"Take nothing but memories. Leave nothing but footprints. Kill nothing but time."





26 January, 2010

~ CONQUERED ~

aku search la gunung2 yg ada kat malaysia ni... nak list down mana yg dah naik hahaha mcm byk sgt hehehe maklumlah hiking ni suka2 je... isi masa lapang... ada la dalam 10 gunung hahahaha... oklah... skrang ni dah gantung beg ~ huhu tak larat nak bwk beg berat.... yg aku kaler purple tu yg aku dah naik la... setiap gunung ada speciality tersendiri dan juga "cerita keliwon" huhuhu apapun bg yg suka naik gunung... kepuasan sesgt bila dah sampai summit.... kat atas tu korg tak ingat langsung pasal problem yg korg tanggung heheh esp for those yg tensen keje kat opis hahaha relax habis bebeh..............

SABAH
Gunung Kinabalu 13,455
Gunung Trusmadi 8,669
Gunung Tambuyukon 8,462

SARAWAK
Gunung Murud 7,946
Gunung Mulu 7,795
Gunung Tama Abu 6,930
Gunung Apd Runan 6,900

PAHANG
Gunung Tahan 7,182 Taman Negara
Gunung Irau 6,924
Gunung Benum 6,914 Jerantut
Gunung Berinchang 6,664
Gunung Tangga 6,609
Gunung Siku 6,284 Cameron Highland
Gunung Beremban 6,041
Gunung Bujang 5,812
Gunung Jasar 5,565 Cameron Highland
Gunung Perdah 5,173 Cameron Highland
Gunung Tapis 4,960 Kuantan Pahang
Gunung Bedong 4,818 Cameron Highland
Gunung Ulu Perus 4,700 Taman Negara
Gunung Bunga Buah 4,690 Genting Highland
Gunung Ulu Bakar(Jerantut) 4,563 Taman Negara
Gunung Diwangsa 4,578 Taman Negara
Gunung Perdis 4,195 Taman Negara
Gunung Panggang Paku 4,155 Cameron Highland
Gunung Irong 3,908
Gunung Kuak Rimau(Grik) 3,712
Gunung Gabis 3,627 Kg. Bkt Koman(Raub)
Gunung Penumpu 3,590 Taman Negara
Gunung Serudum 3,462 Pancing/Kuantan
Gunung Lerek(Maran) 3,441 Kg. K. Sentul
Gunung Senyum 1,594 Felda Bt. 25/Jengka

PERAK
Gunung Korbu 7,162 Ipoh
Gunung Yong Belar 7,156
Gunung Gayong 7,129
Gunung Yong Yap 7,110
Gunung Ulu Sepat(Grik) 7,089
Gunung Batu Putih(Tapah) 6,990 Kuala Woh,
Gunung Berembun 6,817
Gunung Swettenham 6,434
Gunung Liang Timur 6,343 Behrang Ulu/Tg. Malim
Gunung Liang Barat 6,342 Behrang Ulu/Tg. Malim

Gunung Noring 6,197
Gunung Besar 5,737 Lasah/Sg. Siput Perak
Gunung Chabang 5,612 Simpang Pulai(Kinta)
Gunung Bubu(Manong) 5,437
Gunung Bah Gading 5,318
Gunung Ulu Jerneh(Selama) 5,172
Gunung Ulu Titi Basah(Grik) 5,030
Gunung Lebah 4,992 Perak
Gunung Hijau(Bkt Maxwell) 4,751 Taiping
Gunung Chingkai 4,583 Kg. Jalong/Sg. Siput
Gunung Inas(Grik) 4,400 Kg. Kenering
Gunung Ulu Soh(K. Kangsar) 4,343 Tasek Chenderoh
Gunung Biong 3,997 Kg. Baharu Sauk,Batu Kurau
Gunung Bokbak 3,934

