"Take nothing but memories. Leave nothing but footprints. Kill nothing but time."





23 November, 2014

Pink Love Charity Run 2014

Bertemu lagi di blog yang tenggelam timbul ni... lama sungguh aku tak hapdet blog ni. Sian dia. Post kali ni nak cerita pasal first marathon yang aku join. Itulah Pink Love Charity Run. Larian apa tu??? Larian against breast cancer. Dengan motonye... "we care, so we run". Simple kan!!!

Sebelum berlari kene amik kit dulu kat Berjaya Times Square. Fuhhh jenuh nak sampai sana. Huhu. Aku dah la tak tau kat mana BTS ni... asyik tanya abg la je.. nasib baik dia tau... aku dah macam pelancong asia hahaha nak jugak tuhh. Lepas amik kit korang bole la selfie ke wefie ke.... aku pon apa lagi....Jom selfie ... hahaha...
- selfieeeee....
Faktor utama aku join larian amal ni pasal lokasi nye... Taman Tasik Titiwangsa... yes.. dekat dengan rumah. Tak susah aku nak kene pakai waze nak sampai. Aku bab jalan ni memang FAIL!!! :(

Ok. Disebabkan kene gathered pukul 7 pagi aku kene la siap sedia awal pagi. Semangat jitu kan hahaha... Bangun pon sebelum azan subuh berkumandang... dah siap mandi. Takut parking penuh. Bab aku paling tak suka adalah nak cari parking. So awal-awal lagi dah plan nak parking dekat kedai makan tu. Aku gerak le Taman Tasik Titiwangsa (TTT) pukul 6.20 pagi... pegi keje pon aku tak keluar pepagi gini. Nampak tak di situ semangat aku yg tinggi...
- Gelap gelita lagi dan lagi...
Di sebabkan tersangat pagi aku minum air suam dan oat & wheat je... makanan berkhasiat betoi aku pepagi ni. Takut kang tengah nak lari sakit perut... orang lain lari nak sampai garisan penamat aku plak lari nak pegi toilet... hihi...
- Selamat pagi. KLCC nun di sinun...
- pinkish dah ramai...
Larian bermula pukul 7.30 pagi... untuk larian 5km kene lari 2 pusingan.. jangan ngelat yee... berpeluh lari walaupon baru satu pusingan. Nampak sangat stamina ciput... semput makkk... tapi alhamdulillah sampai jugak aku digarisan penamat. Aku rasa banyak jalan je kot dari lari... hahaha gasakla, janji habis kan. Penat tau!!! ��

Inilah first medal aku... yeyeye... akhirnya ada jugak koleksi medal walaupon baru satu hahaha.. oklah tu dari tak de. Jeles tengok kengkawan asyik upload medal diorang... aku pon nak jugak walaupon lari 5 km je ahaks.

- Sijil, medal dan kasut. #PINK 
- kasi zooooommmm.... sket
Harap-harap semangat larian aku akan terus meningkat dan meningkat...chewahhh... pasni target yg 42km la pulak... haha muntah hijau aku... yang 5km pon semput ada hati nak pegi 42km. Ok.. tu je nak cerita. Buat selingan sebelum come back dengan cerita trip yang banyak terbengkalai. Hehe.... terima kasih sudi baca ye... jumpa lagi.

22 August, 2014

Malaysia Berkabung

Daripada Dia kita datang kepada Dia kita kembali

#prayformh17


28 June, 2014

Aku dan si cantik channel

Salam semua...  baca tajuk tu faham dah ke?? Oklah, Nak cerita apa yang berlaku siang tadi. Harini aku saja la jenjalan pegi Jalan Tar, Kuala Lumpur. Kene plak ofis aku sememangnya hapdey Jumaat... Jadinya aku dengan bangganya jalan- jalan cuci mata. Dah jadi kebiasaan aku kalau nak pergi usha-usha barang ni memang pegi sensorang je... kalau bawak partner sian plak kat dia kene ikut aku yg memang cerewet dan suka cuci mata ni...

