"Take nothing but memories. Leave nothing but footprints. Kill nothing but time."





31 January, 2013

Alhamdulillah


Segala puji bagi Allah... Terima Kasih Allah atas segalanya.... Ya Allah permudahkanlah segala ibadahku.... Terimalah diriku yang hina ini sebagai tetamu MU Ya Allah....

14 January, 2013

Tumpang Mahram


As salam semua....

Sekadar untuk perkongsian semua.... Sekarang kan kecoh pasal tumpang mahram pada yang nak mengerjakan umrah pada tahun 2013... Dan aku tergolong dalam golongan yang nak tumpang mahram ni.... Seperti yang aku niat tahun 2013 ni aku berhasrat menunaikan umrah. Alhamdulillah duit yang kusimpan sudah mencukupi untuk aku ke sana tapi inilah namanya ujian bila Kedutaan Arab Saudi mengeluarkan syarat TIADA lagi konsep tumpang mahram. Mengikut perancangan aku akan pergi bersama kawan aku yang mengikut mak dia dan Mak Lang nye...dan aku dan kawan aku akan tumpang mahram. Itulah perancangannya... Tapi tiada siap tahu perancangan Allah....

Memang amat menyedihkan bila semua sudah di uruskan sekadar menunggu kelulusan visa... Pada saat ini aku hanya dapat berdoa moga di permudahkan segala urusan dan dapat menjadi tetamu jemputan Allah. Rabbi yassir wala tu'assir...

Ok ni aku copy and paste dari website andalusia.

Semua jemaah wanita yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan visa umrah TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan diluluskan visa umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi.


Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan :-

1. Suami – surat nikah;
2. Bapa kandung – surat beranak;
3. Adik beradik lelaki kandung – surat beranak
4. Bapa saudara kandung – surat beranak wanita,surat beranak ibu/ bapa dan surat beranak bapa saudara
5. Datuk kandung - surat beranak wanita dan surat beranak ibu/ bapa

Andalusia tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penolakan visa umrah sekiranya jemaah wanita gagal mematuhi peraturan – peraturan tersebut di atas.

Arahan Pengurusan,
ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD

Buat pembaca semua... Tolong doakan aku & kawan aku dapat kelulusan visa untuk menunaikan umrah... Doakan kami yee....

09 January, 2013

Ujian kesegaran minda

Jawab spontan, jangan byk fikir!
Baca satu demi satu!
Concentrate!

1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?

yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sbb lembu minum air..

1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

yang jawab malam, ertinya konsentrasi anda terganggu. sbb kelawar tidur siang hari.

1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakan daun ?

4. Harimau makannya apa ?

yang jawab rumput itu salah. sbb harimau makan daging