"Take nothing but memories. Leave nothing but footprints. Kill nothing but time."





25 March, 2011

Selamat labur dalam emas

Anda ada baca berita bisnes harini???? kalo sudah mesti dah sedia maklum ttg hal ni kan.... sekarang ni mmg org tgh target nak beli emas..... Kalo sebelum ni emas begitu sinonim dgn kaum wanita.... yer la... ada yg beli gelang emas byk2 sampai penuh sampai ke lengan.... tak nak kalah dgn jiran sebelah hahaha..... tapi zaman dah bertukar.. emas bukan saja perhiasan lagi tapi satu income yg cukup hebat buat sesiapa yg memilikinya.... Maka sebab tu kaum lelaki pon sebok nak beli emas jugak... Kenapa dan nak buat apa???? Lelaki mana bole pakai emas kan????... Sebenarnya bukan utk di pakai tapi sebagai saving di masa depan.... satu SIMPANAN MENGUNTUNGKAN!!!!.... Selamat membaca....

Oleh Shuhada Mansor
darmansor@hmetro.com.my

MASYARAKAT tempatan terutama golongan wanita yang gemar menggunakan perhiasan berasaskan emas digalakkan supaya menjadikan hobi itu sebagai pelaburan utama memandangkan nilai bahan itu melonjak tinggi hampir setiap tahun.

Pengurus Kanan Operasi Runcit Habib Jewels Sdn Bhd, Mohd Zaruddin Mahmud berkata, naik turun nilai emas tidak terlalu terpengaruh jika berlaku inflasi dan hal itu menjadi faktor utama mendorong masyarakat untuk membeli emas dan membuat pelaburan.

“Melabur dalam aset ini adalah satu pelaburan yang selamat dan tidak akan terjejas walaupun situasi dunia sekarang yang sedang bergolak dan menghadapi masalah ketidaktentuan dalam kestabilan ekonomi,” katanya.

“Pelaburan emas yang menguntungkan ini adalah pelaburan jangka panjang. Jika beli emas sekarang, selepas lima hingga 10 tahun nilai emas akan naik,” katanya kini harga emas bernilai RM157 per gram.

Menurutnya, skim Ar- Rahnu yang diperkenalkan kepada orang ramai dilihat sebagai satu sistem cagaran yang baik selain bertujuan untuk memberi kebaikan kepada masyarakat cara pemajakan gadai secara berhemah.

Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggung apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan dimaklumkan mengenai barang gadaian yang terpaksa dijual dan jika harga jualan melebihi baki hutang, lebihan tersebut akan dikembalikan.
Habib Jewels yang turut memiliki kedai pajak Ar-Rahnu di bawah naungan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang memberi alternatif dan pulangan yang lebih tinggi kerana upah simpan yang dikenakan tidak melebihi 10 peratus dan menawarkan pinjaman tanpa faedah.

“Selalunya, kita akan bayar kadar faedah yang tinggi iaitu dua peratus sebulan untuk kedai konvensional pajak gadai sebanyak dua peratus, tetapi sekarang orang ramai dapat membayar upah simpan dengan kadar yang lebih rendah” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Emas di Malaysia’ pada Bengkel Korporat Muslimah, di Bangunan Felda, semalam.
Bengkel yang bertemakan ‘Kilauan Firdausi’ masuk tahun kedua hasil kerjasama antara Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Felda Holdings Berhad (Felda) itu turut memperkenalkan zakat emas kepada golongan sasaran pembayar zakat wanita yang bekerja di Felda Holdings.

23 March, 2011

Bila LAGU berbicara....

