"Take nothing but memories. Leave nothing but footprints. Kill nothing but time."





27 July, 2010

Lebih mahal disimpan lama

Harini baca newspaper.... tertarik dgn headline ni.... pasal pelaburan emas.... sekarang benda ni dah makin popular.... so, nak share dgn kengkawan.... aku pon dah beli tapi beli 1 dinar je... heheehe... nak beli bebyk tak mampu... so start sikit2 dulu....
tapi part yg paling aku suka... dinar emas sebagai mas kahwin... hmmm.... gud idea... Insya Allah... dah sampai jodoh nanti nak wat dinar emas jadi mas kawen la.... kahwin??? bilakah agaknya kan.... ;p

Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my

DI SEBALIK bangunan tiga tingkat yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya sebenarnya tersimpan ragam kesibukan aktiviti jual beli emas.
Menariknya, situasi itu bukannya menyaksikan jual beli barang kemas seperti gelang tangan, rantai atau anting-anting.

Sebaliknya, mereka menjalankan proses mendapatkan kepingan kilauan emas tulen berharga.
Bagaimanapun, premis yang terletak di tingkat tiga itu tidak sewenang-wenangnya dikunjungi. Anda perlu membuat temu janji khas dengan kaki tangan Public Gold supaya pagar besi utama akan dibuka.

"Sebagai langkah keselamatan, tempat kami mempunyai pengawasan yang ketat. Mereka yang ingin mendapatkan kepingan emas perlu berhadapan dengan tiga rintangan pagar besi yang dibuka secara automatik.

"Di Public Gold, mereka boleh melihat skrin paparan harga emas dunia sebagai petunjuk untuk membeli atau menjual," terang Eksekutif Pemasaran Public Fine Gold International Sdn. Bhd., Wilson Tan.

Bercerita mengenai kehebatan emas, masyarakat masa kini mula membuka minda untuk membuat pelaburan baru. Tidak lagi memfokuskan kepada penyimpanan wang semata-mata, trend pembelian kepingan emas kian popular dan mendapat sambutan.

Bahkan segelintir bakal pengantin turut memilih dinar emas sebagai hantaran mas kahwin kerana barangan berharga itu merupakan komoditi yang mempunyai nilai yang tinggi.
Meskipun tertanam beribu-ribu tahun, emas tetap berkilau dan merupakan aset paling bernilai. Emas boleh dibeli sama ada dalam bentuk syiling atau keping dari bank-bank perdagangan.
Selain itu, perbezaan yang dinilai di antara pelaburan ketulan emas dan barang kemas ialah dari segi tawaran peratusan.

"Emas keping dan emas syiling lebih tinggi nilainya iaitu 999.9 peratus berbanding emas yang telah dilebur untuk dijadikan barang kemas pula 91.6 peratus," beritahunya.

Sementara itu, Pengedar Utama Public Gold, Syukor Hashim menjelaskan, Public Gold yang mendapat kelulusan dari Bank Negara menawarkan perkhidmatan jual beli emas 999.9 atau 24 karat untuk pelaburan yang selamat dan murah.

Dari segi kiraan nilai pula, Public Gold menawarkan empat produk kepingan emas 20 gram (g), 50 g, 100 g dan satu kilogram (kg).

"Harga yang dinyatakan setiap gram adalah dalam ringgit. Harganya juga sentiasa berubah-ubah, jadi mereka yang berminat lazimnya akan sentiasa memantau harga dunia.
"Orang ramai diberi kebebasan untuk membeli seberapa banyak ketulan emas bergantung kepada kemampuan masing-masing," terangnya.

Menceritakan pengalamannya menjalankan jual beli emas sepenuh masa, Syukor mendapat pendedahan awal menerusi program The Truth Revealed: Dinar and Dirham The Real True Money sejak dua tahun lalu.

Konsep kekayaan
Bermula dari situ, dia mula mengerti mengenai konsep wang dan kekayaan sebenar. Syukur banyak membuat kajian melalui pembacaan dan rujukan.

"Saya menyedari bahawa kekayaan yang sebenar bukanlah terletak pada wang kertas. Tetapi emas, perak, hartanah, ternakan dan tanam-tanaman.

"Wang kertas boleh dimanipulasikan dan boleh dicetak sebanyak mungkin sekali gus nilainya akan hilang," terangnya bersungguh-sungguh.

Bagi salah seorang kakitangan swasta, Ahmad Fithrie Ahmad Tajalie, 31, pelaburan pertama yang dikeluarkannya tahun lalu sejumlah RM38,000 untuk memiliki beberapa ketulan emas peribadi.

Disebabkan emas mempunyai nilai tinggi, dia lebih berminat untuk menambah koleksi ketulan emas untuk simpanan masa hadapan.