SELANGOR
Gunung Semangkuk 5,984
Gunung Ulu Kali 5,814 Ulu Yam Baru
Gunung Rajah 5,526 Kuala Kubu Baharu
Gunung Nuang 4,898 Pangsoon/Ulu Langat
Gunung Besar Hantu 4,794 Bkt. Lolo/Ulu Langat
Gunung Ulu Bakau 4,421

KELANTAN
Gunung Noring East 6,106
Gunung Basor 6,038
Gunung Rabong 5,047 Gua Musang
Gunung Stong 4,664 Kuala Krai
Gunung Berangkat 4,254 Perhentian Bertam Baharu

KEDAH
Bkt Lata Papalang 4,152 Kg. Tg. Pari(Baling)
Gunung Jerai(Gurun) 3,992 Kuala Muda
Gunung Kubang Badak 3,650 Kg. Surau Baling
Gunung Raya 2,890 Pulau Langkawi
Gunung Perak 2,836

JOHOR
Gunung Ledang(Segamat) 4,187 Asahan/Sagil/Tangkak
Gunung Besar 3,398
Gunung Belumut 3,313 Kg. Kahang/Kluang
Gunung Bekok 3,126
Gunung Pulai(Pulai) 2,147
Gunung Panti 1,498 Kg. Lukut, Kota Tinggi

TERENGGANU
Gunung Mandi Angin(Dungun) 4,790
Gunung Gagau 4,513 Tasik Kenyir
Gunung Padang 4,314Gunung Gajah Terom 3,958
Gunung Tebu 3408

N.SEMBILAN
Gunung Telapa Buruk 3,913 Kg. Ulu Klawang
Gunung Datok 2,900 Rembau
Gunung Angsi 2,702 Kuala Pilah
Gunung Tampin 2,507 Tampin

PULAU PINANG
Western Hill(Penang Hill) 2,723

SEMPADAN
Gunung Chamah 7,120 Sempadan Perak - Kelantan
Gunung Gerah 6,898 Perak/Kelantan
Gunung Bintang 6,110 Sempadan Perak - Kedah
Gunung Mandi Angin(Dungun) 4,790 Kg. K. S. Perlis Kelantan
Pine Hill Tree(Frasers Hill)4,777 Kuala Kubu Baru Selangor/Pahang