Untuk entri kali ni aku ingin sentuh bab lagu... setiap org mesti ada lagu feveret kan.... kenapa korg suka lagu tu???? mesti ada SEBAB kan!!!!....
ok.... aku list kan kat sini antara sebab musababnyaaa.... Lets check it out...!!!
KENAPA LAGU TU LAGU FEVERET KORANG?????
  • kebetulan lirik lagu tu ada tempias pasal kisah hidup korang...
  • rentak lagu tu BEST GILERR...
  • lagu tu org special dedicate utk korang....
  • selalu karok lagu tu....
  • artis pujaan korg yg nyanyikan lagu tu....
  • pasal video klip dia GILER GEMPAK!!!
  • akhir sekali pasal korg yg tulis lagu tu hahahhaa......

walau apapun sebabnya.... kita sure ada sebab tersendiri sesuatu lagu tu menjadi PUJAAN HATIKU.... Bagi aku... aku lebih pada lirik lagu.... macam lagu kat bawah ni.... SERIUS... tangkap leleh tu.... habih meleleh air mata aku bila dgr lagu ni.... huhuhu....

Dush.. dushhhh.... tamau sedih sedihh....dalam buku THE SECRET tulis... " Be aware that as you are feeling good, you are powerfully attracting more good things to you...." so, throw away bad feeling... go go away.... I wanna be HAPPY...

ok dear.... cya next entry....

Yang Terindah Hanyalah Sementara
Artist: Erra Fazira

Setinggi seluas gunung dan lautan
Sejuta harapan dipertaruhkan
Beronak berliku jalan kulalui
Selagi berupaya kuteruskan

Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam
Di dalam keberanian terusik jua perasaan
Tiada hentinya memanjangkan doa semoga jiwa ini terus tabah

Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara
Yang terpahat dalam diri hanya kenangan dan nestapa

Tak rela kuturutkan hati
Menyesali apa yang terjadi
Andainya begitu suratan yang tertulis diazali
Biarlah walaupun kusepi
Sedih pedih dikhianati
Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalanan ini

p/s: no pic for this entry. Just wanna share something from what i read; "Make ur last thoughts before going to sleep good thoughts..."

14 March, 2011

12 midnight....


Hi guys... well today i've nothing to story or sharing.... now i'm juz watching tv while waiting until 12 midnight tonite.... u wanna know why???? Tomorrow is MY BIRTHDAY!!!!....huhuhu.... should be happy rite???

Celebrating my birthday... ALONE.... nobody beside me... really feel so lonely... but i've believe.... there's HIKMAH behind all this things.... have faith... so uol knows why i'm not happy hhaaaa....

huh... dun be so sad la isma.... this is not the end of ur life.... cheer up... sweet..!!! hmmm..... hehe trying to make myself HAPPY.... can I??? :D

ok dear... spend ur saki-baki age of 20's... hahaha after midnite... no more 20's laahhh.... haiiyaaakkk... so fast... but inside me i'm still like 20's laa.....hehe..... aarrgghhh.... its juz a number.... who cares??? not me but others.... huh.... sebok la diorg.... :p

So tonite.... no plan at all.... what a boring birthday!!!.... For this coming birthday.... I pray to Allah.... bless me dunia & akhirat.... be a better person.... Syukur alhamdulillah... for everything He gave to me.... thankful....
Ok guyss.... until we meet again here.... thanks for reading this.... even its NOTHING... hehehe

SMILE!!!! u looks so CUTE laaa.....

p/s: special thanks for the 1st person wishing me HAPPY BIRTHDAY....!!! so touched... so, who will be next??? ..... I'm WAITING.... yeaahhh....hehe

12 March, 2011

Jutawanemas.com: Bagaimana Menjana Keuntungan Menggunakan Teknik Ar-Rahnu

Salam & hi....
This time i juz wanna share some gud info about gold wif you guys....... Happy reading!!!
READ this.... its really worth it for ur future....!!! lets generate our silent income... hehehe
credit & special thanks to Bro Shukor Hashim for sharing this info.
Posted: 26 Aug 2010 08:09 PM PDT
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua pembaca? Saya doakan anda semua sihat dan ceria dan bahagia selalu.
Setelah saya menyiarkan artikel: Mengumumkan: Ar-Rahnu yang terbaik untuk emas pelaburan ialah Ar-Rahnu Agrobank (klik sini) saya dapat banyak soalan mengenai teknik pajak gadai Ar-Rahnu.

