"Take nothing but memories. Leave nothing but footprints. Kill nothing but time."





30 June, 2010

Sketsa Kehidupan


Seperti biasa lambat sampai opis.. hehehe ntahla... sekarang ni bgn awal pon saje siap bg lambat... hmmm.. tak der mood...agaknya mmg kene g bercuti... ~hik alasan malas nak wat keje...


memandangkan aku dah lambat sgt harini so amik cab... pak cik teksi tu dalam 50an... ramah tamah plak.. layan je.. kang kata berat mulut plak... aku dok aim nak sampai sebelum kul 9 tapi sekali tu jam kat tunnel... aduhhh.. mmg lmbt jugak sampai opis....huhuhu


kring kring... sekali tepon pak cik teksi tu bunyi daaa.... wife dia tepon.. hehehe...

ni antara sketsa aku dgr pasal pak cik tu wat loudspeaker.. hehehe layannnn......


W : "Apsal Limah(bukan nama sebenar) tepon abg letak... tepon je letak... abg kat ner???"

H : "Mana ada bunyi pon...tak de bunyi.."

W : "Abg kat mana??? (ulang lagi pasal hasben dia tak jwb. aku pon tak paham awat la tak jwb)

H : "Kat luar"

W : "Abg kat kedai tayar ke??"

H : "Haàh"

W : "Kat rumah??"

H : "Haàh"

W : "Mana satu betoi ni?? Kat Umah ke kat kedai tayar?? cuba ckp betoi2??"

H : "Kat kedai tayar"

W : "Tadi tanya kat umah kata ya..??"

H : "Dah kata cam tu jawab ye je la..."(dalam hati aku... jwb jela apa yg pusing2)

W : "abg kat mana sebenarnya??? cuba ckp betoi2.. kan ke senang..." ~sian plak kat wife dia...

terus tak dgr dah.. rupanya sekali dia letak phone daa... tak sure la putus ke apa... pasal dalam tunnel masa tu... husnudhon... hehe

tak sampai seminit phone pak cik tu bunyi lagi... dan dia cuma jawab... "tepon lagi 5 minit. Ada customer...".... tgh marah ke pak cik tu.... wife dia ni setiap 5 minit tepon ke??? hehehe macam2 la aku dok pikr.... dan aku tak tau la pas tu jadi apa psalnya aku dah nak sampai opiss....


moral of the story : tell the truth... hehehe kan ke sonang... isteri mungkin hanya ingin tahu dia mana suami berada... tapi si isteri juga perlu paham si suami.. jgn la setiap 5 minit asik tepon je... itulah kehidupan... macam-macam ada....


p/s: aku juz nak share bukan ada niat pape.. jauh sekali nak malukan sesiapa.... :)... belajar utk masa depan.... hikhikhik...


21 June, 2010

Percutian Yang Di nanti....

amacam cantik tak tempat ni... hmmm... tak sabar rasanya nak sampai sini... Insya Allah.. next month... nak tau aku nak bercuti kat mana... hehe PULAU TIOMAN....yeaahhh....

Otak yg dah serabut, semak samun dengan prob begitu byk....perasaan yg kacau bilau... so, its time for me to take a break.... jom beerrcuttiii...!!!!

19 June, 2010

Episod Sepi


Tgk pic ni ada beberapa soalan yg bermain di mindaku ewwahh....
Benda apakah yg di pegang oleh perempuan itu??
a) hati??
b) jantung??
c) bom tangan??
d) bukan semua di atas...

Apakah yg sedang berlaku???
a) girl tu dah merampas jantung/hati si jejaka...
b) that guy baru lepas kene tembak...
c) dan hati tu di ambil utk di dermakan...
d) atau that girl tu...han**.... makan jantung org.... waaa.....
Simbolik kan gambar ni... aku suka... entahla.. mgkn aku sekarang menjadi terlalu emosi... mgkn.. ayat pon berbaur kesedihan... :(
kenapa that guy melangkah pergi tapi pada masa tu si girl tgh pegang jantung that guy.. diorg bergaduh or dah berpisah?? korang pikirlah sendiri...
aku tgk pic ni aku sedih.. hmm... entah la... SIMBOLIK....

Maafkan Aku


Aku sudah menyakitkan sebuah hati... hati insan yg tak ingin aku sakiti kerana aku sayang padanya... namun hakikatnya aku telah sakitkan hati itu... Maafkan aku... Ya Allah... ku ingin melihat dia sentiasa gembira bahgia dan sihat... meskipon aku tak mungkin wujud di sisinya....dan hanya doa kupanjatkan utkMu meskipun dia tidak tahu.... biarlah... Engkau saja yg Maha Mengetahui....

