"Take nothing but memories. Leave nothing but footprints. Kill nothing but time."





18 December, 2012

Dihambat Anjing Gila Khinzir

Kali ni aku nak share satu kisah tragis lagi benar yang berlaku kat salah seorang opismate aku. Haiiyaakkk tarak tipu punya tau…telu setoli…. Kesian pon ada aku dengar cerita dia… Kisah dikejar hanjing… hehe *haippp.. tak baik gelak kat orang la....*
Kisah ni berlaku di subuh yang hening… Alhamdulillah kawan aku ni baru je selesai menunaikan solat subuh berjemaah di surau berdekatan dengan rumahnya (baik kwn aku ni… hehehe…) memandangkan rumah dengan surau dekat je pon… tak jadilah dia nak naik Harley Davidson dia tu… yelah kalau dah kentut kat sini pon kat sana dah bole dengar so, ada baiknya hanya mengayuh beskal tua… Itulah kebiasaan dia… mengayuh sambil menikmati kesejukan pagi dengan udara yang segar (*segar la sangat…) Dalam dok asyik layan perasaan tu… tidaklah dia perasan langsung ada mata yang tajam dok usha baik punya… Kalo awek aku rasa dia dah lama perasan koott.. hahahaha.....*ampunnn....Makhluk itu dok tunggu masa terbaik untuk memulakan pakatan sulit bersama geng gagak hitam... eh apa gagak-gagak plak... hanjing hitam adalaa...
“Serbuuuu....!!!!”
Apalagi member aku yang dok layan bluess tu terkejut beruk laa...
- Seriuss.. sama la... hahahaha
Takbir
"Allahu Akbar!!!"  tak pepasal member aku bertakbir pepagi tu…. Sure jiran-jiran dia ingat ada demo pepagi ni.. hehehe tapi rupanya bukan...
Hanjing gile babi … Dah la anjing.. babi pulak tu… benda haram… makin bertambah-tambah haram lagila….hehehe....
Member aku pon tak de la nak sambut dengan belai-belai manja plak hanjing2 tu kan... anjing kott… bukan nye kucing parsi…. HARAMMM...!!
Kalau sekor bolela member aku ni jentik-jentik je anjing tu... ni kalo dah bole buat team bola... apa jadahnye la nak berhero-hero bagai... baik selamatkan diri je...
Haaa apalagi.. kayuh bang kayuh.... hahaha... dia pon mulakan pecutan yang dikira Azizulhasni pon bole nangis tengok…. Laju bedesupp…
- Ala-ala macam ni la member aku tu kayuh beskal dia.... laju kan kan kan???
Melambai-lambai kain pelekat dia masa tu… nasib baik ikat kuat hehehe kalo tak sendiri mau ingat la… pakai topeng amuk la jawabnyee… J
Mengah + semput + letih tak payah cakap la… tapi dari kene baham dengan anjing gile tu apa la sangat semua tu… Yang aku pasti masa ni sure member aku tobat nak kuruskan badan hahaha…. Macam aaronn ajis tu… *pengsan*
Alhamdulillah… hasil dari pecutan maut dia tu… anjing-anjing gile tu jadi terkesima dan terus tak jadi nak kejar member aku ni… kiranya member aku ni selamat la dari jadi mangsa anjing gilee pepagi tu… Kalo tak sure member aku ni glamer jadi headline paper esoknya… hehehe
"DAYAT MANGSA ANJING GILA" hehehe… * headline nanges baca. Public figure terus member opis aku sorang ni…

SEKIAN…*penat doohhh karang sketsa ni… hehehe
Apapon yang aku nak kongsi dengan korang ni bukan saje pasal kisah benar ni tapi kesan kalau korang kene gigitan anjing liar. Nak tau apa kesannya… Sila baca ni yee… Baik korang baca.. kalau tak aku suruh anjing tu gigit korang… *gilee kejamm…
Penyakit Anjing Gila (Rabies )

Agen Penyebab : Virus Rabies


* Boleh menyebabkan gangguan pada susunan saraf pusat
* Selain dari anjing binatang (Liar) lain juga boleh menjadi pembawa kepada penyakit ini antaranya kera, kelawar DLL

Tempoh Pengeraman :
- 10 hari - 7 bulan

Tanda dan Gejala :
  • demam ringan, sakit kepala, tiada selera makan, lemah, mual, muntah, sakit pada tempat gigitan.
  • gejala diatas akan berlaku dengan cepat dan diikuti dengan tubuh menjadi kaku, kejang otot pernafasan
  • boleh menyebabkan kematian
Rawatan

- imunisasi pasif dengan memberi serum anti rabies. iminisasi boleh diberikan untuk mencegah dari terkena penyakit ini.

Pencegahan
  • Elakkan dari digigit binatang liar
  • Jika digigit - terus berjumpa Pegawai Perubatan
  • Lakukan sampel dan pemeriksaan laboratorik terhadap haiwan yang di syaki dijangkiti.
Jadi berhati-hati la ye kalau nampak anjing atau binatang liar yang bisa menggigit ni... BAHAYA!!!...

P/s: Terima kasih pada yang berkongsi cerita dan info.

No comments:

Post a Comment