"Take nothing but memories. Leave nothing but footprints. Kill nothing but time."





28 June, 2014

Aku dan si cantik channel

Salam semua...  baca tajuk tu faham dah ke?? Oklah, Nak cerita apa yang berlaku siang tadi. Harini aku saja la jenjalan pegi Jalan Tar, Kuala Lumpur. Kene plak ofis aku sememangnya hapdey Jumaat... Jadinya aku dengan bangganya jalan- jalan cuci mata. Dah jadi kebiasaan aku kalau nak pergi usha-usha barang ni memang pegi sensorang je... kalau bawak partner sian plak kat dia kene ikut aku yg memang cerewet dan suka cuci mata ni...

Minggu lepas dah baca iklan ada kedai emas tu buat promosi nak raya ni... *aku dah kembang kepak ayam nak pergi sangat-sangat... tapi sabar isma sabar ye. Gaji belum masuk. Buat sakit hati ko je pegi.

Pendekkan citer, aku pon sampaila kat kedai emas tu... penat tau jalan dari LRT sampai ke situ.... alih-alih sampai kat kedai XXX tu,  system aircon kat bangunan tu rosak la pulak... memang habis basah la... peluh jalan tak hilang tambah peluh aircon rosak la pulak... memang tak selesa betoii!!! Nak usha pon jadi separuh hati. Dah tengok ala- ala kadar aku pon blah dari situ... hmmm... tak de yang menarik perhatian aku. Pergi plak lagi satu kedai. Staff dia macam tanak layan aku je. Tak pela, aku lagi suka...haha tak habis duit aku. Kat situ pon tak teruja jugak tengok design yang ada. Selamat duit lagi pada saat ini.

Sampai la deretan kedai emas india yang memang banyak bersama deretan kedai-kedai baju. Baju emas baju emas baju emas. *semua untuk perempuan... kuasa membeli betulkan... nafsu nafsu!!!!

Dah lama aku tengok kedai emas india ni ramai betoi orang. Ada masa tu sampai tak de ruang. Fuhhh gilerrr masyukk!!! Ok, kali ni aku nak tengok apsal ramai sangat orang dok dalam kedai ni.

Harga segram memang lagi murah. Yang lain aku tak sure. Misi mencari masih diteruskan. Pilihan terakhir kedai emas india. Dari satu kedai ke satu kedai aku masuk. Masih aku tak jumpa. Letih kot dah jalan. Apsal susah benor aku nak jumpa. Minggu lepas penat kot survey harga kat FB. Gigih kan!!!

Akhir sekali aku masuk kedai nama Deen. Actually, time tu dia macam nak tutup pintu tapi bila ada couple depan aku ni nak masuk dia buka balik. Aku pon join sekaki. Ramai. Ada pulak terselit orang melayu dalam tu. Ok aku cuci mata dulu. Standard kedai emas india pasti design ala-ala cerita hisdustan punya wedding. Hambik kau. Hihi. Tak pe cuci mata lagi. Sampaila aku terpandang kat sudut cincin. YES!!!! Ada la. *sambil lompat-lompat nyanyi let it gooooo..... let it goooo....hahaha

So korang dah tahu kan apa yang aku cari?? Yes, cincin design Channel. Jumpa pon yang ku cari.


Trend kot sekarang ni pakai design channel. Aku pon dah terjebak sama. Oh no!!! Masa kat kedai emas xxx tu ada sorang akak ni siap tunjuk kat aku rantai tangan channel dia... tergoda mak!!! Dia kata dia beli online. Ok, siap tunjuk kat aku insta kat mana dia beli. Cantik. Tapi saya mampu tengok je. dalam hati berkata-kata "Ke akak bagi saya pinjam sampai raya.?" dan aku pasni mesti akak tu kata "Penampar buaya mau???!!"

Dah jumpa yang dicita, so apalagi dok selit selit la tengok dengan lebih dekat tapi....Ciss ramai pulak akak-akak dok beli cincin jugak. Tetiba....

"JANGAN!!!! Itu cincin beta...!!!

Itu hanya jeritan batin bila aku tengok sorang akak ni pon nak beli cincin channel tu. Ok hampeh, macam tak de rezeki nak dapatkan cincin tu. Aku toleh orang sebelah, dia senyum. Aku senyum balik. Sedekah.