Minggu lepas dah baca iklan ada kedai emas tu buat promosi nak raya ni... *aku dah kembang kepak ayam nak pergi sangat-sangat... tapi sabar isma sabar ye. Gaji belum masuk. Buat sakit hati ko je pegi.

Pendekkan citer, aku pon sampaila kat kedai emas tu... penat tau jalan dari LRT sampai ke situ.... alih-alih sampai kat kedai XXX tu,  system aircon kat bangunan tu rosak la pulak... memang habis basah la... peluh jalan tak hilang tambah peluh aircon rosak la pulak... memang tak selesa betoii!!! Nak usha pon jadi separuh hati. Dah tengok ala- ala kadar aku pon blah dari situ... hmmm... tak de yang menarik perhatian aku. Pergi plak lagi satu kedai. Staff dia macam tanak layan aku je. Tak pela, aku lagi suka...haha tak habis duit aku. Kat situ pon tak teruja jugak tengok design yang ada. Selamat duit lagi pada saat ini.

Sampai la deretan kedai emas india yang memang banyak bersama deretan kedai-kedai baju. Baju emas baju emas baju emas. *semua untuk perempuan... kuasa membeli betulkan... nafsu nafsu!!!!

Dah lama aku tengok kedai emas india ni ramai betoi orang. Ada masa tu sampai tak de ruang. Fuhhh gilerrr masyukk!!! Ok, kali ni aku nak tengok apsal ramai sangat orang dok dalam kedai ni.

Harga segram memang lagi murah. Yang lain aku tak sure. Misi mencari masih diteruskan. Pilihan terakhir kedai emas india. Dari satu kedai ke satu kedai aku masuk. Masih aku tak jumpa. Letih kot dah jalan. Apsal susah benor aku nak jumpa. Minggu lepas penat kot survey harga kat FB. Gigih kan!!!

Akhir sekali aku masuk kedai nama Deen. Actually, time tu dia macam nak tutup pintu tapi bila ada couple depan aku ni nak masuk dia buka balik. Aku pon join sekaki. Ramai. Ada pulak terselit orang melayu dalam tu. Ok aku cuci mata dulu. Standard kedai emas india pasti design ala-ala cerita hisdustan punya wedding. Hambik kau. Hihi. Tak pe cuci mata lagi. Sampaila aku terpandang kat sudut cincin. YES!!!! Ada la. *sambil lompat-lompat nyanyi let it gooooo..... let it goooo....hahaha

So korang dah tahu kan apa yang aku cari?? Yes, cincin design Channel. Jumpa pon yang ku cari.


Trend kot sekarang ni pakai design channel. Aku pon dah terjebak sama. Oh no!!! Masa kat kedai emas xxx tu ada sorang akak ni siap tunjuk kat aku rantai tangan channel dia... tergoda mak!!! Dia kata dia beli online. Ok, siap tunjuk kat aku insta kat mana dia beli. Cantik. Tapi saya mampu tengok je. dalam hati berkata-kata "Ke akak bagi saya pinjam sampai raya.?" dan aku pasni mesti akak tu kata "Penampar buaya mau???!!"

Dah jumpa yang dicita, so apalagi dok selit selit la tengok dengan lebih dekat tapi....Ciss ramai pulak akak-akak dok beli cincin jugak. Tetiba....

"JANGAN!!!! Itu cincin beta...!!!

Itu hanya jeritan batin bila aku tengok sorang akak ni pon nak beli cincin channel tu. Ok hampeh, macam tak de rezeki nak dapatkan cincin tu. Aku toleh orang sebelah, dia senyum. Aku senyum balik. Sedekah.

Tetiba.....

"Cantik gelang awak!!!"
Aku toleh balik.

Aku senyum. Tak jawab apapun pasal aku dok perati je ahkak yang telah merampas cintaku hahaha...#kronik.

"Beli kat mana?"
Aku buat muka blur. Pastu dia tunjuk gelang kat tangan kanan aku.

"Beli kat xxx" pendek je aku jawab. Pastu pandang balik kat akak tu. Hampeh dia dah beli. Mintak-mintak la tak sama saiz jari kita kak. Masih mengharap. *jari dok pintal-pintal hujung baju.