Ramai orang bertanya kepada saya mengenai cara-cara menjana keuntungan dengan teknik Ar-Rahnu. Betul ke boleh untung? hehehe... sudah tentu boleh untung. Kalau rugi buat apa saya nak share kat sini betul tak?

Masalah akan berlaku jika orang yang tanya tu:

1. Tak pernah beli emas2. Tak pernah pergi gadaikan emas di Ar-Rahnu dan beli emas lagi.3. Tak pernah memerhatikan kenaikan harga emas dalam masa setahun keatas.
Memang confirm tak akan faham. Jadi, kalau anda hendak faham teknik ini maka anda perlu buat sendiri teknik ini. You need to experience it. Bagi pelabur-pelabur emas yang lama memulakan pelaburan emas... memang ini adalah peluang menjana keuntungan lebih terutamanya bila harga emas jatuh.

Sebagai orang berpengalaman (sebab hari-hari tengok harga emas nie ) mereka tahu bila akan berlakunya buying opportunity. Buying opportunity merujuk kepada penurunan harga emas yang banyak menyebabkan kita boleh mengambil peluang menambahkan stok ketika harga emas sedang rendah.

Huraian: Sebagai komoditi, harga emas boleh turun dan naik. Memandangkan trend jangkamasa panjang ialah menaik, jadi setiap penurunan harga membolehkan kita membuat keuntungan dengan membeli lebih banyak stok emas dengan cara menggunakan teknik Ar-Rahnu (gadai emas yang sedia ada di tangan dan beli emas dengan hasil gadaian tersebut)
Anda akan mendapat untung apabila harga emas melantun semula. Sebagai contoh, perhatikan graf dibawah. Kita dapati harga emas boleh jatuh 26.8% dalam masa 2 minggu. Namun selepas itu ia melonjak naik sebanyak 47.6% dalam tempoh 4 bulan.

Ini contoh buying opportunity. Harga emas turun banyak.
p/s: Buying opportunity bukan datang setiap masa. Setahun 2-3 kali ajer..


.

Baiklah... sekarang saya akan terangkan teknik-teknik ini dengan lebih mendalam. Untuk pengetahuan anda teknik ini adalah salah satu teknik di dalam ebook saya "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" (klik sini) . Saya tambah beberapa gambar baru bagi memudahkan anda bayangkan proses ini secara visual.


Bagi yang berminat mengetahui cara-cara membuat pelaburan emas dan teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas maka anda perlu membaca ebook ini (klik sini).


Teknik 5: Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik manipulasi Ar-Rahnu)
Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi teknik menjana keuntungan dengan menggunakan emas fizikal dan kemudahan Ar-Rahnu. Sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untuk anda.


Gold Bar Public Gold 100 Gram sesuai digunakan sebab spread 5% sahaja


Bagi mereka yang membuat pelaburan emas dengan akaun GIA atau Maybank Gold Saving passbook, teknik ini anda tak boleh buat.

Terdapat 2 teknik manipulasi pajak gadai Ar-Rahnu.

Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masukkan kedalam akaun GIA/GSPA.
Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal.

TEKNIK 1: PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK GIA/GSPA

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank atau Maybank GSPA.

2. Bila harga emas naik, anda jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu
p/s: Kelemahan teknik ini ialah anda cuma boleh pajakkan emas anda sekali sahaja. Bila hasil pajakan tersebut anda masukkan kedalam GIA/GSPA maka anda tidak boleh memajak lagi. Anda cuma boleh tunggu harga emas naik. Jika anda hendak untung lebih anda kena buat teknik 2 (diterangkan di bawah)

TEKNIK 2 : PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL.
Teknik ini lagi best
1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut tersebut, contohnya Kijang Emas, UOB atau jongkong emas Public Gold (emas yang spreadnya kecil)


2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal. Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali)


3. Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal ditangan. Apabila harga emas naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus emas di dalam Ar-Rahnu. Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
4. Di akhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama. Anda akan mendapat untung kerana jualan emas hasil gadaian pada harga tinggi boleh menampung upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan..

Gambar: Ilustrasi teknik pajak dan beli emas fizikal..