~ EPILOG HIDUP ~

Date : 26.01.2010
Entah kenapa harini aku terasa ingin bercerita... kalo sebelum ini aku lebih byk berkongsi memori aku bersama "alam" harini aku ingin berkongsi ttg hidup hahaha nampak pelik tapi sesekali tukar angin apa salahnya... Aku cuma gadis biasa yg masih mencari sinat kebahgiaan dan erti hidup... mungkin ada yg menyangka aku pendaki tegar... hehehe namun hakikatnya aku bukan pendaki tegar.... sekadar mengisi masa terluang... menikmati keindahan alam yg cukup hebat... selagi diizinkan olehNYA aku akan terus menikmati nikmat yg tak ternilai ini... Syukur ku padaMU YA ALLAH kerana mengizinkan aku utk menikmati keindahan ciptaanMU...
Seperti mana susahnya utk sampai ke puncak begitu jualah dgn kehidupan kita sehari2... bermacam2 cabaran, kesukaran, penat, sakit akan kita hadapi sepanjang kita bernyawa di bumi Allah ini... Setiap apa yg kita hadapi telah tertulis di LUH MAHFUZ.... didiklah hati semoga sentiasa REDHA atas segala ketentuan-NYA. Gembira, sedih, suka, duka lumrah hidup....
kepuasan akan kita rasai bila kita sampai ke puncak.... begitu jua dalam hidup kita...kemanisan hidup ini akan kita rasai setelah kita harungi segala ujian dgn sabar...
Tidak semua yg kita impikan akan menjadi milik kita... kerana Allah MAHA MENGETAHUI yg terbaik buat kita.... DIA lebih mengetahui waktu terbaik, insan yg terbaik utk kita... Air mata menjadi teman tatkala kita kecewa utk mendapatkan apa yg kita idamkan.. padahal yg kita mahukan itu bukan terbaik buat kita... DIA MAHA TAHU... kita menangis... namun jangan biarkan airmata itu terus mengalir.... hmmmm ada bait2 lagu yg pernah aku dgr di radio.. entah siapa penyanyinya aku sendiri tak tahu.... " mendung di awan tidak selamanya mungkin sebentar lagi cerah kan menjelma..." benar.... mendung tidak selamanya.. tapi bagaimana kita menghadapi mendung yg melanda hidup kita... REDHA kah kita??? KUATkah kita???
Perjalanan hidup setiap insan tak sama... tapi bg aku cara insan itu menghadapi ujian dalam hidupnya yg paling penting....samada terus rebah atau bgn kembali atas ujian yg di hadapi.... ~ emo nya aku hari ni... dalam hidup kita sehari2 kita akan bertemu bermacam2 org... 1001 perangai... kadang2 kita ketawa melihat keletah org, menangis bila simpati @ sedey atas kesusahan yg dihadapi org lain... itulah hidup... bila kita rasa diri kita hebat... ingatlah.. ada org lain yg lebih hebat dr kita.. begitu juga bila kita rasa susah/sedih/kecewa.. ada insan lain yg jauh lebih susah/sedih/kecewa dr kita... setiap ujian yg Allah berikan utk kita, adalah ujian yg mampu ditanggung oleh hambanya... ujian yg kita lalui atas kasih sayangNYA...
Aku luahkan semua ni supaya aku jadi org yg kuat hatinya.... nikmatilah hidup ini sebaiknya selagi di izinkan olehNYA.... setiap ujian itu pasti ada jalan keluarnya.. cuma kita kene berusaha... itulah tujuan kita di lahirkan sbg KHALIFAH di bumi ALLAH yg indah ini... Semoga hidup ku sentiasa dalam RAHMAT ALLAH SWT.... ~ amiinn.....

18 January, 2010

Islamic Hijri Calendar Widget - Sticky Note - Alhabib Islamic Web Service and Accessories

Islamic Hijri Calendar Widget - Sticky Note - Alhabib Islamic Web Service and Accessories

Today's thought

Aku dambakan isteri sehebat Khadijah
Aku cuba mengikut akhlak semulia Rasulullah
Jika aku ingin isteri secantik BalqisA
ku pelajari dan hayati kehebatan Sulaiman
Jika aku mengharapkan suami setampan Yusuf
kasih setulus Zulaikha aku usahakan
Aku mencari suami seteguh Ibrahim
Lalu aku harus sekuat Hajar dan Sarah
Aku bermimpi mendapat lelaki seperti Ali
Maka aku mengikuti hebatnya Fatimah

08 January, 2010

Gunung Korbu

Date: 25.12.2009 - 28.12.2009
Location : Gunung Korbu
Height: 7162 ft
Guide : Bro Omar & Bro Lah (SOS)

Ini adalah xpdc kedua aku menawan G7... hahaha.. hobi je naik gunung ni... tapi masa nak naik ni serius takut giler.. ye la... kalo aku flat nanti camana?? huhu tapi bila member aku bg semangat kene plak aku pon bosan dok umah maka aku pon join la xpdc kali ni... dah la tak jogging segala.. hahah main redah je... tapi masa trip kali mmg byk wat kenangan kat aku. Antaranya:

~ 1st time kasut aku hilang masa kat camp site... kecoh beb... ye la.. mau hilang betoi, takkan nak trekking ngan sandal kot... waa.... keje giler tu.... aku mmg kene bahan tak hengat la masa ni... semua org dok bahan aku "KASUT SAIZ 4"... Ceh.. hampeh tull... bukan nak simpati.. org tgh sedey kasut hilang ni..... tapi nasib baik.. esoknya lepas budak2 penjara tu dah habis kemas aku jumpa balik kasut aku... yeaahhh..... sukanya aku....