"Dah agak dah. Kat situ je ada design macam tu"

Oleh kerana dah separuh hati dek cincin channel tu dah di sambar helang garang, aku pon layan la sembang dengan dia. Baru aku perasan aku tak tanya pon nama dia sampai kesusah. Makanya aku panggil dia Ju (bukan nama sebenar je la).  Buruk tul perangai hihi..... Sembang macam dah lama kenai.

Dia pon story kat aku dia ni dulu keje dengan kedai emas femes jugak la. Tapi dia dah lama tak beli kat kedai-kedai ada jenama ni.... pasal dia tau harga memang banyak beza. Pulak tu kos upah memang mahal. Kat kedai Deen ni (aku macam dah promote free kedai ni pulak dah... hahaha) bole minta sampai separuh harga dari kos upah yang asal. Kalau kat kedai-kedai yang femes ni memang susah nak dapat harga upah macam tu. Hanya staff je bole dapat separuh harga kos upah.

Pastu dia tambah lagi kata kalau kat kedai sini harga trade in pon jauh lebih rendah. Dalam 10% je. Kalau yang lain tu ada sampai 25%. Aku akui itu. Tapi selagi aku tak cuba aku tak berani la nak cakap betoi ke tidak. Tunggu bila aku dah buat dan ianya BENAR dan nyata aku akan story kat korang ye.

Ok sambung lagi. Ju bukan nama sebenar ni kata memang dah lama dia tak penah beli dekat kedai emas yang femes ni pasal dia rasa rugi sangat. Compare dari semua sudut. Pertama harga jualan untuk 1 gram, harga jual balik dan kos upah. Pastu dia bagitau kat aku jugak yang dia penah try trade in barang yang dia beli kat emas india ni kat kedai emas yg glamer tu dan diorang terima je. So jangan takut. Konon kata emas india ni cepat hitam or tak laku. *Macam dia tau je aku dok pikir pasal kualiti emas india ni. Hahaha.... Apapun selagi aku tak de experience pasal emas india ni aku tak nak la komen apa-apa. Betoi ke tidak ke.

Tapi apa yang bole aku simpulkan dari segi harga memang lebih rendah. Let's say, harga pasaran sekarang RM150. Pastu rata-rata kedai emas ni letak dalam range RM144 -150/g. Tapi kat emas india range dia jauh lebih rendah iaitu dalam RM120-RM135/g. RM120/g hokeyy... sangat murah.

Memandangkan tak de sapa nak entertain aku...*sedey... aku layan la borak dengan Ju ni lagi. Dia tanya aku nak beli apa?

"Cincin channel. Kedai lain tak jumpa. Tapi kedai ni je ada." * buat muka simpati pasal tak de orang nak layan aku.

"Design macam mana tu?"

Aku pon bangun tunjuk kat dia.

"Oooo... cantik cantik..."

Nama orang yang entertain dia tu Faridah. Nampak macam kamceng. Haha. Sure dah banyak kali dia beli dengan Faridah ni. Pasti.

"Faridah ni dah ada orang tunggu. Kalau tak bole dia layan awak."

KECEWA lagi.

Aku toleh kiri toleh kanan.. toleh depan dan belakang... hahaha.... pastu Ju pon tolong la panggilkan sorang mamat yang macam pelakon filem tamil MGR versi kurus. *haha habis aku kene belasah dgn MGR skinny ni...

"I mau tengok cincin channel tu"
Dia pon dok cari cincin yang aku nak tu. Dia hulur aku sambut. Sarung.

"Not this one" haha tapi dah sarung kat jari...
" I want that one!!! "
"Size 16" *giler gumuks jari jemari aku. Well, tengok la lemak tepu kat badan I ni....
"Dun have mem"

Demmm....mem??? Hahahaha

"Serious????"
 Aku masih tak puas hati.
"Bos, yang kiri sekali tu size berapa??"

