"Take nothing but memories. Leave nothing but footprints. Kill nothing but time."





01 January, 2015

Lembaran baru di tahun 2015.

Dimulakan dengan kalimah bismillahirrahmanirrahim...

01012015

Aku mulakan tahun 2015 dengan aktiviti sihat. Cheewaahhh... Aku masuk charity run lagi. Ini charity run aku yang ke 2. Aku harus berlatih sebelum join larian yang lebih mencabar. So, ni adalah salah satu training untuk aku yang memang agak "rajin" exercise ni...

Kali ni aku register untuk Harmoni Charity Run yang dikelolai oleh PKIH atau dengan lebih detail Pertubuhan Kanak-kanak Istimewa Harmoni yang terletak di Cheras. Huhu ada cerita sadis masa nak amik racekit. Serius taktau kat mana. Amik gps yg diorg letak kat FB. Waze bawak ke Seri Kembangan.... entah berapa kali pusing cari tempat tu tak jumpa-jumpa. Sampai tahap dah pikir yang bukan-bukan dah. Ingat dah kene tipu... ini semua gara-gara alamat dalam waze salah...

Bila dah penat pusing amik keputusan blah je la... balik... tapi otw balik search lagi sekali... baru jumpa no. phone... huhu sabar jela... tadi cari tak jumpa pon... apalagi terus call... bagi direction kat area columbia hospital rupanya... mak aihhhh jauhnya menyimpang... patutla tak jumpa.... sakit hati makk tauu!!!....

Larian kalini 7km. Kalau yang first dulu 5km je... ni kasi up sikit.. 7km... aku sempat training sekali je... Lari 7km selama 1 jam 20 minit... hahaha nampak sangat tak larat... adooiii.... camana la kalau masuk yg 10km... mampu ke??? Isshh kene yakin... Katakan BOLEH!!!! Hihi

Tak sempat nak amik gambar. Ni je ada...
Oklah... itu je cerita untuk permulaan tahun 2015. Azam nak kumpul medal banyak-banyak hahaha... giler medal tul aku ni... Yang penting aku dapat buat aktiviti sihat.. tak gitu???

Sambung bila ada cerita lagi... tengah tunggu running event yang lain pulak... Semangat semangat!!!

#azambaru2015 #activelifestyle #runningevent #charityrun

No comments:

Post a Comment