Engkau telah aturkan semua ini dan aku tahu ini terbaik utkku dan hati itu.... Jadikan aku redha atas segala ketentuan MU....Arrgghh... telah terlalu lama sakit ini tidak datang....Moga sakit ini tidak seteruk dahulu.... Moga kesedihan ini tidak memudaratkan.... Untuk hati yg kusakiti... sungguh aku tidak berniat.... Maafkan aku... aku tak penah lupa utk mendoakan kebahgiaanmu di dalam setiap solatku...

Kurenung diri yg penuh khilaf.... Ya Allah.. ampuni hamba MU yg seringkali lalai dan alpa dr mengingatiMU.... Ujian ini utk aku kembali padaMU.. Terima kasih Ya Allah atas Rahman dan RahimMU... kuatkan hatiku ini menghadapi ujianMU....

14 June, 2010

Di Hujung Minggu....

si gadis papan tanda.. habis semua signboard nak amik gambar.. heheehepintu gerbang.... WELCOME TO BATU MALOIBatu tanda...
inilah barisan sukarelawan OHM...yang berhati suci & bersemangat membara bak merah baju..... cayalah...
bro Rusman tgh bg briefing utk aktiviti harini.... mula2 korang kutip sampah sampai bersih... kalo tak bersih tak bole masuk gua... ahahaha daun2 kering pon korang kene kutip jugak...!!!
apapun.. yg penting posing.. hahaha... org suruh kutip sampah... sebok bergambar plak...

jom... kita masuk gua....
posing dalam gua plak... thanks to mimi yg bwk waterproof camera...

yeahhhh.... suka main air....ok... jom balik... dah habis dah.. malam plak... BBQ... akak2 yg rajin tgh basuh pinggan.... anak sapalah ni????menu malam...BBQ - udang bakar, ikan bakar, sotong bakar, ayam bakar... segala2nya bakar... yg tak de.. cik bakar je....ni lah tempat kami menjamu selera......
KHAZANAH ALAM...!!!!!
Ni part utk si comel.. saya lah tu....ok... it's time to go back..... bye bye batu maloi.....

view malam kat Tampin....

09 June, 2010

UIAM bukti kejayaan ahli akademik Islam

~i'm proud to be IIUM student (convo 2005)



Credit to Abdul Halim Taib (Berita Harian)
2010/06/09



Universiti ditubuh hasil usaha OIC kini pada ranking ke-159 di Asia, tumpu bidang penyelidikan UNIVERSITI Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kini bukan saja dikenali di rantau ini malah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia khususnya di kalangan negara Islam dan secara umumnya kepada masyarakat antarabangsa. Ia menjadi sebutan masyarakat dunia di mana-mana saja, termasuk di kota besar yang kita kunjungi terutama di kalangan 57 negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).




Sesuatu yang lumrah apabila menemui bekas pelajar atau alumni UIAM menjadi orang penting di bidang awam atau swasta di negara berkenaan. Ini berlaku kerana sejarah penubuhan UIAM berkait rapa dengan OIC. Idea menubuhkan UIAM pada mulanya dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kerjasama dan sokongan kuat OIC dan beberapa negara Islam seperti Turki, Arab Saudi, Mesir, Pakistan, Libya, Bangladesh dan Maldives.





Ini berdasarkan falsafah penubuhan UIAM yang disokong oleh Persidangan Dunia mengenai Pendidikan Islam yang diadakan di Makkah pada 1977. Dr Mahathir mencadangkan penubuhan itu pada 12 Januari 1982.



Menariknya, peranan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak sebagai Presiden UIAM ketiga juga turut memberi impak luas terhadap perjalanan perkembangan universiti itu dari peringkat awal hingga sekarang. Perdana Menteri sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan di UIAM.





UIAM ditubuhkan dengan rasminya pada 20 Mei 1983 di kampus awalnya di Petaling Jaya. UIAM kini menjadi pilihan ribuan pelajar dalam dan luar negara kerana keunikannya. Kini sudah 27 tahun universiti ini wujud dan sudah menabur bakti ke seluruh pelusuk alam dari dunia Islam menjangkau ke dunia barat. Secebis contoh kejayaan tenaga pengajar atau pelajar UIAM di persada antarabangsa, antaranya ialah pelantikan pensyarah Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, UIAM Prof Dr Ismawi Zen sebagai Panel Antarabangsa Pembesaran Masjidilharam yang bertanggungjawab menasihati Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz dalam projek pembangunan semula Masjidilharam, di Makkah selain pelantikan Prof Datuk Wan Mohamad Rafaie Wan Abdul Rahman sebagai Penyandang Kursi Pengajian Melayu di Victoria University, Wellington, New Zealand.