"Kepuasan memiliki dan menyentuh sendiri ketulan emas memang tidak dapat digambarkan. Itu yang membuatkan saya lebih berminat untuk mengumpulnya.

"Petuanya ialah bila sudah beli emas, simpan sahaja emas itu tetapi bila memerlukan dana kewangan barulah ia dijual. Lebih bagus jika ia dijual ketika harganya tinggi. Semakin lama emas itu disimpan, harganya juga semakin mahal," jelasnya.

Seperti yang diperuntukkan oleh hukum syarak, mas kahwin merupakan pemberian wajib daripada seorang lelaki kepada bakal isterinya. Ia boleh dibayar dalam pelbagai kaedah dan apa jua bentuk mengikut kesesuaian dan kemampuan pasangan terbabit.
Lazimannya mas kahwin disempurnakan dengan wang ringgit, senaskah Al-Quran, cincin atau gelang tangan. Namun, kini syiling dinar emas telah mendapat sambutan menggalakkan sebagai mas kahwin untuk majlis perkahwinan.

Barangkali sudah tiba masanya masyarakat menerima persetujuan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin memandangkan ia mempunyai nilai sentimental dan intrinsik yang kukuh.
Mas kahwin
Dinar emas sebagai mas kahwin sememangnya sesuai kerana ukiran kalimah syahadah dan cetakan ayat suci al-Quran secara simboliknya melambangkan ketinggian nilai kehidupan manusia berasaskan agama.

Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada bulan September tahun lalu, Wan Azmir Wan Mohamad dan Nadiah Abd. Rahman turut menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin mereka.

Masing-masing yang berusia 27 tahun menyifatkan, keputusan untuk menggunakan dinar emas kerana ingin mengembalikan tradisi masyarakat Islam yang sekian lama ditinggalkan.
"Pengetahuan penggunaan dinar emas ini dibuat setelah saya membuat sedikit rujukan pembacaan mengenainya. Dari situ saya dapati dinar emas mempunyai nilai yang semakin meningkat.

"Malah bentuknya yang cukup unik dan dinar emas juga cantik untuk disimpan. Berbeza dengan wang simpanan wang, ia mungkin tidak akan kekal lama," jelas Wan Azmir Wan Mohamad yang menyempurnakan mas kahwinnya dengan sekeping syiling dinar emas seberat 4.25 gram (22 karat) bernilai RM502 (kini bernilai RM570 tertakluk pada harga semasa).

Sementara itu, pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid berkata, dinar emas digunakan sebagai alat pertukaran mata wang paling selamat sekiranya berlaku ketidakstabilan politik dan pasaran. Dinar emas mempunyai nilai yang tetap dan boleh dijadikan simpanan tanpa memikirkan kehilangan nilai dan kuasa beli seperti wang kertas.

Pelaksanaan secara konkrit dengan susulan cadangan yang lebih serius perlu dijalankan supaya negara dapat menggunakan dinar emas dengan lebih menyeluruh.

"Skop penggunaan dinar emas sebenarnya amat luas kerana ada yang gemar menjadikan dinar emas sebagai koleksi aset yang kalis inflasi. Dinar emas berbentuk syiling juga sebagai medium pertukaran yang sah. Tetapi sejauh manakah masyarakat kita berminat menggunakannya seperti yang disarankan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

22 July, 2010

Fun In D Sun

lagi gambar masa kat tioman... :D... enjoy...!!WELCOME.. WELCOME TO TIOMAN ISLAND.... wakawaka yeehhh..1st menu @ tioman... nasi goreng kampung....layan ice cream... sian kat diorang beli ice cream rasa masam yg amat... hikhik...dalam pic semua control hehe...ready to get back. thanks to photographer... haha kene paksa amik gambar akak2 comel ni....byk sungguh biawak kat tioman ni.. :Dpokok petai... bergayut petai... huhu tak sempat nak mintak kat cik azizan.... rugi rugi...kapal ni "FOR SALE"!!!... ada sesiapa nak beli??? my pic !!! :D

Tioman Island in Memoriessss.....!!!

ok its time to reveal the exclusive photo... hehehehe showtime pictures..... yeahhhh let the pictures tell the story...This pic was taken from our resort... Island Reed Resort...
tempat snorkeling......

clear water you can see fish maaaa....senja nan biru.... speechless....