Tetiba.....

"Cantik gelang awak!!!"
Aku toleh balik.

Aku senyum. Tak jawab apapun pasal aku dok perati je ahkak yang telah merampas cintaku hahaha...#kronik.

"Beli kat mana?"
Aku buat muka blur. Pastu dia tunjuk gelang kat tangan kanan aku.

"Beli kat xxx" pendek je aku jawab. Pastu pandang balik kat akak tu. Hampeh dia dah beli. Mintak-mintak la tak sama saiz jari kita kak. Masih mengharap. *jari dok pintal-pintal hujung baju.

"Dah agak dah. Kat situ je ada design macam tu"

Oleh kerana dah separuh hati dek cincin channel tu dah di sambar helang garang, aku pon layan la sembang dengan dia. Baru aku perasan aku tak tanya pon nama dia sampai kesusah. Makanya aku panggil dia Ju (bukan nama sebenar je la).  Buruk tul perangai hihi..... Sembang macam dah lama kenai.

Dia pon story kat aku dia ni dulu keje dengan kedai emas femes jugak la. Tapi dia dah lama tak beli kat kedai-kedai ada jenama ni.... pasal dia tau harga memang banyak beza. Pulak tu kos upah memang mahal. Kat kedai Deen ni (aku macam dah promote free kedai ni pulak dah... hahaha) bole minta sampai separuh harga dari kos upah yang asal. Kalau kat kedai-kedai yang femes ni memang susah nak dapat harga upah macam tu. Hanya staff je bole dapat separuh harga kos upah.

Pastu dia tambah lagi kata kalau kat kedai sini harga trade in pon jauh lebih rendah. Dalam 10% je. Kalau yang lain tu ada sampai 25%. Aku akui itu. Tapi selagi aku tak cuba aku tak berani la nak cakap betoi ke tidak. Tunggu bila aku dah buat dan ianya BENAR dan nyata aku akan story kat korang ye.

Ok sambung lagi. Ju bukan nama sebenar ni kata memang dah lama dia tak penah beli dekat kedai emas yang femes ni pasal dia rasa rugi sangat. Compare dari semua sudut. Pertama harga jualan untuk 1 gram, harga jual balik dan kos upah. Pastu dia bagitau kat aku jugak yang dia penah try trade in barang yang dia beli kat emas india ni kat kedai emas yg glamer tu dan diorang terima je. So jangan takut. Konon kata emas india ni cepat hitam or tak laku. *Macam dia tau je aku dok pikir pasal kualiti emas india ni. Hahaha.... Apapun selagi aku tak de experience pasal emas india ni aku tak nak la komen apa-apa. Betoi ke tidak ke.

Tapi apa yang bole aku simpulkan dari segi harga memang lebih rendah. Let's say, harga pasaran sekarang RM150. Pastu rata-rata kedai emas ni letak dalam range RM144 -150/g. Tapi kat emas india range dia jauh lebih rendah iaitu dalam RM120-RM135/g. RM120/g hokeyy... sangat murah.

Memandangkan tak de sapa nak entertain aku...*sedey... aku layan la borak dengan Ju ni lagi. Dia tanya aku nak beli apa?

"Cincin channel. Kedai lain tak jumpa. Tapi kedai ni je ada." * buat muka simpati pasal tak de orang nak layan aku.

"Design macam mana tu?"

Aku pon bangun tunjuk kat dia.

"Oooo... cantik cantik..."

Nama orang yang entertain dia tu Faridah. Nampak macam kamceng. Haha. Sure dah banyak kali dia beli dengan Faridah ni. Pasti.

"Faridah ni dah ada orang tunggu. Kalau tak bole dia layan awak."

KECEWA lagi.

Aku toleh kiri toleh kanan.. toleh depan dan belakang... hahaha.... pastu Ju pon tolong la panggilkan sorang mamat yang macam pelakon filem tamil MGR versi kurus. *haha habis aku kene belasah dgn MGR skinny ni...

"I mau tengok cincin channel tu"
Dia pon dok cari cincin yang aku nak tu. Dia hulur aku sambut. Sarung.