"This is 17"

"Good!!! Same like my age!!" Pengsan

Realitinya "Let me try first".Tak putus asa kan.
Sarung ke jari manis. Ok, muat. Ciss... maknanya aku makin gemuk la ni. Balik nanti kene buat sit up ni. Errr... apa kene mengena sit up dengan jari gumuks. Hahaha.

Berapa harga ni macha??

MGR sebok tekan kalkulator. Berat X gram, upah RM95. So harga RMxxx. Actually Ju masih ada lagi masa aku dok pilih cincin tu. Dok tengah tunggu Faridah settlekan bayaran.

"Uisshhh kasi upah kurang lagi la" ayat dari Ju ni bukan aku. Aku time ni diam je.

Mamat tu tekan lagi kalkulator...

"Ok. Upah RM55."
"RM50 la" Ju yang mintak tawar lagi. Ju ni memang terbaiklah. Kalau aku memang kata ok je...

"Ok ok. RM50"

See. Hampir separuh dari harga upah. Or sememangnya harga upah tu jauh lebih rendah dari tu. Silap-silap upah agaknya RM20 je kot. Entahla.

Apapun aku berterima kasih sangat kat Ju. Walaupon kami baru kenal dia banyak tolong aku tawar menawar ni. Thank you. Lepas dah setel semua dia pon minta diri. Salam-salam dan ucap selamat berpuasa.

Kat kedai Deen ni korang di galakkan pakai debit card or cash. Kalau pakai credit card kene 2% charge. So, jangan suka berhutang. Aku rasa slogan kedai tu kot. Bagus bagus... hihi...

Masa nak bayar tu aku perasan la yang harga yang mamat MGR ni masukkan kurang lagi RM5. Eh.. mamat ni saje ke? Salah ke? Rupanya memang betoi la dia kasi lagi kurang RM5 dari total price. Thank you...

Tapi sikit punya lama la nak approve payment guna mesin tu. Sampai berapa kali asyik tukar mesin kad. Tak jugak bole-bole. Ke duit aku tak de ni. Haippp agak-agakla. Mana shopping lagi kot. Rupanya memang problem. Ada sorang mamat MGR versi gumuks nak buat payment la jugak. Tak bole jugak. Dia dah gelabah. Pastu bila tukar mesin kad lain. Dia dah cuak.

"Are you sure you entered the right amount???"
Berapa kali dia syik tanya soklan tu. Pastu dia pandang aku. Aku senyum je.

"If something happened, u can come back here but not me." Sambil dok pandang aku.*Tetiba* Ek eh MGR sorang ni aphal...

Haha cuak duit kene songlap la tu. Sohih India mari. Satu kapal dengan Lead Ofis aku hahaha...

Mamat tu pon tunjuk la dia masukkan berapa. Aku pon tumpang jeling.

RM18XX.  hihi. Patut gelabah.

Akhirnya, setel payment aku cabut. Dah lambat nak masuk ofis balik. Nak kene OT. Keje banyak macam cuci pinggan guna jenama joy yang bole sampai singapore tu hahaha.... *nampak benor menipunya aku ni....

Oklah tu je story aku harini. Apapun sampai ofis terus bukak maybank2u. Check balance duit. Betul ke dia tolak sekali ke berkali-kali. Bukan bole harap sangat. Cuak jugak aku. Depan mamat MGR gumuks tu aku muka relax je. Ok, pasti tolakan duit hanya sekali. Selamat la kedai tu dari kene kutuk dengan aku. Apapon aku baru 1st time try beli emas kat situ. Tak tahu quality emas 916 dia tu camana. Nanti kalau aku hantar ar rahnu baru tau hihi. Ok sampai sini dulu. Mau tido.

Terima kasih. Ini hanya pandangan sahaja. Pilihan di tangan anda.

Jumpa lagi.





12 June, 2014

Pulau Mabul - Part 2

Sambungan untuk hari ke dua di Pulau Mabul

- Selamat pagi semua......
- Orang Bajau
- Cuba teka apa tu?? kat depan chalet pon leh nampak dah dia berenang-renang
- akak posing pakai spek mata hitam...hahaha
 Ok jom snorkeling!!!!