Disclaimer:
1. Teknik ini adalah panduan semata-mata berdasarkan pengalaman saya. Setiap orang akan mendapat hasil yang berbeza-beza bergantung kepada entry point anda, keadaan harga pasaran emas, tempoh masa anda membuat teknik ini, exit point dan pengalaman anda sendiri.


2. Semakin banyak pengalaman anda, semakin mudah anda membuat teknik ini. So apa tunggu lagi, beli emas sekarang.


3. Teknik ini adalah petikan daripada ebook saya. Banyak lagi maklumat tentang pelaburan emas dan cara-cara menjana keuntungan di dalamnya. Jika anda berminat mempelajari cara-cara membuat pelaburan emas dan teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas, anda boleh mendapatkan ebook saya "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas. Lepas tu praktikkan ilmu tersebut secepat mungkin (klik sini)


4. Jangan lupa melanggan newsletter blog jutawanemas.com Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini. Ianya FREE


5. Ada komen? kongsikan komen anda di ruangan komen.


6. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan Facebook anda Klik FB icon syorkan/recommend kat bawah sana . Mereka akan berterima kasih kepada anda

10 March, 2011

INDONESIA - PART 3 (Finale....)

Finale.... yeaahhhh.... dun wori...ni last part ye my fren..... happy reading.... :D

Day 6 – 10.1.2011 (Monday)“B A L I”Bali oh Bali.... kami datanggg...!!!!! Kami tiba di jeti dalam pukul 1.30 am…. lepak sampai pukul 5 pagi… Kasi can pada Pak Edi rehat la plak kann… asyik kitorg je yg layan TIDO.... sian dia drive non-stop…




Kami naik feri dalam pukul 6 pg…. rupanya mmg byk feri nak ke Bali ni.. so dun wori la… pilih je kul brapa korg nak… Pak Edi kata nak amik view sunrise…. Nampakkah???? kita tunggu je nanti nampak ke idak sunrise tu... lalala....Perjalanan amik masa dalam sejam jugak nak sampai ke Bali naik feri ni… Jangan betulkan JAM anda yaaa....!!!! waktu Bali dgn Malaysia sama saja ya….









Yaa.... itu dia SUNRISE nyeee..... sudah keluar... Caakkk!!!



















YESSS!!! sudah sampai..... BALI......









Lepas je jeti di Bali we all terus menuju ke Tanah Lot… Tukar baju… gedik2 nak pakai skirt semua… hahaha dan sebelum tukar baju sempat beli t-shirt “I Love Bali”… gara2 nak kasi sama semua…. Pak Edi & Agus juga join the group LOL... diorg lagi dasat, siap beli ala2 tengkolok (xingat apa ntah nama benda tu....)









ini bukan pic bf saya yaa...!!! Ini Pak Edi our guide yg BEST.... aku nak tunjuk benda yg dia pakai kat kepala yg ala2 tengkolok tu.... Pak Edi & Agus tak nak KALAH ngan kitorg hahahaha














antara kedai-kedai sepanjang jalan masuk ke Tanah Lot.... RAMBANG MATA you....



















Disebabkan air pasang tak dapat kami nak cross ke pulau kecil tu.... huhuhu....









ni signboard yg unik... ceerrr baca apa yg dituliss.....





Menurut Pak Edi, cara hidup org di Bali ni lain sket.... yg mencari nafkah itu PEREMPUAN.... yg lelakinya main SABUNG AYAM..... adduhhh... kok gitu... hmm..... Dah puas posing kat Tanah Lot… kami gerak ke Bedugul dan sampai dalam pukul 3.30 ptg….









Di Bali byk sgt patung2 berukir yg sgt halus ukirannya.....




