"Take nothing but memories. Leave nothing but footprints. Kill nothing but time."





28 April, 2010

KLCC @ NIGHT

Tadi tgh dok layan basuh pinggan toleh la ke KLCC... wahh cantik plak view malam ni.. so, gedik2 la g amik kamera sony saya...(bukan DSLR ek...)... view lepas hujan... nampak awan gerak2... ehhe cun cun.... pic ni aku tukar setting dalam kamera.. jadi biru...hahaha... mmg tak der keje...


23 April, 2010

HALIM'S FAREWELL

Date : 12 March 2010Cakk.... Boleh ke aku nak masuk ni?? hehehe dah ready lom???thumbs up... (makanan best ke @.......sila isi tempat kosong..;) )makan besar tak hengat....!!! waa.. aku tak de masa ni.. on leave...huhuhu To halim : Good luck @ ur new company....

p/s: ingat2 le kwn2 kat sini..(ada makna tersirat ni... hehe)


20 April, 2010

FAEDAH TIDUR TENGAHARI



Anda suka tidur??? Bgai kanak-kanak mmgsusah kalo di suruh tidur berbeza dgn yg dah dewasa ni.. tak payah suruh... dgn rela hati TIDUR???? Sekarang ni saya nak masuk bab tidur di tengahari... mungkin ada yg tahu dan ada mungkin yang belum tahu ada faedah kita tidur sinag ni... lebih2 lagi buat yg bekerja di office... lets have a look....

oleh Khairunneezam Mohd. Noor


Sesetengah daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang berandaian bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan.Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh umat Islam sejak dahulu sebagaimana dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Ia dianggap sebagai praktis berkesan untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai power nap.Menyedari pentingnya isu itu telah menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat beberapa tahun lalu membangunkankan National Sleep Foundation sebagai agensi khas untuk mengkaji dan mempromosikan akan kesan positif tidur di waktu siang kepada semua pihak terutama para pekerja.


Sebagai golongan pekerja dalam pelbagai sektor, perkara ini perlu diambil perhatian walaupun budaya tidur sekejap di waktu siang ini belum begitu popular di negara kita.Bayangkan daripada pagi hinggalah ke petang kita terlalu fokus kepada tugasan dan kerja sehingga kita lupa untuk memberikan tubuh badan dan minda waktu rehat yang optimum dengan kaedah yang tepat.



Kajian Sarjana

Banyak kajian yang telah dilaksanakan oleh para sarjana dalam mengkaji akan kesan tidur sebentar di waktu siang. Mereka juga menghasilkan bahan-bahan ilmiah yang memberikan fakta tentang kebaikan tidur di waktu siang ini.Contoh buku popular yang boleh diperoleh di pasaran adalah seperti The Art of Napping at Work karya Anthony dan Anthony, Sleep and Alertness : Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping oleh Dinges dan Broughton dan sebagainya.Para sarjana ini cuba menghimpunkan bukti-bukti secara saintifik tentang kebaikan tidur sebentar di waktu siang terutamanya bagi para pekerja dalam mengekalkan produktiviti kerja seharian yang mantap.


Waktu Tengahari


Telah dibuktikan secara saintifik bahawa waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika.Sistem pekerjaan yang kebiasaannya memperuntukkan waktu rehat pada waktu tengah hari perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk tidur sejenak selain daripada makan tengah hari, berbual-bual kosong dengan rakan-rakan, melayari Internet dan sebagainya.Pada masa inilah sistem badan manusia bersedia untuk memanfaatkan fasa berehat setelah berjam-jam keletihan akibat dipengaruhi oleh faktor suhu persekitaran serta pendedahan dan penggunaan tenaga fizikal dan mental ketika bekerja.


Keletihan bekerja memuncak pada waktu tengah hari yang mana ia boleh mendorong seseorang pekerja mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak fokus, mengantuk dan mudah marah.Fasa tengah hari ini dipanggil oleh para sarjana sebagai fasa kelesuan pada pertengahan hari. Tempoh untuk tidur pula dikatakan mencukupi dalam lingkungan 30 hingga 40 minit.Ini adalah kerana waktu tidur yang berlebihan pula akan menyebabkan gangguan kepada tubuh badan yang akan menjadi lesu dan malas untuk bekerja semula.



Menyihatkan


Daripada segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah dalam pengaliran darah dan oksigen, memperbaiki sel-sel badan dan mengendurkan otot-otot yang digunakan secara aktif semasa bekerja sejak pagi.Daripada aspek kesihatan mental dan psikologi pula, minda dan perasaan akan menjadi lebih tenang daripada stres sebaik bangun daripada tidur dan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif, berkesan dan efisien menganjur ke petang hari.



Perspektif Islam


Daripada perspektif Islam, tidur di waktu siang turut diiktiraf sebagai salah satu amalan yang baik.Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa 'hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari'.Tidur sekejap di waktu siang bertujuan untuk menyegarkan semula bukan sahaja jasmani, malah rohani seseorang untuk beramal ibadah dan melaksanakan rutin hariannya.Atas kesedaran tentang implikasi positif daripada tidur sekejap di waktu siang ini, banyak organisasi di Barat yang menggalakkan para pekerja untuk mengamalkannya.


Amalkan di Pejabat



Sehingga ke satu tahap, dikatakan terdapat majikan yang menyediakan ruang yang khas untuk tidur sementara (yang lengkap dengan kerusi malas, kusyen, tuala muka dan haruman) bagi para pekerjanya selain daripada pantri atau kantin untuk makan.Majikan atau pengurusan organisasi diharapkan faham akan keperluan rehat para pekerja. Cuba elakkan untuk mengadakan mesyuarat atau memberi sebarang tugas kepada pekerja sehingga mengganggu waktu rehat tengah hari mereka.