14 July, 2010

YSL vacation @ TIOMAN ISLAND

Date : 9.7.2010 - 11.7.2010
Venue : Tioman Island

Untuk entri kali ini kita mulakan dengan lagu tema.....PULAU.... Panggilan Pulau….Pulau Pinang….Seulas Pinang… blablabla.…wakakak... setelah agak lama terperuk di kota yg sesak bangat ni akhirnya inilah peluang utk aku lari dr semua ini…. yg penting lari dr keje…. hahahaa...vacation yg di rancang beberapa bulan lepas akhirnya alhamdulillah... semuanya berjalan lancar.... nak tau apa YSL??? hehehe..... bukan Young Single Lonely walaupon mmg kene gak la.. tapi ni Young Sweet Ladies Vacation ehehehe...

So, kita mulakan dgn aturcara perjalanan... nasib baik dah lepas SPM.. kalo tak sure BM aku hancuss.... lalala

8.7.2010

11.00pm @ Bukit Jalil Bus Terminal
~ kat sini la baru kenal ngan member yg g tioman... Ain, Faizah & Sha.... ~diorg mmg best... happening habis esp Ain...

~perjalanan ke Mersing mengambil masa 5 jam... perrghh... lama siot.... plak tu jalan macam nak balik kg aku kat balik pulau je... bengkang bengkok.... zt dah rasa nak muuntt....ahh... nasib baik dia dapat tahan sampai la kat jeti mersing... kalo tak.... huhuhu

9.7.2010

4.30 am @ Mersing's Jetty
~ We reached Mersing Jetty on Friday morning 4.30am….sejukkk sgt… sampai kat sini tak tau nak buat apa... feri paling awal pon pukul 7.30 am.. huhuhu ada lagi 3 jam nak bertapa kat jeti ni... layan tdo jap... tapi tdo duduk ni mmg tak selesa... kejap2 jaga.. kejap2 jaga...

7.30 am
~ yahooo.... feri dah sampai... kitorang naik feri gemilang 1.... oklah feri tu... dah ngantuk semua ok hehehe... layan tdo la dalam feri.... Zzzzzzzzzzzz...............

DAY 1

9.30 am @ Kg. Genting
Finally we arrived at Kg Genting... one of the Kg in Tioman... juz when we step off from the ferry.... fuhh....such a nice view.... fall in luv with Tioman's natural beauty and astounding greenery.... blue skies and clear waters.....tak sabar dah ni... hehehe... even all of us still sleepy n tired coz of long journey.... tgk laut dgn clear water terus hilang sumer tuh...hahaha... apa2 pun.. check in dulu.... cik azizan dah tunggu dah.... ~menyambut ketibaan awek2 yg sweet ni… hahaa tak mandi lagi…. We stayed at the resort called Island Reef Resort located in Genting Village. It’s more like a budgeted resort but without a budgeted price. We need to climb a lot of wooden stair case to access the resort as it is situated on the hill slope… hiking la pulak….

~lepas check in.... mandi…layan baring2 kejap... tdo n rehatkan badan.... tapi tak lama pasal perut dah berkeroncong.... tu kira ok lagi... aku punya perut dah disko dut huhuhu... lapo.... masa tuh dah kul 11.30 am ye la dr semalam tak makan apa pon….... siap2 mandi tukar baju... zoommm… g cari kedai kat area jeti....terpaksa g cari makan pasal not include in the package... start dinner je.... my 1st menu at tioman... nasi goreng kg..RM5.00.... layan sampai licin.... :p

~ aktiviti lepas makan.... cuci mata haa jgn ingat lain plak.. kitorg mencuci mata dgn keindahan alam.... dan sesi posing memosing... sampai ke ptg kitorg berposing... sampai dah macam2 gaya ada... hehehe nak tunggu dinner kul 7pm baru served.... sempat jugak hiking sementara yg lain layan tdo kat buaian tepi pantai…. Me & zt… konon nak pegi sampai kg sebelah… tapi rupanya jauh… huhuhu so patah balik….

7.00 pm @ lobby Island Reef Resort
yeyeye.... dinner is ready....apalagi.. dinner time la... huhuhu makan mmg best.. sodap sampai menjilat jari.... pas makan balik bilik... n tdo awal... letih yg amat2.... kene plak malam tu hujan turun dgn lebatnya….. tdoooo……. zzzzzzzzz........................ tamat aktiviti harini…

DAY 2
10.07.2010

7.30 am - breakfast
pagi ni kami di sajikan dengan nasi lemak, bihun sup & roti bakar (sendiri bakar ek..)... tapi paling best bihun sup dia... mmg kowwww.... cukup rasa.... aku yg pada mulanya nak makan nasi.. rasa sikit bihun sup.... lepas rasa... tak leh jadi ni... sedap plak... terus pegi amik semangkuk.. hehehe....