Di Bedugul ni korang bole la naik bot pusing satu tasik ( ye kot…) dan disini jugak kenangan yg tak bole dilupakan.... apa tak nye.... kami yg COMEL-COMEL ni terpaksa mengaku dr Bangka Belitung….wakakakak… mmg tak bole blah… siap diorg wat announcement tu budak Bangka Belitung nak naik bott.. ceetttt… hampeh tul… tapi yg aku perasan yg lain2 tu tak pulak dia wat announcement…. Agaknya dia pelik kot cewek-cewek Bangka Belitung jarang nak dtg Bedugul ni…. Hampeh tuull… sila google kalo korang nak tau pasal Bangka Belitung… kenapa ia istimewa??? Aku tak mau cerita… tamau…








Si Ayu BANGKA BELITUNG......naik bot daaaa.....









Apapun mmg cantik view kat sini..... TERUJA tak????? so, apalagi... kalo dtg Bali singgah la sini yaaa......Setelah penat menyedut udara Bedugul…. We headed back to KUTA BEACH… One of d feveret beach to see sunset....Romantik sioottt…. Kurangnya tak de pasangan je….semuanya gf jee…. tak kesahlah.... Janji Happy donggg..….




Aikk???? Apsal terlebih satu kaki ni hahaha.... siap ada bulu kaki nampak lagi.... ish ish ish..... lol




Then, Usha-usha baju kat Hard Rock…me??? tak tertarik… mahal tu... Untuk tido mlm PERTAMA di bumi Bali ni Pak Edi carikan hotel yg nama dia unik… nak tau nama hotel tu????Hotel 2-Dara…. Hehehe… tapi kami 5 dara kok…. :D




Akitiviti utk malam ni kami dah plan dr kat malaysia lagi nak massage…. Body massage + facial… yeeaah… Rp. 150000.. (oklah tu.... duit byk lagi kan... hahaha) Its time for us to relax and manja-manjakan badan… Pak Edi jugak yg carikan tmpt kami nak massage ni… dia jugak yg make sure tak de lelaki masuk kat situ… huhu TERHARU kan kan!!!!…. betapa dia menjaga kami sebaik mungkin…. Thanks Bro!!!...




Masa nk start massage tu dia suruh kami tanggal baju semua… terkedu aku kejap… takkan la tak de kain sarung kot… Masa aku wat massage kat Thailand tu pon dia bagi baju tidur sebagai ganti… ni langsung tak bg apa pon…gilloosss…. Leh dia kata… “ ala… kan cewek2 belaka..” kami masing2 tak tau nak wat apa.... lastnye dia bg jugak kain sarong kat kami hahaha…. ceehhh....Ada pon….




Time ni mmg tak der pic yeee.... SASAU ke hapa nak amik gmbr time ni.... hahahaha... sendiri mau ingat la.... dah dah.... kasi pusing otak bg centre balik OK!!!!! Tgh dok asyik massage tu hujan turun dgn lebat… blackout la sekejap tempat kami massage tu… nasib baik sekejap je…. kalo tak ... hmmm... tak dpt kubayangkan.... ishh.. tamau bayangkan..... Dah habis massage kami sambung dgn facial pulak… hehehe…. Tapi Faezah je yg tak mau wat massage.. dia nak wat facial saja…. Selesai semuanya kami turun la…. tak tau la berapa lama Pak Edi tunggu kami....Nampak Pak Edi basah kuyup… Ya Allah… dia balik hotel dalam hujan2 tu semata-mata nak ambilkan payung utk kitorg…. Issh…tak terkata aku masa tu… Cuma bgtau Pak Edi balik hotel nanti terus mandi… takut demam… jgn wat pasal beb…… sapa nak DRIVE nanti.... Agus????? hhmmm....




Lupa nak citer kat bali ni… jalan dia punyalah sempit… lorong2 kecik je…. Mmg kene expert giler la… jalan nak sampai ke hotel kami tu mmg muat2 satu kereta jee…. Ish ishh ishh…









ni monumen nama-nama org yg mati waktu bali kene KEEBOOOMM.....BOOMMM....




Time to EAT....!!! Our dinner tonite, we had at a small stall… Nasi pedas… and its demmm pedas beb…. Susah nak cari kedai makan HALAL kat Bali ni... so korg kene la pandai2 k….kitorg harap Pak Edi la yg carikan…. Tonite our last nite in Bali…. So, Pak edi baik hati belanja karaoke…. Lagu feveret “Hanya Dia” KD+SH… I like….tapi tak de dalam list… huhuhu




Day 7 – 11.1.2011 (Tuesday)
"Still in BALI la....."