"Not this one" haha tapi dah sarung kat jari...
" I want that one!!! "
"Size 16" *giler gumuks jari jemari aku. Well, tengok la lemak tepu kat badan I ni....
"Dun have mem"

Demmm....mem??? Hahahaha

"Serious????"
 Aku masih tak puas hati.
"Bos, yang kiri sekali tu size berapa??"

"This is 17"

"Good!!! Same like my age!!" Pengsan

Realitinya "Let me try first".Tak putus asa kan.
Sarung ke jari manis. Ok, muat. Ciss... maknanya aku makin gemuk la ni. Balik nanti kene buat sit up ni. Errr... apa kene mengena sit up dengan jari gumuks. Hahaha.

Berapa harga ni macha??

MGR sebok tekan kalkulator. Berat X gram, upah RM95. So harga RMxxx. Actually Ju masih ada lagi masa aku dok pilih cincin tu. Dok tengah tunggu Faridah settlekan bayaran.

"Uisshhh kasi upah kurang lagi la" ayat dari Ju ni bukan aku. Aku time ni diam je.

Mamat tu tekan lagi kalkulator...

"Ok. Upah RM55."
"RM50 la" Ju yang mintak tawar lagi. Ju ni memang terbaiklah. Kalau aku memang kata ok je...

"Ok ok. RM50"

See. Hampir separuh dari harga upah. Or sememangnya harga upah tu jauh lebih rendah dari tu. Silap-silap upah agaknya RM20 je kot. Entahla.

Apapun aku berterima kasih sangat kat Ju. Walaupon kami baru kenal dia banyak tolong aku tawar menawar ni. Thank you. Lepas dah setel semua dia pon minta diri. Salam-salam dan ucap selamat berpuasa.

Kat kedai Deen ni korang di galakkan pakai debit card or cash. Kalau pakai credit card kene 2% charge. So, jangan suka berhutang. Aku rasa slogan kedai tu kot. Bagus bagus... hihi...

Masa nak bayar tu aku perasan la yang harga yang mamat MGR ni masukkan kurang lagi RM5. Eh.. mamat ni saje ke? Salah ke? Rupanya memang betoi la dia kasi lagi kurang RM5 dari total price. Thank you...

Tapi sikit punya lama la nak approve payment guna mesin tu. Sampai berapa kali asyik tukar mesin kad. Tak jugak bole-bole. Ke duit aku tak de ni. Haippp agak-agakla. Mana shopping lagi kot. Rupanya memang problem. Ada sorang mamat MGR versi gumuks nak buat payment la jugak. Tak bole jugak. Dia dah gelabah. Pastu bila tukar mesin kad lain. Dia dah cuak.

"Are you sure you entered the right amount???"
Berapa kali dia syik tanya soklan tu. Pastu dia pandang aku. Aku senyum je.

"If something happened, u can come back here but not me." Sambil dok pandang aku.*Tetiba* Ek eh MGR sorang ni aphal...

Haha cuak duit kene songlap la tu. Sohih India mari. Satu kapal dengan Lead Ofis aku hahaha...

Mamat tu pon tunjuk la dia masukkan berapa. Aku pon tumpang jeling.

RM18XX.  hihi. Patut gelabah.

Akhirnya, setel payment aku cabut. Dah lambat nak masuk ofis balik. Nak kene OT. Keje banyak macam cuci pinggan guna jenama joy yang bole sampai singapore tu hahaha.... *nampak benor menipunya aku ni....

Oklah tu je story aku harini. Apapun sampai ofis terus bukak maybank2u. Check balance duit. Betul ke dia tolak sekali ke berkali-kali. Bukan bole harap sangat. Cuak jugak aku. Depan mamat MGR gumuks tu aku muka relax je. Ok, pasti tolakan duit hanya sekali. Selamat la kedai tu dari kene kutuk dengan aku. Apapon aku baru 1st time try beli emas kat situ. Tak tahu quality emas 916 dia tu camana. Nanti kalau aku hantar ar rahnu baru tau hihi. Ok sampai sini dulu. Mau tido.

Terima kasih. Ini hanya pandangan sahaja. Pilihan di tangan anda.

Jumpa lagi.





No comments:

Post a Comment