- are you ready???
- K A M I
- bilalah aku nak jadi diver pulak....??? persoalan..
- Hi you.... sorang je ke????
- Nak I temankan tak???
- Encik Gamat
- Subhanallah....You must see it with your own eyes....!!!
- Beautiful corals and colourful fishie...
- B E A U T I F U L
- Polkadot fishie... hihi
- Encik sotong selfie
- seronok!!!

Overall memang puas hati snorkeling dekat Mabul ni... paling aku suka masa dekat Kapalai. memang aku suggestkan kat korang amik la pakej pergi Kapalai... Tak rugi beb. Memang cantik coral dekat situ... Cuma time kami pergi tu ombak agak besar.. penat snorkeling tapi paling penat orang yang tarik kami masa snorkeling... sian kat Tajul... dah la kurus kene tarik kami yg comel-comel pulak... habis nyawa dia... E N J O Y !!!!
 

21 May, 2014

Pulau Mabul - Part 1

Assalamualaikum...

*Krik krik*

Sunyi sepi.

Hmm....Parah blog aku ni... hahaha... lebih parah lagi bila aku sendiri sampai lupa password nak login....last post aku last year kot... memang patut aku lupa password.... kene la sangat dengan laptop aku yang slow tahap siput khinzir ni... sekarang semangat tengah berkobar-kobar nih... banyak trip yang aku dah susun...trip yang dah pergi berbulan-bulan yang lepas...yang dah setahun pon ada hahaha entah ingat ke idak lagi.... sebelum aku hilang ingatan aku mulakan travelog aku ke Mabul untuk first post aku bagi tahun 2014 ini.... Selamat Tahun Baru Blog Alianaisma....*DENG....
- geng sempoi... yg belakang tu ketua kumpulan.. haha
Perjalanan dari LCCT ke Tawau airport - 2 jam 50 minit

Lepas tu dari Tawau airport tu ke Pekan Semporna mengambil masa 1jam 20 minit lagi.
Dalam perjalanan kami di jamu dengan kerepek ubi lebar... *sedaaappp.....

- kerepek ubi lebar
Sementara nak tunggu bot dan air pasang kami sempat pusing-pusing pekan Semporna. Apa yang aku notice la, dari segi kebersihan tu agak kureng sket.... bebudak selamba je tak pakai kasut/selipar. Ada pulak makcik-makcik yang jual sotong kering dengan selamba seret dekat jalan raya... huhuhu sangat sadiiisss pemandangan ini... Datang la ke sini dan lihat sendiri...ye dakk!!


- Masjid di Pekan Semporna, Sabah
 

Oh ya untuk trip ni kami ambil pakej under Scubajeff http://scubajeffsipadan.com/
Sila google sendiri hehehe...


- Kat sini la office diorang. Hampir-hampir tak perasan... *Deng memang tak perasan...
- Pakej yang ditawarkan...
-Jeti Semporna
Tiket = RM139 (AirAsia)
Pakej =3 hari 2 malam (RM500/pax) *kalau group ramai dapat lagi murah
Shopping = sendiri bajet la... banyak membeli banyak duitnyee...

Dari jetty nak ke Pulau Mabul tu ada la dalam lebih kurang 1 jam lagi... So bajet la masa korang ye...  Kami ambil flight pagi pasal tak nak la sampai kat Mabul nanti malam... huhuhu....
- Rumah atas air...
- Dragin Inn view dari belakang... Kami akan stay kat sini satu malam...
-Kehidupan orang semporna


- Budak di tengah lautan... ada brani???
- Offshore platform... hehehehe....
Setelah sejam berlalu dengan dugaan sakit belakang dan bontot sebab duduk atas seat kayu... memang kenangan diulit intan betoi...tak boleh tahan bila bot meredah oommbaakkk....aku dah macam lompat katak dalam bot tu... sakit dohh bontot...saje je brader bot tu bawak laju-laju...