Our last day… huhuhu….. Time flies so fast…. cant we juz turn back time... NOPE.. it won't happen dear....!!!! Panggg... wakeup wakeup....









posing di Hotel 2 Dara..... Cun tak???? Kami ke hotel yg CUN???




Memulakan dgn breakfast di Nasi Pecel Bu Tinuk dalam pukul 9 pg... not bad hehehe... p/s: no more makan2 ok after this.... so now...makan puas2.....




Layan baca paper lepas perut KENYANG.... apa bisa paham ini berita????








Now, our next destinantion....Monkey Forest...Dalam pukul 11.30 kami pon sampai kat Monkey Forest.....Sememangnya tak selesa sungguh bila di kelilingi oleh monyet2….. huhuhu A W A S !!!! cermin mata anda yaa…. tak tau la nape monyet2 ni teruja sesgt dgn spek mata ni.... maybe "they" looks COOL with that spek mata...Adoiii… macam-macam hall... so, better u oul melenggang kangkung pasal takut kang bwk beg habis kene tarik dgn mak pak nyet-nyet itu…. satu hal plak la kan.... bergaduh dgn monyet.... Apadaa..... so, juz bring along ur camera.. tu pon kene careful gak… bukan leh lepa sikit… ada gak yg kene tarik… Si Agus punya camera pon nyaris2 jadi HAK MILIK KEKAL si nyet-nyet tu… Mmg rasa sepanjang jalan masuk tu ada je mata yg memandang… ni yg aku malas ni… agaknya monyet2 ni dok tengah usha apa yg leh di ambil….














One Happy Family.... U wanna join??? lalalala









jgn korg ingat monyet tak mandi ok..... "we also having our bath in a tab laa...." hahaha





Kami jalan punya lah rapat pasal takut monyet2 ni dtg dekat…. Mmg tak selesa… mata ni liar je dok pandang mana ada monyet… Pak Edi je la yg berani dok bg makan…. Kami jgn harap la… tgk dr JAUH je… tak leh lama2 kat sini.. lepas amik je gambar mana yg patut kami ajak Pak Edi keluar .. hahaha.. semua jenis cuak dgn monyet…. Satu tempat lagi yg kami terpaksa merempuh monyet-monyet yg ekstrem…. Waaaa….









this is what we called as KOMODO DRAGON..... Looks like a real one....









apa tu???? nampak tak keli besar dalam kolam tu.... kalo korg tak nampak sah sah la korg mmg RABUN.....










Sekarang kami di Uluwatu… satu tempat yg cukup indah ciptaan Illahi… Subhanallahh…. Satu tempat wajib kene pergi kalo ke Bali… Kuil yg terletak di atas bukit… di bwhnya laut… mmg cantik… tgk saja gambar2 tu…. CANTIK kann???









tgk tu.... betapa MESRAnya mereka.... hehehe.... jgn JELES ok....









Superb view.....!!!! dun miss it if u come here guys....!!!









Masa mmg mencemburui kami…. Kami terpaksa bergegas beredar… byk tempat lagi… flight kami pukul 9.30 mlm… sekrang sudah pukul 5.30 ptg…. Mas & zt nak ke Hard Rock… nak ke Krisna beli kacang ole-ole Bali…. Mau ke GWK lagi… ish ish.. sempatkan semua itu????





Mengikut urutan… Pak Edi bawa kami ke GWK dulu… Apa GWK tu??? Hehehe yg tau IWK je kan… (indah water consortium...:p) hahaha GWK tu Garuda Wisnu Kencana…. Sebuah patung replica yg amat besar… yg terletak di Cultural Park…. Dan bole di lihat dr Tanah Lot... hmmm tak perasan la pulak…. So, kalo korg pegi Bali… tgk la leh nampak tak patung ni dr Tanah Lot nun haaa…. Aku dah terlepas…. Hehehe…. Kononnya sekiranya pembinaan patung ini siap patung ini akan menjadi yg TERBESAR di dunia…mengalahkan patung liberty…. Tak tau la… betoi la kot…..





