"Take nothing but memories. Leave nothing but footprints. Kill nothing but time."





14 January, 2013

Tumpang Mahram


As salam semua....

Sekadar untuk perkongsian semua.... Sekarang kan kecoh pasal tumpang mahram pada yang nak mengerjakan umrah pada tahun 2013... Dan aku tergolong dalam golongan yang nak tumpang mahram ni.... Seperti yang aku niat tahun 2013 ni aku berhasrat menunaikan umrah. Alhamdulillah duit yang kusimpan sudah mencukupi untuk aku ke sana tapi inilah namanya ujian bila Kedutaan Arab Saudi mengeluarkan syarat TIADA lagi konsep tumpang mahram. Mengikut perancangan aku akan pergi bersama kawan aku yang mengikut mak dia dan Mak Lang nye...dan aku dan kawan aku akan tumpang mahram. Itulah perancangannya... Tapi tiada siap tahu perancangan Allah....

Memang amat menyedihkan bila semua sudah di uruskan sekadar menunggu kelulusan visa... Pada saat ini aku hanya dapat berdoa moga di permudahkan segala urusan dan dapat menjadi tetamu jemputan Allah. Rabbi yassir wala tu'assir...

Ok ni aku copy and paste dari website andalusia.

Semua jemaah wanita yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan visa umrah TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan diluluskan visa umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi.


Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan :-

1. Suami – surat nikah;
2. Bapa kandung – surat beranak;
3. Adik beradik lelaki kandung – surat beranak
4. Bapa saudara kandung – surat beranak wanita,surat beranak ibu/ bapa dan surat beranak bapa saudara
5. Datuk kandung - surat beranak wanita dan surat beranak ibu/ bapa

Andalusia tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penolakan visa umrah sekiranya jemaah wanita gagal mematuhi peraturan – peraturan tersebut di atas.

Arahan Pengurusan,
ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD

Buat pembaca semua... Tolong doakan aku & kawan aku dapat kelulusan visa untuk menunaikan umrah... Doakan kami yee....

6 comments:

  1. salam, sedang mengoogle visa umrah. kita ada masalah yang sama. saya pun tumpang mahram dengan abang ipar dan menanti keputusannya.

    saudari punya dah dapat keputusan? harapnya dapatlah kita pergi ya. aming

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam saudari... memang ramai yang menghadapi masalah yang sama macam kita ni... huhu... dan keputusan hanya akan diketahui pada 23.1.2013 (rabu depan) samada visa diluluskan atau pun tidak. Sekarang saya hanya bykkan solat hajat berdoa moga Allah permudahkan segalanya... Sama-samalah kita mohon moga Allah menjemput kita menjadi tetamunya tahun ini... kerana hanya DIA yang berkuasa atas segalanya.... Aminn....

      Delete
  2. insyaAllah mudah mudahan. doa je lah yang mampu kita buat sekarang ni. kalau gagal tahun ni kita cuba lagi tiap2 tahun sampai dapat pergi :D

    ReplyDelete
  3. Salam. Saya baru settle dgn andalusia semalam, ambil balik pasport. Memang tak boleh pergi langsung setakat ni. Even dlm group family pun at least kena ada seorang mahram, lelaki dari keturunan sebelah bapa bagi perempuan single. Ada forumer ckp dia nak pergi dgn mak dan makciknya pon visa lulus berasingan hanya utk maknya saja sebab umur lebih 45 tahun. Jd terpaksalah tangguh dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedeynya... Awak bila patut pergi? So, mmg tak bole pergi la sekarang ek.... Tq for your info ye...

      Delete
    2. sakit kepala dok pkir pasal visa ni...esk tarikh penerbangan mak n abg aku..smlm dpt call yg visa mak dh ok cuma abg aku plak yg sangkut...ni pe citer lelaki plak yg x lps ni...mak aku dh umur 60+.... abg 45thn...bleh tlg jwb tak apsal visa yg lelaki plak x lps....geram tul..

      Delete