Akhirnya kini pasti....
- Amacam teruja tak??? hahaha pandang sepi je la pasal the real one is.......
- Scubajeff
Bajet kot.... agak-agak la... hahaha....
Kami di sambut dengan staff scubajeff dan ada penerangan panjang lebar yang aku rasa aku dengar ke idak... kes mengatuk pasal tak tidur lagi sejak semalam... huhuhu... Actually, masa kami sampai ni ada satu trip snorkeling pada sesapa yang nak ikut... aku??? hahaha... lebih rela layan mata... so, hari pertama layan view kat Mabul ni je... Jom layan sesama...

- Jiran tetangga
- Sunset yang terlepas.... hihihi
- Budak Bajau
- Unggun api
Malam pertama aku di Mabul... lepas makan layan tengok bulan dan bintang... Jauh dari keserabutan... lurus je rambut ku.... hahahaha

Sekian.... Jumpa lagi...

19 November, 2013

Travelog Umrah - Part 1

Date     : 2-12 February 2013 / 21 Rabiul Awwal - 1 Rabiul Akhir 1434
Hotel    : Ishraq Al Madina (Madinah)
              Mira Ajyad (Makkah)
Airlines : Emirates (KL to Dubai / Dubai to Jeddah)
              MAS (Jeddah to KL)

Baiklah... betapa kekuatan diperlukan untuk membuat karangan SPM travelog umrahku kali ini.. memang lama yang amat... Kita mulakan dari aku gerak keluar dari rumah sewa aku di KL menuju ke Shal Alam. Packing yang aku kira paling smart aku penah buat. Mana tidaknya... Packing orang baru baik demam... sure ntah hapa-hapa kan... sedey tak de sapa nak tolong packing untuk aku.... *nanges tepi tiang....

010213 - KL / KLIA (FRIDAY)
Aku sampai di KLIA lebih kurang pukul 11 malam. OTW nak ke KLIA hujan turun renyai-renyai dan ada ketika agak lebat seolah-olah merasai perasaan aku yang bercampur-baur... (ayat novel okay...). Sungguh bagaikan mimpi aku sekarang dalam perjalanan menuju ke rumah Allah... Allahu Akbar!!! Walaupun sebelum tu bermacam-macam tragedi yang berlaku yang aku simpan buat diri aku jee... Korang baca part yang hepi-hepi jee...yang sedih-sedih tu aku simpan. Aku berdoa semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah.... Aammiinnn....

Malam tu aku dihantar oleh abg aku satu family (except anak buah aku yg sulung pasal ada kat asrama), kakak sulung aku dan adik aku one and only dan hensem tu (kembang hidung dia kalau baca... tapi aku tau dia tak baca blog ni... hahaha...) dengan 2 biji kereta. Aku naik kereta bersama my SIL and elder sister. Yang kecik-kecik sila naik mpv yee... Untuk pengetahuan korang aku pegi bersama my BFF with her mom and auntie dia... Zetty sampai lambat gara-gara salah jalan....Flight kami pukul 2 pagi. So, pendekkan cerita...setelah settle semua hal visa, luggage, tagging kami bergerak masuk ke dalam pukul 1.20 pagi. Saat aku bersalam dengan abang aku.. dia terus peluk aku.. Ya Allah... Aku terharu...*takmau sedey-sedey yee... dan yang paling best dan tak sangka tu... anak buah aku siap bagi surat suruh baca dalam flight. Siap WARNING "Achik jangan baca sekarang tau!!!" Wahhh.... apala yang korang tulis yang secret maut sangat tu... hihihi... macam-macam anak buah aku ni...anyway, all of you are so sweettt dear...love you all so much... Dan pemergian aku dihantar dengan JERITAN anak buah aku yang seramai 7 orang...Glamer nye aku saat tu.. dah macam artis popular.... -perasan kan kan kan???

"Achik!!! Achik!!!".....Aku just lambai-lambai tangan... takkan lah aku nak balas jeritan diorang kottt... mau pengsan habis semua jemaah dan semua org kat airport tu nanti... hahahaha... nak pegi umrah ke hapa minah ni????

- Thanks Cik Dilla sudi hantar kami... Cik Dilla yang tengah tu...