Warga dan alumni UIAM lain mencipta nama dan memegang jawatan penting di beberapa negara termasuk Menteri Hal Ehwal Agama Guinea, Prof Datuk Sano Koutoub Moustapha; Menteri Kehakiman Gambia, Marie Saine Firdaus; Menteri Luar Turki, Prof Dr Ahmet Davutoglu (bekas pensyarah), Peguam Negara Maldives, Ahmad Muizzu; Gabenor Bank Pusat Gambia, Momodou Bamba Soho dan Penasihat Syariah Bank Pusat Indonesia, Dr Muhammad Syafii Antonio.




Di dalam negeri pula UIAM melahirkan tokoh seperti Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim; Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; pakar undang-undang, Prof Dr Aziz Bari dan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Menurut Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, untuk menghubungkan semula ribuan bekas siswazahnya, UIAM kini sudah menubuhkan rangkaian alumninya di seluruh dunia dan yang terbaru di Gambia dan Guinea.Yang lain ialah Thailand, Indonesia, Maldives, Australia, Arab Saudi dan Oman. Yang lain ialah Thailand, Indonesia, Maldives, Australia, Arab Saudi, Oman, Singapura, Brunei, Turki, China, Bosnia-Herzegovina, Afrika Selatan, Yaman, Nigeria, Filipina, Senegal, Sri Lanka, Bangladesh dan Emiriah Arab Bersatu.




Sehingga kini UIAM sudah mengeluarkan seramai 38,832 siswazah dari 100 negara dunia dan daripada jumlah itu, 4,270 pelajar antarabangsa. Daripada keseluruhan jumlah di atas 10,767 pelajar lepasan ijazah. Dr Syed Arabi berkata, walaupun universiti itu mencapai tahap yang boleh dibanggakan, usaha gigih diteruskan di samping meneroka bidang baru, terutama dalam penyelidikan bagi membolehkan ia dikategorikan sebagai universiti berteraskan penyelidikan dalam masa terdekat berbanding statusnya sebagai universiti pembelajaran sekarang. Mengenai kedudukan UIAM dalam senarai universiti terbaik dunia, beliau berkata ini berikutan keputusan pihaknya tidak mendaftar UIAM bagi dinilai oleh pihak yang menyediakan ranking berkenaan.




Tumpuan UIAM yang ditubuhkan pada 1983 ialah menjadi universiti terbaik di kalangan negara OIC, bukan menyenaraikannya dalam ranking universiti terbaik Asia, Eropah atau dunia. Kini sebahagian daripada tugas itu sudah dilaksana dan dibuktikan. Bagaimanapun, kata beliau, pada tahun ini pihaknya membuat keputusan untuk memasukkan UIAM di dalam ranking Universiti Asia QS 2010 dan universiti itu ditempatkan pada kedudukan ke-159. Penulis ialah Penolong Pengarah (Media dan Penerbitan) di Pejabat Perhubungan Awam, UIAM. Dr Syed Arabi berkata dua bidang baru yang akan diperkenalkan tidak lama lagi ialah Institut Kajian Marin, Oceonografi (INOCEM) di Cherok Paloh, Penor, Pahang dijangka siap hujung tahun ini dan Kulliyyah Pertanian juga di Pahang dijangka dapat dilaksanakan dalam masa terdekat ini.



Sebagai kesimpulan, UIAM yang merangkumi semua kampusnya, wujud sebagai sebuah universiti Islam yang unggul di dunia kini, adalah hasil sokongan padu OIC dan negara Islam lain sejak dulu hingga sekarang. Oleh itu sebagai mengenang jasa tidak ternilai pemimpin yang terbabit, UIAM pada pertengahan Jun ini, menganugerahkan Ijazah Doktor Falsafah Kehormat dalam bidang Sains Politik kepada Setiausaha Agung OIC, Tan Sri Prof Dr Ekmeleddin Ihsanoglu. Penulis ialah Penolong Pengarah (Media dan Penerbitan) di Pejabat Perhubungan Awam, UIAM

01 June, 2010

Already 4 years....


1st June 2010.... pejam celik pejam celik... tak sangka dah 4 tahun kerja di Aker.... time flies so fast........sweet memories.... bad memories... semua ini mematangkan aku yg tak berapa nak matang ni hikhikhik.....

hmm... disini ku kenal macam2 karektor org... yg nama sahabat, kawan, teman tapi mesra, etc...

di sini ku kenal erti politik hahaha... biasalah nama pon keje kan... macam2 la.... apa pon dah 4 tahun bertapa kat Aker ni... macam2 yg berlaku... di sini rezeki utk ku... yg penting wat kerja kerana Allah swt... Insya Allah... semua nya bisa ok kan...