"Take nothing but memories. Leave nothing but footprints. Kill nothing but time."





16 August, 2013

Ar Rahnu Agro Bank

* SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI * MAAF ZAHIR BATIN *

Meh aku nak story kat korang semua pasal apa terjadi & berlaku kat aku harini. Aku nak share sikit pasal pajak gadai Ar-Rahnu Agro bank. Pada yang dah biasa buat tu aku tau korang lagi expert dari aku yang budak baru belajar ni. Biasalah kan lepas dah raya ni agak la sengkek, so, aku plan nak pegi jengok-jengok sambil plan nak pajak emas aku yang berkoyan2 tuh…. Hahaha… giler riak… padahal emas dua tiga butir jek… *deng*

Tak kesah la tu kan… ni kes nak pakai duit la ni… Memandangkan aku halfday hari Jumaat, apalagi aku terus berdesup pegi ke Ar- Rahnu kat area CM tu. Naik bas free… (*gilerr punya kedekut aku ni..)

Tunggu punya tunggu sampai la turn aku… Padahal sorang je pon yang nak pajak gadai tu… tapi mmg lama seehhh nak tunggu… Masuk la aku dalam bilik kebal…. Dan bermulalah perbicaraan…

"Cik, mana emas yang nak pajak tu? Bole saya tengok?"

"Ni dia (sambil angkat peti besi letak atas meja..) hahaha giler punya menipu…
buka purse syiling je pon... 

"Ni beli dari ehem-ehem ke??" sambil tangan dia dok belek barang aku dengan benda comel kat tangan.

"Ha’ah" jawab dengan rasa pelik dah dan mula rasa tak sedap hati…

" Hmmmm....Kalo beli kat situ kat cangkuk ni diorang suka tambah besi nak bagi berat… Kalo timbang tak bole nak baca ni..."

"Haaa????!!!" Tambah besi??
*Deng*
Adoiii…. Apa kes ni?? Tak bole nak baca la pulak… ni rasa nak jadi Tarzan… arrrggghhhhh sengal…..

"Kalo nak jugak...kene la tukar cangkuk lain.. yang macam ni"....sambil tunjuk cangkuk versi mak-mak…

Dalam hati aku memang dah menyumpah tul…. Dah spoil aku punya hari…

*Balik dengan rasa HAMPA*

THE END
So, moral of the story, masa beli barang kemas tu pastikan lah cangkuk yang digunakan tuh bukan yang macam ni… mmg la senang dan nampak cantik tapi bila kita nak pajak tak bole terima… Kat Agro Bank la… Kalo kat Bank Rakyat Ar Rahnu aku tak try lagi… Nanti-nanti la… *tensen punya pasal*
Lagi satu masa nak beli sila la bawak besi berani @ magnet... Test kat situ gak hahaha.... kalo ada besi mesti melekat punya.... Ni aku dah siap demo....

- Melekat tu beb... Hangin je aku....

No comments:

Post a Comment