020213 - KLIA / DUBAI / JEDDAH / MADINAH (SATURDAY)

Ini sekadar information...
  • KL ke Dubai perjalanan lebih kurang +/- 7 jam
  • Dubai ke Jeddah perjalanan lebih kurang +/- 2 jam (tapi ni yang paling azab...)
  • Jeddah Airport to Madinah perjalanan lebih kurang +/- 5 jam setengah by bus (tengok jugak jam ke idak)
  • Total journey sehinggalah sampai ke hotel lebih kurang dalam +/- 16 jam atau mungkin lebih... tengok keadaan... So, mmg lamakan??? Aku nasihatkan amik la ubat kalau long journey macam ni.... *aku tak amik... pasal tak de sapa bagitau....huhuhu....
*Situasi dalam kapal terbang Emirates*
Lagi sekali aku mention yang flight ni bukan direct flight ke Jeddah tapi kami akan transit di Dubai... (merasa la sampai Dubai walaupon hanya kat airport jee.... hehehe....)

Ting Tong....

"Ladies and gentlemen. This is your captain speaking. Welcome to Emirates Airlines..." bla..bla.. bla... yang aku amik port bila captain tu mention 7 hour and 10 minutes journey to Dubai....perrgghhh.... lama tuh.... Tapi bersyukur pasal tak la sempit macam naik airasia kan... kalau tak, mau cramp kaki aku... Ya Allah... permudahkan lah...

- Bole tgk view... terbang di atas awan nan biru....
Memandangkan journey yang lama, bole la kalau nak tengok movie ke, main game ke, layan mata ke... ikut korang la... tapi kan kita nak pergi umrah... baiklah di elakkan perkara-perkara yang lagha ni... (peringatan untuk diri aku...) aku ntah camana aku bole terlayan satu cerita tamil ke hindustan ni.... pada mulanya layan tak layan je tengok citer tu... aku tengok kat tv yang depan aku ni...alih-alih syok pulak... hahaha sinopsis cerita mengenai seorang isteri dan ibu yang tak tahu berbahasa Inggeris terpaksa survive di London... Best tau!!! tapi ke aku je yang layan??? huhu kelip-kelip mata....Sekali dok best layan sekali tutp lampu daaaa... Makanya secara automatik mata aku pon nak tutp la jugak.... so ending cerita tu aku tak tau la. Tapi sudah pastinya ending cerita ni isteri/mak ni bole speaking London super-duper very well kan kan....

Aku yang tidur-tidur ayam... aku mengerling ke arah Zt yang asyik mengunyah.... ntah hapa la yang dia makan... aku lebih memilih untuk tidur.... tapi elok je aku nak terlelap.. sekali ada mamat ensem tegur aku...

"Miss, anything you want to eat?? We have omelette bla bla..." aku yang tengah dok lalok-lalok ni hanya dengar menu yang pertama je... so, mulut aku pon laju je sebut...

"Omelette, please.." sambil senyum kambing... dalam hati... omelette tu hapa ek??? blurr.. focus hilang....

Nahh... amik kau.. TELURRR!!!!... dah tau tak minat makan telur yang ko gatai-gatai mulut order telur buat apa... hahaha.. konon saja nak rasa.. kot-kot la omelette dalam kapai torobang ni lain sikit rasa dan lain bentuk.... sekali rasa... terus muka kerut-kerut.... breakfast dengan omeltte dalam kapal terbang... THE END

Finally, kami sampai di Dubai dalam pukul 5.20 pagi... Solat subuh di airport Dubai yang mewah itu.... sampai nak cari surau pon sikit punya jauh kene jalan.... dan terjadi lah satu episod drama masa nak naik flight ke Jeddah... Kami.. iaitu aku, mak lang, mak Zt dan Zt telah penat mencari pintu D di airport Dubai yang besar tu... hanya ada C.... gelabah tak hengat la... mana tak nye.. dah lambat weii.... nasib baik ada guard yg naik tren tu sudi hantar kami sampai ke tempat yg di tuju.... Alhamdulillah... dan yang paling best kamilah orang yang paling last... Encik Ridhwan sudah cuak pasal kapal sudah mau terbang...yezzaaa...

