"Take nothing but memories. Leave nothing but footprints. Kill nothing but time."





26 September, 2012

Sarawak & Brunei - Part 2

30 Oktober 2011

Pukul 8 pagi kami sudah check out dan bergerak balik ke Bandar Miri… So, sebelum chow kami mestilah buat sesi bergambar kenangan dulu… hehehe wajiblah katakan…


Otw tu kami singgah di Taman Negara Lambir… Ambik gambar je…

Dalam pukul 10.30 pagi kami pon sampai Bandai Miri… Check-in di Minda Guest house…
Bajet punya… tapi yg penting bersih… Lepas letak barang semua.. kami pegi lunch dulu di Muara Restaurant… restoran yg glamer di Miri ni… Apa lagi kami belasah nasi lalapan la… korang penah mkan tak??? Sedap… tapi nak makan selalu mmg idak le… pasal berhari2 aku masih terasa nasi lalapan tu kat anak tekak aku nihh…. Haaiisssshhh……
Lepas dah memenuhi tuntutan perut kami…. Destinasi kami adalah menuju ke Brunei… memandang Miri dengan Brunei ni tak la jauh sgt (yeke???) … dan alang2 dah sampai kat sini.. readah je la…. Nasib baik aku ada contact no member uni aku Hamadah yg mmg asal org Brunei...Semalam janji dgn dia nak jumpa dan minta tolong dia bawa kami pusing2 Brunei… hehehe….

Kami sampai di border Brunei dalam pukul 2.00 ptg… nasib baik semua bawak passport hahaha…. Oh ya sebelum terlupa… masa nak pegi Miri ni aku tak guna passport so dapat satu kertas yg kene simpan sampai la korang keluar dr Miri ni… dan nak jadi cerita slip kertas tu dah basah kuyup.. (nasib baik tak koyak je) masa hujan lebat kat Gua Niah semalam. Maka aku cadangkan pada sesiapa yg nak pegi Miri ni baiklah pakai passport je.. senang… yer la… mana tau tetiba hilang plak kertas tu masa korang nak balik,… tak ke haru….
Kat border ni kene bayar tiket tol B$3.00 yee.... Ready la duit siap-siap...
Jauh jugak la nak sampai Bandar Seri Begawan dr border ni… Tgk je signboard tu berapa kilometer nak sampai Bandar Seri Begawan.... huhuhu... 

- Ni menurut mak Hamadah adalah rumah kurniaan Sultan Brunei....

- Dari jalan pun dah bole nampak kawasan penapisan minyak (onshore)

Dalam pukul 4 aku janji jumpa Hamadah di Masjid Umar Ali Saifuddin… (Masjid anak dia..) Mmg cantik… Kubah bersalut emas…. Dan yang pasti masa kat perkarangan masjid tu nyaman je walhal masa tu tengah panas terik….Subhanallah….
- Cantikkan.....

- Ni bangunan apa yee....



Lepas dah solat dan posing-posing… kami gerak ke Masjid Hassanal Bolkiah…Haa.. ni baru masjid bapa nya…. Mmg semua nya emas2… kaya kaya…. Pak cik kaya....hehe
- Sory la.. gambar gegar beb... amik masa kereta bergerak... inilah hasilnya...

- Nilah Kawanku Hamadah...

Destinasi seterusnya… Istana Nurul Iman.
 Kami sempat jugak shopping souvenier  kat Brunei ni tapi mmg sakit beb... mau tak nyee... beli key chain, fridge magnet pon nak dekat seratus... Dahla tukar pon berapa je... huhu masing2 dok tekan calculator dok sebok kira takut terlebih bajet… hahaha…. Siap aku tanya Hamadah... kalo Makan kat sini agak2 bajet berapa.... waaa... duit dah habis.... Alhamdulillah.. Hamadah belanja makan.....
Dalam pukul 7 malam kami dinner di Restoran Aminah Arif... Makan makanan Brunei.... yang di panggil Ambuyat... aku sekadar rasa jela... tak kene dengan tekak aku kot... tapi yg lain ok...
- yang arrow tu la signboard Restoran Aminah Arif... (Anggaplah gambar ni tak gegar hahaha...)
- Kalau nak tau mana satu ambuyat... yang ada senduk tu la ambuyat... dibuat dari sagu...sekian...


Dah setel makan semua kami singgah di rumah Hamadah... kalo korang nak tau.. org Brunei ni kalo tgk kereta kat rumah diorg ni mmg byk... 5 – 6 biji kereta utk satu rumah… dasat kan….

 Kami di sambut mesra oleh keluarga Hamadah… Terharu sgt… Dan byk cerita dikongsi dgn kami tentang kehidupan kat Brunei ni…. Dan yang aku pasti orang di Brunei ni memang menitik beratkan hal-hal agama…. Contohnya, bila ada majlis kenduri kahwin, kehadiran ulama & ahli-ahli agama adalah satu penghormatan besar dan keberkatan buat majlis tersebut…. Lainkan kita kat sini… Kita akan rasa gah bila ada VVIP dalam majlis kita… Moga kita akan mengikut Brunei suatu hari nanti….
- Bergambar kenangan dgn mak Hamadah... terima kasih mak cik sebab sudi terima kehadiran kami...
- Ni buah tangan dari Hamadah & Family... TQ

Tak bole lelama kat rumah Hamadah pasal kami perlu sampai di border dalam pukul 10… kalau tak alamatnya kami tak dapat la balik Miri… Walaupon ayah Hamadah pelawa kami tidur kat situ tapi kami mmg dah plan nak balik hari tu jugak… Terima kasiih banyak2 buat Hamadah sekeluarga….