~ 1st time aku nangis kat trek pasal aku rasa macam tak mampu je nak panjat batu & pokok.. serius trek korbu ni macam giler beb.... aku surrender.... 90 degree tu... mana tahan beb... dah la beg berat.. kene plak panjat2 ni....

~ 1st time aku muntah kat trek pasal terlalu lapar & flat...

~ 1st time trekking 12hours non-stop... gilerr.. masa ni serious aku dah tak der energy walaupon minum 100+ or power gel.... huwaaa..... nak balik.....

~ 1st time ada toilet kat dalam hutan... huhu aku guna plak toilet tu.. dan berlakulah episod mistik dalam hidup aku... BEG AKU JADI BERAT TAK HENGAT....!!!!! aku tau pasal toilet ni pon lepas balik dari korbu ni... waa... nape tak bgtau awai2 jgn guna toilet tu....

~1st time ahli group bertambah.. huhuhu ~kisah mistik lagi..... pertambahan 2 org ahli yg hanya disedari oleh budak lelaki...~ nasib baik la.... kecoh citer kat FB...

namun byk kenangan manis... Makaceh pada Adikku Amir yg setia jd sweeper.. tak lupa jugak pada Faizul, Hezrein, Hakim & Napi yg tolong aku bwk beg di saat2 genting... hehehe....
buat sliding mmg aku champion hahaha..... asal trek licin je aku mulalah sliding... kesah pacat tak yah cakap la.. mmg byk pon.. siap habis belakang aku dia hisap.... yg best tu... lepas dah tukar baju nak balik ada pacat lagi ikut..... dalam poket suar pon ada gak dia nyorok.. mmg hebat la pacat2 kat perak ni.... masa naik liang pon cam ni gak....

Actually xpdc ni kami nak tawan 2 gunung sekali gus.. korbu + gayong.. tapi tak dapat pasal aku dah flat.. hahaha bila si omar tanya sapa yg tak nak naik... akulah org pertama yg angkat tgn hahaha..... kuasa veto... lalala.... tak pela.. mmg aku tak larat pon.. hapa giler ke.. nak trekking gayong kul 4 pagi.. dah la hujan masa tu.... tak nak... tak nak....

ni jadual kitorg naik korbu... dr hari pertama sampai la turun....

JADUAL PERJALANAN GUNUNG KORBU.

DAY 1
Empangan Ulu Kinta ke kem seroja perjalanan mengambil masa 6 jam.Melalui
laluan bukit kinta,melintasi beberapa anak sungai dan mendaki 45-75 darjah.Campsite
bersebelahan sungai. Start trekking pukul 9.30 pg dan sampai di Kem Seroja pukul 3.30 ptg.

DAY 2
Kem seroja ke puncak korbu (7162ft 2183m) perjalanan mengambil masa 12 jam.Melalui laluan sukar dan berbukit bukau.Pendakian 35-85 darjah.Last water point 4 jam sebelum puncak korbu. ~ masa ni la aku rasa nak pengsan jalan tak sampai2 puncak... Start trekking pukul 9.30 pg dan sampai atas puncak 9.40 mlm.... ~ huwwaa... lama gilerr.....

DAY 3
Puncak Korbu turun ke Kem Seroja perjalanan mengambil masa 9 jam melalui laluan yang sama.Tapak Perkhemahan bersebelahan sungai. Kitorg start turun dr puncak pukul 12 tgh hari... sebok posing hehe.. sampai kat camp site Seroja pukul 9 mlm.... ~ masa ni aku lapar sgt sampai muntah2... huhuhu....

DAY 4
Kem Seroja keluar ke Empangan Ulu Kinta Perjalanan mengambil masa 5 – 6 jam.Makan malam di kedai dekat ngan Masjid. Start gerak dr camp site pukul 12 tg hari dan sampai kat bawah pukul 5.30 ptg.. ~ Aku belasah makan tak hengat.. daging masak merah + kailan ikan masin + air tembikai.... yahooo.... dah bole balik umah.....

ok.. korg tgk la pic kat bwh ni k.... hehee...