Bermula satu episod sadis untuk aku dan zt...
Apa taknya... sepanjang journey nak sampai Jeddah tu aku dan zt asyik termuntah je.... Mula-mula Zt... pastu aku pon jadi tak tahan... kapai terbang tu punya bergegaq... sampai ke perut aku ni naik dah nak puting beliung.... bukan kepala je pening... perut pon naik pening... so, apa lagi.. keluarlah segala isi perut especially omelette aku makan tadi.... sampaikan tak de apa yang nak keluar dah... serius lembik... kalah ibu mengandung time tu... dalam hati kata cepat la sampai.. cepat la sampai... tapi masa tu la rasa lambat betul nak sampai airport... masa tu aku dah nampak bintang-bintang berkerdipan depan mata...

Dalam pukul 11 pagi (local time) kami pon sampai di Jeddah Airport... Fuhhh.... serius lega... ready nak buang sisa terbuang tadi... rupanya ada gak yang satu team dengan aku dan zt.. hehehe... salute la pada Mak Lang dan mak Zt.. diorg rilex je... kitorang yg muda ni yang flat....

Dah setel kat imigresen kami terus menuju ke bas untuk ke Madinah yang mengambil masa lebih kurang 5 jam setengah lagi....*picit-picit pala yang pening
- Angkat barang masuk dalam bas dua tingkat 
Di pertengahan jalan ke Madinah, kami singgah di  RNR... untuk lunch dan solat jamak.... RNR kat sini bukan macam RNR kat Malaysia okay... sungguh pilu....
Alhamdulillah.. akhirnya kami sampai di hotel pada pukul 4 petang (local time). Saat turun dari bas angin kuat menerpa ke muka... berangin dan SEJUK... sungguh ia di luar pengetahuan geografi aku yang menyangkakan di bumi Madinah ini panas sepanjang masa... - pengetahuan geografi dunia FAIL....
Setelah membersihkan dan merehatkan badan... tak sabar nak menjejakkan kaki di Masjid Nabawi... Ya Allah.. terima kasih kerana menjemputku menjadi tetamu MU...... 
Selepas solat Isyak, buat pertama kalinya aku dapat menjejakkan kaki ke Raudhah... salah satu tempat mustajab doa.... hanya ucapan Alhamdulillah yang dapat aku ucapkan atas nikmat yang tak terhingga ini... perasaan yang hanya DIA yang tahu....Allahu Akbar!!!
- Inside Masjid Nabawi... Subhanallah....
- From left : Ana, Me & Zt
For your information :
  • # Dubai time is 4 hours late than Malaysia time [GMT +4]
  • # Jeddah / Saudi Arabia time is 5 hours late than Malaysia time [GMT +5]
  • # Take note yeee especially for ladies. To visit Raudhah there are 3 slots allocated everyday... Tak bole semberono... Kalau lelaki sepanjang masa bole except these 3 slots time:
  •    1) Selepas solat Subuh sehinggalah pukul 11 pagi
  •    2) Selepas solat Zuhur sehingga sebelum masuk waktu Asar
  •    3) Selepas Isyak sehingga pukul 12 tengah malam
So, pada hari pertama ni memang terasa sangat perubahan waktu. Waktu solat Isyak terasa mengantuk sesangat.... yer la... Solat Isyak dalam pukul 12 tengah malam waktu Malaysia.... so, tentu-tentunya mengantuk yang tahap gaban...(akulah tu...)... huhuhu... So, sementara nak tunggu masuk Isyak... banyakkanlah membaca Al-Quran...Selawat... jangan biar diri anda diselubungi syaitan....hihi... jangan ingat kat Tanah Haram ni tak de setan yee... lagi banyak ujian bila dah kat tanah haram ni... Jagalah kata-kata dan perbuatan kita sepanjang kita di Tanah Haram.... Ingatan untuk diriku yang mudah lupa ini.... Sambungan hari kedua di Madinah bersambung di entry yang akan datang.... Insya Allah...

Thanks pada yang sudi baca entry ni.... :)