Begitu juga dalam kalangan pekerja yang perlu mengikis pandangan serong apabila terjumpa rakan-rakan yang tidur di pejabat dan tidak memberikan banyak masa untuk makan atau bersosial pada waktu rehat.Begitu juga dengan para pelanggan di kaunter-kaunter perkhidmatan yang perlu faham dan tidak bersungut apabila sesetengah kaunter ditutup untuk memberi ruang rehat seadilnya kepada semua pekerja.Mungkin amalan tidur sekejap sebegini belum kelihatan praktikal dan janggal dalam kalangan warga pekerja di negara kita.


Pun begitu, pokok pangkalnya sebagai orang yang bekerja kita boleh cuba untuk mengadaptasi amalan tidur sekejap ini yang telah terbukti keberkesanannya dalam mengekalkan kecergasan dan kecerdasan diri.Sebagai pekerja, jika fizikal, mental dan emosi kita dapat direhatkan sebentar pasti kita dapat mengekalkan prestasi kerja yang baik sehingga ke minit terakhir kita bekerja sehari-harian.


p/s: so lepas baca ni bolehlah praktikal kat office.. hehehe saya dah buat dah... bestt....!!!!

18 April, 2010

IP Man

Wahai semua... anda suka movie ini???? saya mmg peminat IP Man.... masa 1st part dulu... 3kali tgk kat panggung... best giler beb... mmg action dia superb.... tak bosan tgk.... ni tak sabar nak tunggu movie ni release 29 April... another 2 weeks..... lepas gaji.. ahahahhaa...best best... ni sinopsis cerita IP Man 2.....
After his victory over the Japanese General in Foshan, Ip Man moves to Hong Kong. He sets up a martial arts school to teach Wing Chun. Here, he is challenged by other kung fu masters, including Sifu Hung who masters in Hung Quan. Sifu Hung and Ip Man draw a tie in their challenge and the latter is adored as a recognized master in Hong Kong.
Meanwhile, Twister, the powerful but cruel boxer champion who despised Chinese kung fu destroyed the fruit market and harassed the d kung fu institutes. Twister, who also resulted in Sifu Hung’s death, then challenged the Chinese kung fu masters for a public combat. Ip was filled with grief and indignation and he decided to take up the challenge. He swore to claim back the dignity of Chinese kung fu and the Chinese people. A furious fight is about to begin…
yg paling cool bila dia kung fu tu... mmg penuh gaya.. keunggulan.... tak yah nak tunjuk terer... dah la muka cool.. gaya cool... sejuk tgk hahahaha....
oklah... for IP Man's fan out there.... lets attack when it release....

14 April, 2010

FRIM again.....n again...

salam kepada yg sedang membaca... :) well...a long break from my outdoor activity.... bz memanjakan diri dan menternak lemak di badan ini.... hahaha ... dan pipiku dah macam adik beradik pau... ;p so, last week sempat la i went to FRIM once again... rasanya kat situ je cam best nak relax.. sambil hiking leh mandi manda... i like i like...lihatla....nampaknya cuaca harini amat cerah sekali.. ye la sekarang ni kan musim hujan... so, a good start...ok guys... r u ready?????this time kita ubah sikit timing... normally , we start hiking in early morning... but today... i start hiking kul 2pm... hahah org lain sure pelik.. kata nk g hiking tapi kuar tghari hahahaha....betoi ke tak budak ni???? gasak la...ok...bermula la xpdc membuang lemak tepu dalam badan... ~macam la lemak degil tu sehari leh hilang.... hiks.. padahal sebelum trek dah bantai makan satu pinggan nasi.... lepas makan baru start hiking... semput gak la... dah lama tak push badan... huhu time ni serius baru kutahu badan ku makin berat..waaa.....tak suka.. tak suka.....fuhhhhh..... lama giler nak sampai sini.... aku yang slow sebab beban badanku ini atau jalan yg dah berubah semakin jauh...;p... time ni dah rasa malas nak ikut jalan ni pasal rasa macam tak larat... tapi bila pk balik lemak dah byk bertampal kat badan ni.. so ikut gak la route canopy walkway ni...paksa rela...;(sure korg tgk pic ni korang akan kata apa ada hal.... sonang jo.... tapi try test tgk naik...kot ada yg tercungap-cungap mintak oksigen hahahaha (tidak aplikasi utk pendaki tegar yeeerr) ;p so...ada BRAN???Finally, saya dgn sukacitanya nak bgtau saya berjaya sampai sini selepas beberapa kali berehat kat "unofficial" RNR.... hehe... sweating tak yah ckp la...oh ya.. tgh dok lepak mintak oksigen sambil layan bluess... tetiba muncul la jeng.. jeng...otw down u will see this superb view...ek eh....signboard apa ni???Ooooo.... pokok mati ....itu tarak apa.. jgn org mati dah... huhuhuMake your choices yaa??? Wanna go to picnic area or turning back to canopy walkway... ME???? Ofkos la.. absolutely memilih ke "PICNIC AREA".....Hooorreeeyyyy... dah nak sampai kat waterfall.... ni tak sabar nak berendam ni...yabedabeddoooo.... finally... sampai jugak di air terjun FRIM ni.... so.. tunggu apa lagi..... debooommm.....!!!Clear water don't sangka no boya haaa..!!!! i like it.... but this clear water got many little prawn... i've just notice thiss... dulu tak der pon.... bila plak udang2 ni bertelur kat atas air terjun ni ahaks....