Alhamdulillah… kami sempat sampai di border pukul 10 mlm dan yg penting tak tutup lagi hehehe…. Sampai bilik apalagi mau buat… Mandi, packing dan tido la….

12 September, 2012

Sarawak & Brunei - Part 1

Percutian ke Sarawak & Brunei

Akan kuceritakan percutian ini buat anda yang sudi membaca blogku yang kerdil ni... Sudah hampir setahun ku simpan cerita ini... Masih ingatkah??? Hmmm... entahlah...

Dah dah... hahaha macam baca novel cinta la pulak... Tapi aku kasi tgk pic dulu la yee... cerita bakal menyusul.... Let the photos tell the story first...
Haaaa???!!!!...Amacam puas tak tgk pic aku yg sekeping tu hahahaha.... sian korang kan... ok.. aku serius sekrang ni...nanana...the story begins here!!!

Tempat Percutian : Sarawak & Brunei
Tarikh: 29.10.2011 – 01.10.2011
Penerbangan : Air Asia Tambang Murah la… Tambang mahal tak mampu… hehe
Ahli : 4 orang sahaja. Wanita sahaja. Single mingle sahaja. Kiut miut sahaja.

Ok… Camana nak mula yee… setahun punya cerita ni baru nak story harini… bukan senang nak rewind ke setahun yg lalu… so, aku agak2 je la apa yg aku ingat… Kalau tersilap atau terlepas pandang tu adalah kerana diri aku sendiri… hanya manusia biasa…

28 Oktober 2011

Berkumpul & tidur di KLIA. Esok flight kami pukul 0720. Dah tentunya aku tak sempat nak sampai kalo aku gerak esok pagi… So, to be on time… better get there early… dr terkocoh-kocohkann!!! Kang ada yg terlepas flight… Baru padan muka I !!! Cik Dilla sampai dulu… then baru aku sampai… lepak kat luar airport sambil tunggu Zt & ehem-ehem… Cik Farah esok pagi baru gerak… Yg pasti tidur-tidur ayam… mmg tak best… tidur pon atas kerusi je... sememangnya la tak syokkk langsung…

29 Oktober 2011

Perjalanan ke Miri mengambil masa 2 jam 15 minit. Dah macam pegi Indonesia je… Terasa lama sgt dalam plane tu… Adooiii bosan betull...Dalam pukul 9.30 kami sampai di Lapangan terbang Miri... Alhamdulillah...
Lepas tu kami terus cari tempat utk sewa kereta. Ambik yang dekat airport je. Apatah nama company tu… Utk 2 hari sewa kereta kami kene charge RM300 + RM 250 deposit. Kami minta map utk senang kami gerak dalam pekan Miri tu… Cik Dilla bwk kereta… tp normal la mula2 salah jalan… dah lama bole jadi pemandu pelancong terus Cik Dilla kita ni hehehe … Berminat??? sila hubungi 012 344 tekan tekan tak dapat…hehe
Cik Zt baca map....
Kami cari tempat makan dulu… masing-masing perut dah berbunyii minta di isi... Kami singgah di Restoran Truly Asia… Aku order laksa Sarawak… Hmmm bolelahhh…. Mungkin tak kene dengan tekak ku...

Dalam pukul 12 baru kami gerak menuju ke Gua Niah… Sempat jugak kami tapau pisang goreng, apam balik untuk kudap2 sepanjang jalan nanti…

Jauh jugak la nak sampai Gua Niah ni… Nak dekat 3 jam baru kami sampai… Maknanya pukul 3 baru kami sampai ke perkarangan Gua Niah Headquaters. Kami check in dulu… mandi & ready to explore Gua Niah Cave…
nilah penginapan kami hehehe... acah jeee.... ni antara rumah-rumah yang ada sebelum masuk ke Taman Negara Niah
Jeng jeng jeng......
Pintu Gerbang ... Kami dah sampai....
Ini saya
Dalam bilik kami yang amat luas... puas hati sesangat...


Oh ya... Masa di Gua Niah ni kami tido di Forest Hostel which is under Sarawak Forestry Corporation Sdn Bhd. Dalam satu bilik ni ada 4 single beds for RM42.40 per night (including 6% of gov. service tax). Pembayaran perlu di buat semasa anda check-in. Harga tu hanya utk bilik je tau.. yg lain2 sila bayar sendiri yee...

Sebelum lupa... nak masuk ke Gua Niah ni korang kene bayar “Entry Pass” RM10 yee… Dan jugak bot nak seberang sungai tu kene bayar RM2.50.


- Ni kaunter untuk bayar tiket bot RM2.50

Korang nak tau sungai tu tak la besar sgt pon… tapi korang berani ke nak berenang kat sungai Sarawak ni… Hissshhh.... tak pepasal ada plak yg konvoi sekali… SCARRYYY!!!!

 - Tgk.... tak luas mana pon kan sungai tuuu.....
Bermula dari pukul 1535 sampai 1820 kami meneroka Taman Negara Gua Niah nii.... Yang paling tak bole lupa... otw kami ke Gua Niah tu hujan punya la lebat.... mmg terbaik la... habis basah.. terpaksa cari tempat berteduh sekejap... Nasib baik ada batu besar bolelah berenti sat...



 - Antara laluan ke Gua Niah
 - Cantik kan... Subhanallah....


 - Tersangatla luas dalam gua ni... bole main bola sepak hehehe
- Aku Dalam Gua -






Bersambung Lagi....Nantii.....