Akhir sekali, sempat beli souvenier Bali di sini tapi mmg harganya agak mahal… tapi memandangkan pasni dah tak de nak shopping lagi.. so rembat la souvenier yg cun2 wat kenangan….. we left GWK around 6.15 pm… next, beli kacang bali yg sedapp…. Di sebabkan we’re running out of time… so, Pak Edi juz left Faezah & Ain at Krisna… diorg byk nak borong lagi…. Aku main ambik je kacang yg Pak Edi kata SEDAP aku REMBAT g bayar…. Zt n Mas pon ikut balik sekali tapi Pak Edi drop diorg kat Hard Rock… Aku je yg ikut Pak Edi balik hotel… nasib baikla beg kitorg dah packing dan letak dalam bilik Pak Edi… so senangla sket….





Sementara tunggu Pak Edi masukkan beg dalam kete aku sempat mandi hehehe… salin baju…. Tepat pukul 7.30 mlm kami gerak pegi ambil Zt, Mas, Agus kat Hard Rock… Ain & Faezah di Krisna…. Nasib baik airport otw je dr Krisna… so senangla…. Sampai di airport tepat pukul 8 mlm…. Kelam kabut bwk turun brg n packing barang yg beli tadi…. Kat situ jugak kitorg packing hehehe…. Dah habis packing, cepat2 check in…. ye la.. nak masuk brg kat kargo lagi.. so kene cepat la… Pak Edi ingatkan kitorg…. Timbang beg dulu… takut terlebih muatan.. hehehhe




Masa nak masuk tu Pak Edi cakap kalo lepas check-in bole keluar kita g makan sama utk kali terakhir… tapi rupanya kat Bali Airport ni dah tk leh nak keluar kalo dah check-in…. huhuhu…..(part sedey ni aku sambung jap lagi…) Kami lepas je check in… masing2 bwk beg pegi timbang… nasib baik semuanya tak lebih had.. siap ada balance lagi.. so aku masukkan beg aku bg tak rugi kitorg byr luggage tu…. Lepas settle semua tu… Ain & Faezah pegi jumpa Pak Edi nak bayarkan balance duit…





T O U C H I N G…… Rupanya Pak Edi sempat belikan kami makan… Nasi Ayam Betutu….Ya Allah…. Terasa beb…sanggup Pak Edi beli memandangkan kami tak bole keluar lagi…. Rupanya masa bg makan tu Ain dah nangis…. Pak Edi pon cam tu… Aku, Zt dan Mas pon ambil peluang jumpa Pak Edi dah Agus nak ucap terima kasih…. Itupon tepi pintu je… sempat salam2 je…. Sedey sgt masa ni.. tak tau la nape… mungkin kami semua dah macam satu keluarga…. Berat sgt hati ni…. Masa ni air mata rasa mau gugur…. Tapi kutahan… tak nak walaupon dalam hati dah nangis…. waaaa...... !!!!!





Terima Kasih Pak Edi & Agus atas segalanya….. Budi baik kalian akan kami kenang…. Insya Allah… Kita akan berjumpa lagi…. Kami sempat makan makanan yg Pak Edi beli betol2 tepi pintu airport… yer la.. mana leh bawak masuk makan dalam kapal terbang kan… so kami sempat la menjamah walaupon sedikit.. SEDIHHH…. Malam kami balik hujan lebat siap dgn kilat lagi… seolah-olah merasai apa yg kami rasa saaat ini…. Dalam flight… masing-masing layan perasaan… Kami smpai Malaysia 1.30 pg….







































































The end of our journey to Indonesia....what a precious moments we had together.... May Allah give us a chance to meet again next time..... Until we meet again.... muah muah muah......








p/s : sory for a very veryy long story.... juz wanna share along our journey.... thanks for reading thiss.... luv uol....