9.00 am @ jetty Kg Genting
Todays activity is snorkeling... tak sabar aku nak bersnorkeling.. yer la.. 1st time beb.... hehe excited terlebih la.... harini ada 2 tempat nak snorkeling…. 1st at Renggis Island ( feveret spot for tourist to go for snorkeling) and another one at Marine park.... yg best kat Renggis Island... rich in beautiful corals and marine life....so, dun miss it dear to see the rich marine life of Tioman waters.... but before that we went for shopping at Duty Free shop in Kg Tekek….agak jauh jugak la Kg tu... dekat sejam lebih naik bot @ barboat.... aku ada la shopping sket.. beli kat anak buah aku yg kecik tu...atas pesanan Paduka Bonda... hehehe dan beli baju utk aku...

11.00 am @ Taman Laut Tioman/ Marine Park
ok... r u ready for snorkeling.... tanpa ada briefing macam mana.... terus terjun hahaha.... zt je bg tau camana nak pakai alat snorkeling tu.. haha...mula2 tu mmg byk la tertelan air laut.. hahaha tapi dah lama2 cam tak nak naik plak... sunburn pun gasakla.... mmg best la dapat tgk ikan berenang2... yg best aku dapat pegang ikan todak.. hehehe.. dia elok je lalu depan aku... nasib baik tak cucuk buntut aku.. hahaha tak pasal jadi kes buntut di langgar todak...

12.30 pm - Lunch time
We had packed lunch around 12.30pm…perut dah lapar pasal lama sgt dok dalam air... tgn pon da kecut..... lunch menu harini ayam sambal + sayur. tu pon dah cukup selera... aku makan sampai licin...

2.00 pm - snorkeling @ Renggis Island
then continue to the next destination…serius kat sini mmg best snorkeling... mmg byk ikan... kene plak ada org pas roti... berebut ikan datang nak makan roti... best sgt.... sian kat kwn kitorg yg lagi 3 org... tak berapa berani.... tapi nasib baik budak yg bwk bot sudi bwk diorg dgn guna pelampung... dpt gak diorg snorkeling....

kat Renggis Island ni mmg byk sgt coral... so mmg cantik sgt... ikan pon lagi byk dr Marine Park.... Unfortunately, none of us had waterproof camera... huhuhu so... no underwater shots.

perut ku rasa kurang enak selepas snorkeling... ini gara2 makan then turun snorkeling... wahh.. tak bole tahan dah.... naik je atas bot terus meluahkan semua makanan yg makan lunch tadi.... bukan dalam bot.. tapi dalam laut... hahaha....yg best.. semua ikan berebut tu.. kui kui kui.... disebabkan aku dgn zt yg over snorkeling maka kami jugakla yg muuunnn...taahh.....

4.30 pm – Udah2 le tu.. balik la… hehe
it was free and easy time…. So, balik bilik… mandi n layan tdo…. Nak kuar pon panas….

6.30 pm – sesi gedik santai
Ptg tu dah plan nak gedik santai tepi pantai.. hehehe semua nak posing ala model….

7.00 pm
Dinner. BBQ.

DAY 3
11.07.2010

8.30 am – Breakfast
Aktiviti harini adalah last photo shooting… hehee… so sebbelum balik kami semua amik kesempatan pusing pulau buat kali terakhir… layan view….

12.00 noon @ Kg Genting’s Jetty
Penantian itu satu penyiksaan… mau tak nye… we r waiting at the jetty for 3 hours… dah la tak sempat lunch pon.. huhu perutku dah berdangdut… masuk angin laut… yg aku tau tak cukup ferry.. hmmm time ni la tak cukup ferry… after a long long time waiting n waiting… ada la satu ferry… tapi bole naik 6 org je… Luckily, our group only 5 of us… kalo tak sure kene separate…. Ada sorg mat saleh ni, tak salah dia nak g Bangkok kul 4, time tu pon dah nak dekat kul 3 pm… tak tau la sempat ke tak… lainla dia tu superman… hahaha aku bukan lah superman aku juga bisa nangis… wakakkak….

5.00 pm @ Mersing’s Jetty
Tired. Had our lunch at the Mersing’s Bus Terminal…. Serius tahap kebuluq….

6.00 pm
We r heading back to KL…..

12.00 am on the road
Bas rosak plak…. Hmm… tukar bas… dgn mata yg mengantuk.. tumpang bus yg otw ke Bukit Jalil….

1am@ Bukit Jalil’s Bus Terminal
Alhamdulillah, tggu abg zt amik…. Pastu layan World Cup Final Game…. Spain Juara...

05 July, 2010

Menghitung hari hari ku...

yeyeye hari ni isnin.. pelikkan.. selalunya monday blues...tetiba je jadi suka plak... well... hati dah tak sabar nak g bercuti.. hehehe otakkku dah terbayang bayang dok makan angin.. lalala....