat pulau ni pun ada disediakan basikal untuk dibawa pusing kawasan sekitar kampong tapi kami dok je kat tepi sungai tu…

Dalam pukul 1.30 ptg, kami bergerak ke pulau seterusnya iaitu “Unicorn Island” iaitu tempat perusahaan lebah. Bolela kalo rasa tak penah tengok lebah dari jarak dekat, kat sini korang boleh main2 lagi dengan lebah tu hahaha…. Aku tengok dari jauh je… kat Malaysia pun banyak…hehe… Tapi yang best kat sini kami dihidangkan teh cina+madu+perahan limau. SEDAP…!!! 3 kali aku minum hehehe siap wat sendiri lagi… Kat sini ada jual madu lebah dan yang sewaktu dengannya kalau korang nak belilah… kami tak beli apapun… mengabiskan air madu tu ada la hahaha….Selain lebah kalau korang teringin nak bergambar dengan ular sawa pon bole… huhuhu Aku tolong amik gambar nak la.. nak pegang…SORY..!!

- Motif gambar ini adalah sebab mat saleh tu ensem banget hahaahhaa...kan kan kan!!!

Seterusnya kami menuju ke jeti utk menaiki sampan menyusuri Sungai Mekong. Banyak sampan-sampan dah sedia menunggu kedatangan kami. Pemandangan dengan diikelilingi pohon nipah satu pemandangan yang amat menarik. Cuaca agak panas tapi jgn risau disediakan topi ala-ala orang keje sawah tu. Tapi sila pulangkan bila dah sampai yee… hehehe…


 - ni aku bergambar dengan org purely Vietnam...

- ni alas kaki tapi sayang pulak beli wat alas kaki pasal cantik sgt... lembut tu...mmg sgt kreatif..!! Aku suka sgt yg bentuk love tuu....like like...

Lepas tu kami lalu kebun buahan-buahan… kalau korang selamba petik je buah-buah tu hehe… tapi macam tak baik la pulak kan… Ala.. dun wori la.. korang akan di hidangkan dengan buah-buahan yang macam-macam lepas ni… makan la byk mana korang nak… tapi aku tgk mat saleh macam tak berapa makan buah-buah yg dihidangkan… pasai apa??? Entah la… Meja kitorang habis semua buah kitorang telan.. lalala…. Sambil kita makan tu ada performance dr penduduk kat situ… ada satu tu aku rasa macam lagu sedih. Tapi pasal tak paham bahasa diorg kita dengar je la…
Dalam pukul 3.20 ptg kami gerak untuk balik dan sampai jeti dalam pukul 3.30 ptg. Yeeahhh… Selamat sudah trip Mekong River untuk harini. On the way nak balik tu kami stop sekejap kat satu tempat tu pasal nak tunggu tourist guide. Sabo je la… tourist guide kami ni akan teruskan untuk trip Mekong for 2 days. Untuk pengetahuan korang. Trip Mekong ni ada 3 iaitu untuk 1 hari, 2 hari atau 3 hari. So, pilihlah mana korang nak.

Dalam pukul 6 petang kami selamat sampai di hotel. Lega rasanya… Masa bersihkan diri… Aktiviti malam ni adalah sesi terjah ke kedai Hajah Basiroh Telekung.

Sebelum bergerak ke kedai Hajah Basiroh kami makan dulu kat kedai showroom dia yg letak betul-betul depan hotel kami.
- nilah kedai makan tetap kami... hari-hari tapau makan kat sini...jimat-jimat...

So, agak senang la untuk kami dapatkan makanan halal. Aku belasah makan nasi putih + ikan goreng + sayur goreng. Kawan2 aku yang lain semua makan mee pho (sebutan fe) tu… aku rasa sikit…tapi memang sedap. Sayur ulam yg dihidangkan bersama mee pho tu memang best. Siap bole menitiskan air mata. Lepas habis makan kami minta orang kat kedai tu tolong carikan teksi untuk ke Kedai Basiroh tu. Agak jauh jugak kedai tu dr hotel kami.
- inilah kedai utama Basiroh (kualiti gambar amat menyedihkan)

Sampai kat kedai tu… naahhhh… kami dihidangkan dengan ratusan helai telekung…. Ambik korang pilih mana nak…. Tapi nasib baik ada sorang mamat ni nama Aziz tolong suggestkan mana telekung yang ok. Byk jenis tau…nak yang bunga timbul la, bunga sulam la, yang mahal ada yang murah sikit ada… pening pilih… Nak tau kami kat situ berapa jam??? Hahaha… 4 jam tu beb…. Dasat kitorang shopping telekung. Oh ya, kat situ ada jugak jual jubah, baju kurung siap, kain cotton, Vietnam silk. Aku memang rekomen la telekung kat sini pasal kain dia berat dan sedap pakai. Sulaman pun cantik. Memang puas hati. Sampai nak tidur la owner kedai ni tunggu kitorg habis memborong… siannn….. Dan aku dapat hadiah jugak… hehehe

Sampai hotel apa lagi sebok dok pikir camana nak packing telekung2 yg byk2 tu… Cik Dilla la paling byk… Pesanan org… jenuh la… aku cuma beli 3 helai telekung + tudung sulam + baju jubah utk my mom…

Tamat sudah hari ke 3 kami di HCMC.... Nanti sambung lagi yeee....

3 comments:

  1. hi, nk tanya boleh.. u pergi ni pakai travel agent or pergi sendiri. lepas tu i nk tanya, mcm mana nk booked tour package yg singgah2 tempat craft ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Fatin.... saya pergi HCMC ni sendiri je. tak pakai travel agent. pasal package tu bole ambil dekat hotel je... nanti akan ada org mai amik kat hotel kita. Tempat craft ni mmg tempat yg akan diorg berhenti sebelum sampai samada ke chuchi tunnel or mekong river.

      Delete