"Take nothing but memories. Leave nothing but footprints. Kill nothing but time."





12 September, 2012

Sarawak & Brunei - Part 1

Percutian ke Sarawak & Brunei

Akan kuceritakan percutian ini buat anda yang sudi membaca blogku yang kerdil ni... Sudah hampir setahun ku simpan cerita ini... Masih ingatkah??? Hmmm... entahlah...

Dah dah... hahaha macam baca novel cinta la pulak... Tapi aku kasi tgk pic dulu la yee... cerita bakal menyusul.... Let the photos tell the story first...
Haaaa???!!!!...Amacam puas tak tgk pic aku yg sekeping tu hahahaha.... sian korang kan... ok.. aku serius sekrang ni...nanana...the story begins here!!!

Tempat Percutian : Sarawak & Brunei
Tarikh: 29.10.2011 – 01.10.2011
Penerbangan : Air Asia Tambang Murah la… Tambang mahal tak mampu… hehe
Ahli : 4 orang sahaja. Wanita sahaja. Single mingle sahaja. Kiut miut sahaja.

Ok… Camana nak mula yee… setahun punya cerita ni baru nak story harini… bukan senang nak rewind ke setahun yg lalu… so, aku agak2 je la apa yg aku ingat… Kalau tersilap atau terlepas pandang tu adalah kerana diri aku sendiri… hanya manusia biasa…

28 Oktober 2011

Berkumpul & tidur di KLIA. Esok flight kami pukul 0720. Dah tentunya aku tak sempat nak sampai kalo aku gerak esok pagi… So, to be on time… better get there early… dr terkocoh-kocohkann!!! Kang ada yg terlepas flight… Baru padan muka I !!! Cik Dilla sampai dulu… then baru aku sampai… lepak kat luar airport sambil tunggu Zt & ehem-ehem… Cik Farah esok pagi baru gerak… Yg pasti tidur-tidur ayam… mmg tak best… tidur pon atas kerusi je... sememangnya la tak syokkk langsung…

29 Oktober 2011

Perjalanan ke Miri mengambil masa 2 jam 15 minit. Dah macam pegi Indonesia je… Terasa lama sgt dalam plane tu… Adooiii bosan betull...Dalam pukul 9.30 kami sampai di Lapangan terbang Miri... Alhamdulillah...
Lepas tu kami terus cari tempat utk sewa kereta. Ambik yang dekat airport je. Apatah nama company tu… Utk 2 hari sewa kereta kami kene charge RM300 + RM 250 deposit. Kami minta map utk senang kami gerak dalam pekan Miri tu… Cik Dilla bwk kereta… tp normal la mula2 salah jalan… dah lama bole jadi pemandu pelancong terus Cik Dilla kita ni hehehe … Berminat??? sila hubungi 012 344 tekan tekan tak dapat…hehe
Cik Zt baca map....
Kami cari tempat makan dulu… masing-masing perut dah berbunyii minta di isi... Kami singgah di Restoran Truly Asia… Aku order laksa Sarawak… Hmmm bolelahhh…. Mungkin tak kene dengan tekak ku...

Dalam pukul 12 baru kami gerak menuju ke Gua Niah… Sempat jugak kami tapau pisang goreng, apam balik untuk kudap2 sepanjang jalan nanti…

Jauh jugak la nak sampai Gua Niah ni… Nak dekat 3 jam baru kami sampai… Maknanya pukul 3 baru kami sampai ke perkarangan Gua Niah Headquaters. Kami check in dulu… mandi & ready to explore Gua Niah Cave…
nilah penginapan kami hehehe... acah jeee.... ni antara rumah-rumah yang ada sebelum masuk ke Taman Negara Niah
Jeng jeng jeng......
Pintu Gerbang ... Kami dah sampai....
Ini saya
Dalam bilik kami yang amat luas... puas hati sesangat...


Oh ya... Masa di Gua Niah ni kami tido di Forest Hostel which is under Sarawak Forestry Corporation Sdn Bhd. Dalam satu bilik ni ada 4 single beds for RM42.40 per night (including 6% of gov. service tax). Pembayaran perlu di buat semasa anda check-in. Harga tu hanya utk bilik je tau.. yg lain2 sila bayar sendiri yee...

Sebelum lupa... nak masuk ke Gua Niah ni korang kene bayar “Entry Pass” RM10 yee… Dan jugak bot nak seberang sungai tu kene bayar RM2.50.


- Ni kaunter untuk bayar tiket bot RM2.50

Korang nak tau sungai tu tak la besar sgt pon… tapi korang berani ke nak berenang kat sungai Sarawak ni… Hissshhh.... tak pepasal ada plak yg konvoi sekali… SCARRYYY!!!!

 - Tgk.... tak luas mana pon kan sungai tuuu.....
Bermula dari pukul 1535 sampai 1820 kami meneroka Taman Negara Gua Niah nii.... Yang paling tak bole lupa... otw kami ke Gua Niah tu hujan punya la lebat.... mmg terbaik la... habis basah.. terpaksa cari tempat berteduh sekejap... Nasib baik ada batu besar bolelah berenti sat...



 - Antara laluan ke Gua Niah
 - Cantik kan... Subhanallah....


 - Tersangatla luas dalam gua ni... bole main bola sepak hehehe
- Aku Dalam Gua -






Bersambung Lagi....Nantii.....

4 comments:

  1. Bestnya gua niah!! Kak long izu baca blog klong cuma tak smpt nk komen sblom ni..bz!! So keep us updated cuti2 best n adventurous klong mcm ni k!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Kak Chik baca blog Kak Long yeee... Bila ada mood baru nak berblogging ni... Samalah Kak Chik... Kak Long follow je cerita kak chik n family kat sana.. best sgt... Merasa beraya di perantauan...

      Delete
  2. Hi, miss..tumpang tnya
    masa korg di gua niah tu, korang bermalam dimana? brapa kos sewa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi... Masa di Gua Niah ni kami tido di Forest Hostel which is under Sarawak Forestry Corporation Sdn Bhd. Dalam satu bilik ni ada 4 single beds for RM42.40 per night (including 6% of gov. service tax). Pembayaran perlu di buat semasa anda check-in. TQ

      Delete